Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Perlu Ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap?

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, masih ingat lagi tulisan kontrovesi Ariffshah bertajuk “Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak” yang menjadi perdebatan hebat dengan komen-komen yang berkualiti daripada beberapa pakar SEO yang boleh dijadikan panduan kepada Rakan Blogger baru dan lama (rugi kalau tak baca). Kali ini Ariffshah sekali lagi membawa tajuk yang menarik untuk dijadikan panduan kepada Rakan Blogger. Joom baca ….

Saya tertarik dengan artikel terbaru di ProBlogger.net bertajuk How Often Should You Blog. Ada kebenaran di sebalik entri tersebut. Mari kita bincangkan sedikit tentang topik ini.

 Kerap Update Blog

Kebaikan update blog dengan kerap:

  • Efek yang sangat positif kepada SEO. Blogger baru sangatlah digalakkan untuk mengemaskini blog sekurang-kurangnya sekali sehari supaya trafik dan bot/spider dari search engine boleh masuk dan index blog anda. Dua blog yang saya nampak sendiri berjaya dengan teknik ini adalah blog Abang EnsemSweetKurma dan of course blog saya sendiri :P
  • Trafik banyak masuk. Yang ni khas untuk blogger yang ada platform income yang sesuai. Apa yang saya maksudkan dengan platform income ini ialah kalau ada kempen iklan CPM/Buffered Earning tengah jalan kat blog. Contoh blogger yang berjaya dengan teknik ini adalah Kid dan Eyriqazz.
  • Dapat meningkatkan bilangan pembaca dengan cepat. Asalkan apa yang ditulis kena dengan selera pembaca, cara ni memang efektif untuk menambahkan bilangan pembaca setia blog anda dengan cepat.

Secara peribadi, saya kurang berminat dengan teknik update terlalu kerap kerana:

  • Kekurangan idea. Nak update dengan kerap ni kena ada banyak idea, terutamanya kalau pembaca di blog anda sukakan pembacaan yang ada input dan mungkin sedikit berilmiah. You have to respect that.
  • Kekurangan masa. Sebab dah bekerja sekarang, saya hanya mempunyai masa selepas kerja untuk update blog.

Jarang Update Blog

Okay. Bagaimana pula dengan mereka yang jarang update blog? Jangan ingat kalau jarang update blog adalah sesuatu yang tak bagus. Kadang-kadang, ada manfaatnya juga.

  • No stress. Mereka yang kurang kerap update blog ni boleh ikut kelapangan mereka sendiri. Tiada gesaan, tiada bebanan. Dengan itu, penulisan yang lebih berkualiti dapat dihasilkan.
  • Penulisan berkualiti. Bandingkan kerja yang dilakukan dalam masa yang singkat dengan sesuatu yang dilakukan dalam masa yang mencukupi. Pastilah entri yang ditulis dalam masa yang cukup itu lebih berkualiti kan?
  • Orang sempat baca ke? Anda kena ingat, bukan semua pembaca anda mempunyai masa yang lapang seperti anda untuk membaca setiap update yang dikeluarkan (sekiranya terlalu kerap). Akhirnya nanti, ada update yang tak sempat dibaca oleh sesetengah orang sebab terlalu banyak dan ini merugikan anda kerana update tadi tak mendapat bilangan pembaca yang sepatutnya anda dapat.

Cuma sebelum anda membuat keputusan untuk mengurangkan bilangan kemaskini blog yang dilakukan, anda perlu mengambilkira kesan sekiranya negatif daripadanya:

  • Kurang income. Kurang update, kurang orang baca dan kurang income.
  • Malas. Kalau dah lama tak update blog, lama-lama anda sendiri akan berasa malas nak update dan akhirnya berhenti terus menulis.
  • Kehilangan pembaca. Ada pembaca yang suka membaca kemaskini blog terbaru daripada anda. Jadi bila dah kurang update, mereka semakin jarang masuk blog anda dan akhirnya blog anda akan dilupakan terus.

Jadi itulah sedikit sebanyak huraian yang dapat saya berikan dalam entri ini. Harap dapat membantu blogger di luar sana untuk membuat keputusan tentang arah blog anda dan kekerapan blog anda dikemaskini.

Entri ini akan diletakkan di dalam eBook terbaru saya dan akan dihuraikan dengan lebih mendalam lagi.

