Rahsia orang kaya bertambah kaya

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam suasana ekonomi yang semakin mendesak apabila harga barangan di seluruh dunia semakin meningkat ramai orang berkata orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Orang miskin menyalahkan orang kaya yang semakin kaya kerana menguasai ekonomi dalam semua bidang. Suasana menjadi lagi panas apabila orang politik masuk campur dengan menggunakan isu ini untuk menarik sokongan.

Aku telah mengembara berpuluh negara dari negara yang kaya raya sehinggalah ke negara yang miskin yang sebahagiannya dikongsikan dalam blog Denai.my. Bertemu dengan berbagai jenis manusia dengan berbagai kebudayaan dan tingkah laku yang membezakan tahap ekonomi mereka. Sepanjang usia hidup sudah berkawan dengan orang miskin, sederhana dan orang kaya ada sehingga yang mempunyai aset ratusan juta.

Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2013

Daripada pengalaman hidup dan kembara banyak rahsia orang kaya menjadi bertambah kaya yang diperolehi yang mungkin boleh kita contohi. Paling unik majoriti orang kaya bukan berasal daripada keluarga kaya raya tetapi membina kehidupan daripada bawah berusaha siang dan malam tanpa kenal erti penat lelah. Hampir semua orang kaya yang bertambah kaya mempunyai keistimewaan yang sama yang tiada pada orang biasa.

Kedekut

Orang kaya sangat berhati-hati apabila berbelanja setiap satu sen duit keluar masuk pasti ada sebabnya bukan sesuka hati. Satu sen jatuh pun mereka akan kutip sebab nak cari duit bukan senang. Setiap produk atau perkhidmatan mesti lebih baik daripada nilai yang dibayar. Mereka tidak akan suka-suka keluar duit dari kocek kalau bukan ada sebab yang munasabah dan memberi pulangan yang baik. Tak percaya tengok kawan aku Mark Zuckerberg billionaire kawin simple je.

Berjimat Cermat

Dalam bebelanja memang sangat berjimat cermat setiap produk yang dibeli mesti ada diskaun tanpa mengurangkan kualiti. Setiap kali nak membeli mesti buat kajian perbezaan harga untuk mendapat harga yang termurah. Mereka memang suka dengan subsidi dan berbagai fasiliti yang disediakan oleh Kerajaan dan berusaha menggunakan semaksima yang boleh tanpa mengeloh.

Suka Memberi

Mereka suka memberi, bersedekah dan infaq kepada yang memerlukan tanpa diketahui oleh orang ramai. Sifat rendah diri mereka sangat berbeza dengan sifat orang biasa yang kekadang dialog macam orang kaya.

Banyak Sumber Pendapatan

Pendapatan mereka bukan dari satu sumber tetapi berbagai sumber dari berbagai cara. Mereka kuat bekerja siang dan malam tak pernah mengeloh bila bekerja lebih masa. Mereka tiada masa nak berseronok setiap hari melihat Maharaja Lawak Mega atau program komidi lain yang melambak di TV. Pendapatan mereka ada dari sumber jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dari sumber pelaburan, perniagaan, pembinaan, perkhidmatan dan sebagainya. Kalau kawan-kawan kurang pasti bagaimana nak mendapat pendapatan daripada berbagai sumber boleh belajar dari Abang Ensem yang ada lebih lapan sumber pendapatan.

Ilmu

Mereka rajin mencari ilmu walau sudah kaya raya. Mereka tidak pernah kedekut berbelanja untuk ilmu kerana ilmu adalah kunci kepada kekayaan. Mereka tak pernah memberi alasan jauh, tak ada masa atau tak sempat apabila nak mencari ilmu. Mereka akan belajar berbagai ilmu dari pakar sebelum menguasai perniagaan yang mereka ceburi. Biasanya mereka mempunyai mentor yang sentiasa menjadi tempat rujukan di masa senang dan susah.

