Mulakan 2010 dengan langkah kanan

2010 yang ditunggu telah datang. Pasti setiap daripada kita mempunyai azam samada sambung azam tahun lepas atau azam baru.

Kehidupan kita pun semakin mencabar. Setahun pun rasanya terlalu sekejap sahaja. Hari ini kita masih melihat dunia tetapi belum tentu kita akan dapat merasai nikmat tahun 2011. Ramai teman-teman yang 2009 masih tersenyum tetapi 2010 sudah tiada lagi pergi membawa 1000 kenangan.

salam 2010

Kita manusia boleh merancang tetapi perancangan Allah lebih BESAR. Selangkah kita dekat kepadaNya 100 langkah Allah lebih dekat kepada kita. Semuga 2010 ini menjadikan kita lebih dekat kepada Allah tanpa melupakan dunia. Allah telah menjadikan Islam sebahagai Agama yang sempurna yang tidak perlu diubahsuai. Allah telah memberi panduan hidup dengan sempurna melalui sunah Nabi Muhamad saw. Cara makan, cara tidur, cara ke tandas, cara meeting, cara berjimak, cara masuk dan keluar masjid, cara minum, cara berjiran dan sebagainya.

Kejayaan kita hidup dunia dan akhirat hanya ada satu cara iaitu ikut perintah Allah dengan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhamad saw. Jika ikut cara lain mungkin dari pandangan fizikal kita berjaya tetapi hakikatnya TIDAK. Maka apa pun azam kita untuk 2010 mesti tidak tersasar dari panduan yang telah ditetapkan oleh Allah swt melalui Nabi Muhamad saw.

Selamat mengharungi tahun baru yang semakin mencabar. Jika kita tanam Padi maka hasilnya Padi dan Rumput tetapi jika tanam rumput pasti yang tumbuh rumput dan tidak padi.

Comments

  1. says

    Jika mau menginternalisasikan makna ini dalam hari-hari kita dan menegimplementasikannya dalam kehidupan insya Allah, perubahan revolusioner akan terjadi pada kita