---

  1. update blog, harus berkala dan sesuai jadwal
    Entri terbaru karakter pendidikan – Tips Aman Belanja ONLINEMy Profile

  2. semua nasihat dalam nih disimpan baik baik dalam peti saji misteri… eh..eh…
    disimpan dalam otak dayah nih .. hehe..
    :)
    Entri terbaru dayah – nak sedap dan selesa ? beli tilam mahal sikit la….My Profile

  3. Rasanye perlu update perlu sentiasa kerana kadang kala pembaca akan bosan apabil buka web tertentu tapi tiada perubahan
    Entri terbaru Syafiee – Dropbox Menjangkaui 100 Juta PenggunaMy Profile

  4. Update postingan secara rutin akan bisa membantu kelangsungan kehidupan sebuah blog di mata search engine
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Tanda Serangan JantungMy Profile

  5. Agak subjektif. Bergantung kepada niche blog.. IMHO
    Entri terbaru shraqs – Sygic GPS Navigation 12.1.3 Full Version Untuk AndroidMy Profile

  6. lagi kerap update lagi bagus….
    Entri terbaru Travel Website™ – Add the New Braunfels Texas Wurstfest to Your Fall TravelMy Profile

  7. Pada artikel yang pernah saya baca gogle secara resmi mengakui bahwa update artikel secara rutin tidak berpengaruh kepada posisi blog pada hasil pencarian google (SERP)
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Pengumuman Hasil Test Tulis CPNS 2012My Profile

  8. iya semua itu betul bang denai,, namanya baru pasti masih hangat dan ingin menunjukkan kepada yang lain, dan pengunjung juga pastinya ingin membaca lebih lama, dan mengetahui yang baru, begitu juga yang lama , mungkin kehabisan topik nak di bahas karena blog yang dibuat hanya membahas topik tertentu, beze dengan blog yang bersifat umum,,, jadi mw diupdate atau tidak begitu masalah ,, tapi kalo yang bru seperti itu adalah kewajiban,,,
    Entri terbaru penowo – Istilah-istilah Teknik SEOMy Profile

  9. terima kasih,saya baru mula buka blog..tq for that info.
    Entri terbaru jeffry – order ice cream paling besarMy Profile

  10. Blog saya ada yang saya update hampir setiap hari dan hasilnya memang menyenangkan dilihat dari trafiknya.

    Tetapi ada juga blog yang saya update secara berkala, minimal 3 minggu sekali.

    terima kasih tipsnya

    Salam hangat dari Surabaya
    Entri terbaru Pakde Cholik – 10 Tips Yang Layak Dibaca Oleh Blogger PemulaMy Profile

  11. Satu artikel dalam sehari sudah memadai. ada kebenarannya juga takut nanti pembaca tidak sempat membaca. Terima kasih dengan tips berguna ini.

Trackbacks

  1. […] Perlu Ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap? – entry ini ada kaitan dengan SEO yang menjadi kepentingan saya menulis blog ini. Jelas kenapa perlu rajin mengupdate blog. Saya nampak kesanya selepas beberapa minggu tidak mengupdate blog. Jumlah trafik bukanlah sasaran utama saya tapi beberapa ‘keyword’ penting yang saya mahukan berada di puncak google sudah mula terjejas akibat kurang update berbanding dahulu. […]

  2. […] or sumber inspirasi terkini dalam dunia blogging blog ciktomdotcom.Blog Pilihan Terbaik PERTAMA: DenaihatiSiapakah Denaihati? Rasanya kalau sebut je denaihati memang rata-rata blogger mengenali bro […]

  3. […] Perlu Ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap? […]

  4. […] ada terbaca satu entri dalam blog Denaihati yang bertajuk Perlu Ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap?, hasil karya Ariffshah. Dan situasi dalam cerita tu sedang aku rasai sekarang ini. Hehe. Ke mood […]

  5. […] Perlukah Update Blog dengan terlalu kerap […]

  6. […] kaji 10 entry post terbaik pada pandangan mata aku mengenai tips berblogging dari denaihati.com itu.Tips Update Blog Serangan Terhadap Blog Strategi Penjenamaan Blog Tips Kongsi Backlinks Tips Tingkatkan Trafik Blog […]

Artikel pilihan...close