Masyarakat Melayu perlu mempunyai budaya dan nilai hidup yang baik serta berdisiplin jika ingin berjaya dalam bidang ekonomi. Dengan memiliki cara hidup seperti itu, barulah orang Melayu mampu berjaya menguasai bidang tersebut. Aspek disiplin seseorang itu akan dapat memgawal diri bukan sahaja dalam ekonomi, malah bidang lain juga. –¬†Tun Dr. Mahathir Mohamad¬†

Disiplin

Disiplin kunci paling utama untuk menjadi orang kaya kerana tanpa disiplin janganlah nak berangan-angan jadi orang kaya. Disiplin diri, disiplin bisnis dan disiplin kewangan tidak dapat dipisahkan untuk membina kejayaan. Disiplin paling utama adalah menghargai masa kerana setiap saat ada nilainya. Mereka tidak pernah takut dengan kegagalan dan kerugian keran itu adalah sebahagian daripada proses kejayaan. Mereka tidak akan menyalahkan orang lain apabila gagal dalam sesuatu pelaburan atau perniagaan tetapi sebaliknya memperbaiki diri dan teruskan perniagaan tanpa gentar. Paling best mereka tidak pernah kenal erti bersara awal walaupun sudah berjaya dalam perniagaan mereka.

buat-duit-dengan-blog

Semua ini hanya sebahagian daripada sifat-sifat yang ada hampir pada semua orang kaya dan kerana sifat mereka itulah mereka sudah kaya menjadi lebih kaya. Paling unik sifat mereka ini bukan lahir setelah kaya raya tetapi telah ada dalam diri sejak mereka miskin dahulu lagi. Jadi kenapalah agaknya kita nak cemburu dengan mereka yang kaya menjadi lebih kaya kerana semuanya atas usaha mereka. Kalau kita nak jadi macam mereka tiru mereka, bersahabat dengan mereka tak perlu memusuhi mereka kerana memusihi mereka tidak akan menjadikan mereka lebih miskin. Memang ada sebahagian kecil yang jadi kaya cepat kerana kronisme kenal dengan pemimpin tertentu tetapi majoriti mereka akan hilang apabila pemimpin tersebut tidak lagi berkuasa jadi yang ini jangan dicontohi.

Kita pun boleh jadi seperti mereka yang perlu mesti berani berkorban untuk berhijrah diri menjadi seperti mereka dan paling baik azam untuk jadi orang kaya yang beriman mana tahu boleh masuk dalam senarai top 20 orang paling kaya di Malaysia.

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. Apapun mereka yang berusaha pasti ada ganjarannya kan dan juga setiap manusia ada rezeki mereka masing masing. Nak berjaya menjadi kaya ikut contoh mereka ni.

  2. Bukan mudah menjadi kaya bertambah kaya ni. Orang kaya selalunya menghargai apa yang dia miliki kerana bukan mudah mereka nak berjaya menjadi kaya ni.
    Entri terbaru Azhafizah – Design Header Blog Lea AzleeyaMy Profile

  3. Banyak jugak rahsia orang kaya bertambah kaya ini. Mereka kaya pun sebab mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang diingini itu. Kalau kita berusaha jugak, tak mustahil kita boleh berjaya jugak ;D
    Entri terbaru Sally Yatiey – BBQ.My Profile

  4. Rahsia yang terbongkar untuk menjadi kaya tapi tak semua dapat apa yang diinginkan kerana ALLAH S.W.T tahu mana yang terbaik buat mereka. lain orang lain haluannya.
    Entri terbaru adarain – Review Movie The Maze RunnerMy Profile

  5. Saya pasti, ada di kalangan kita juga pernah gagal. Mereka yang kaya pun, ramai je yang bermula dari kesusahan mahupun kegagalan.

    Istilah betulnya, bukan gagal, tetapi masih belum berjaya.

