Plugin retweeter count.

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia kepada semua, pasti ramai yang telah tahu mengenai projek Retweeter Count yang telah dipaparkan tempoh hari di sidebar Denaihati.com, sebelum ini capaian iframe digunakan untuk memaparkan senarai rakan twitter yang paling mesra. Namun plugin untuk senarai rakan twitter ini telah pun siap dibina untuk kemudahan pengguna WordPress.

Antara sebab mengapa plugin ini dibina adalah disebabkan jika menggunakan iframe, fungsi hovercards daripada @anywhere twitter akan tertutup dan tidak berfungsi dengan baik. Plugin ini membuat panggilan API terus dari server Retweeter Count ini untuk mendapatkan bacaan terkini (durasi 30 hari) jumlah retweeter yang dijana oleh rakan-rakan Denaihati di sini.

Jika plugin waktu solat sebelum ini dapat dilancarkan kepada umum begitu sahaja, plugin retweeter count ini tidak dapat dilepaskan kepada umum begitu sahaja. Disebabkan ada beberapa perkara yang perlu dijana secara manual. Para blogger yang ingin menggunakan plugin ini perlu memohon untuk mendapatkan plugin ini. Anda boleh menggunakan borang di bawah untuk memohon, setiap permohonan akan diteliti, dan permohonan yang tidak layak akan kami tangguhkan terlebih dahulu. Ada beberapa kriteria yang akan perlu dipatuhi oleh para blogger untuk menggunakan plugin ini. Tujuannya adalah untuk mengelakkan salah guna perkhidmatan yang disediakan oleh Denaihati Network ini.

Semoga plugin ini akan memberikan faedah kepada para blogger terutama yang aktif dalam kegiatan social di laman sesawang twitter.

Notis : Proses kelulusan permohonan akan mengambil masa yang mungkin agak panjang, kami menerima banyak permohonan, dan setiap permohonan akan diteliti satu persatu. Kami akan memaklumkan sekiranya permohonan anda berjaya ataupun tidak. Tunggu email pemberitahuan daripada kami. Harap maklum.


Spread the love

164 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!