    Kerana setiap langkah membawa maksud kita semakin hampir kepada kejayaan.
    Entri terbaru Majalah Jualan – Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  6. Nak jadi orang kaya, bukannya dengan melibatkan diri dalam skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan segera seperti jaminan keuntungan 11% secara tetap setiap bulan selama 2 tahun dan sebagainya.

    Ini kerana dibimbangi ia adalah skim cepat kaya, dan berunsur riba. Mana ada pelaburan boleh menjanjikan keuntungan secara tetap. Tengok sendiri jutawan di atas, mereka melibatkan diri dalam perniagaan yang ada risiko untung dan rugi, begitu juga pelaburan yang ada potensi untung dan rugi juga.

    Nak kaya cepat adalah sikap tergesa-gesa. Kena belajar dulu cara yang betul dan tidak menyanggahi syariat Islam itu sendiri.
    Entri terbaru Majalah Jualan – Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  7. Orang kaya juga pandai bergaya dan bijak memiliki kemewahan.

    Selagi kemewahan itu dalam kemampuan mereka, itu hak mereka.

    dan kena ingat bukan semua orang mereka boleh bantu. Rakyat Malaysia sahaja pun dah 30 juta, kalau nak bantu semua, Bill Gates pun boleh lingkut. Sebab tu saya kata, jangan kata jutawan atau orang kaya tu sombong jika tak membantu kita yang dalam kesusahan, kerana mereka juga setiap hari berdepan dengan permintaan yang sama setiap masa.

    PS; Sebaliknya, kita lah yang perlu mengubah nasib kita sendiri ke arah lebih baik. Kekayaan itu harus dicapai selagi kita bersyukur dan menunaikan kewajipan kita kepada Allah.
    Entri terbaru Majalah Jualan – Saya Juga Seorang UsahawanMy Profile

Trackbacks

  1. […] bengkel ini bukanlah bengkel untuk mencungkil rahsia bagaimana menjadi orang kaya, namun ia sedikit sebanyak mampu memberi kesan positif terutama bagi mereka yang sememangnya […]

  2. […] Teringat kisah sahabat Nabi Saidina Abu Bakar a.s yang kaya raya telah memberi segala harta bendanya untuk perjuangan agama sehingga yang tinggal hanya dua iaitu Allah dan Rasulullah. Tunduk malu bila mengenangkan kerana aku yang harta sedikit tak mampu melakukan perjuangan memberi kepada agama seperti para sahabat. Memberi kepada agama dan masyarakat adalah antara rahsia mengapa orang kaya menjadi bertambah kaya. […]

  3. […] Teringat kisah sahabat Nabi Saidina Abu Bakar a.s yang kaya raya telah memberi segala harta bendanya untuk perjuangan agama sehingga yang tinggal hanya dua iaitu Allah dan Rasulullah. Tunduk malu bila mengenangkan kerana aku yang harta sedikit tak mampu melakukan perjuangan memberi kepada agama seperti para sahabat. Memberi kepada agama dan masyarakat adalah antara rahsia mengapa orang kaya menjadi bertambah kaya. […]

  4. […] ingat akan Allah ketika mencari rezeki akan membuka pintu rezeki yang lebih luas untuk kita semua. Rahsia orang kaya bertambah kaya juga akan terungkap dengan sendirinya. Tidak semua orang kaya itu diberkati rezeki mereka. Maka […]

  5. […] Kerja ini juga menolong rakan kongsi UTC yang lain membina karier mereka untuk mencapai objektif pendapatan yang mereka ingini. Faktor ini pun memang menjadi sebab utama kenapa aku pilih kerjaya UTC ni. Kita menolong orang lain menjadi kaya. Ini adalah formula ataupun rahsia orang kaya bertambah kaya. […]

  6. […] bentuk, pelbagai cara dan di mana-mana saja. Kadangkala tanpa kita sedari. Bagaimana dan apa rahsia orang kaya bertambah kaya dan bagaimana cara untuk menambahkan rezeki untuk diri dan […]

Artikel pilihan...close