Perbezaan Sambutan Hari Raya Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, alhamdulillah ramai rakan-rakan FB Group Denaihati Network yang ingin menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah daripada Kozumi pemilik blog kozumiro.blogspot.com yang cukup dikenali di kalangan blogger Malaysia dengan Servis Tempahan Design. Joom sama-sama kita baca.

Salam semua, hari ini kozumi agak santai sikit sebab segala tugasan design untuk bulan ogos ini telah pun diselesaikan dengan jayanya sebelum raya nanti, Alhamdulillah.

Raya tahun ini korang bagaimana? Sudah buat persiapan? Pada tahun ini raya kozumi agak berlainan dari raya-raya sebelum ini kerana kini kozumi masih lagi berada jauh bersama-sama keluarga kozumi bagi membuat persiapan raya. Seperti raya-raya yang lepas, pada waktu inilah kozumi bersama-sama keluarga sebuk untuk membuat persiapan raya seperti mengemas dan mengecat rumah, membuat kuih raya sendiri, dan membeli belah barang keperluan raya.

Menjadi kebiasaan bila nak tiba raya kozumilah yang akan mengecat rumah di waktu siang, apabila malam pula membantu emak membuat kuih raya. Kozumi ni taklah pandai sangat buat kuih, cuma bantu apa-apa yang patut dari segi menguli tepung, membakar dan menyusun kuih raya di dalam balang. Pada tahun ini nampak gayanya tidak dapatlah berbuat demikian sebab kozumi akan pulang ke kuala lumpur sehari sebelum raya nanti insyallah.

Kozumi pada tahun ini masih belum lagi membeli apa-apa keperluan diri untuk raya nanti sebabnya terpaksa tumpu pada kerja-kerja Grafik Design dari tempahan pelanggan. Mungkin kozumi akan membeli belah pada malam raya nanti seperti biasa di Jalan Tar atau di Danau kota. Tempat-tempat beginilah yang menjadi tumpuan kozumi untuk membeli pakaian dan seluar sebab mutu dan harga amatlah memuaskan hati. Harap-harap malam tu tak ramailah yang shoping last-last minit, mau pagi raya baru koz selesai beli belah hahaha.

Perasaan pada tahun ini sedih jugaklah sebab Ramadhan tahun ini kozumi sempat bersahur dan berbuka bersama keluarga hanya sekali sahaja semasa Ramadhan hari pertama. Terasa rindu jugak untuk merasa masakan mak. Bila duduk sorang ni memang terasa sunyi sangat sebab kebiasaan seminggu sebelum raya pasti setiap malam di rumah kozumi meriah dengan gelak tawa adik-adik dan anak buah kozumi bila bermain bunga api.

Tetapi perbezaan sambutan hari raya dulu dan sekarang amatlah berbeza. Dulu-dulu sewaktu kozumi masih kecil suasana raya sangatlah meriah, berkejar-kejar jugak nak dapatkan duit raya dari jiran-jiran terdekat. Sekarang budak-budak tidak berapa bebas seperti dulu keluar berjalan tanpa ditemani orang dewasa, maklumlah sekarang ini macam-macam kes boleh berlaku, jadi kena-kenalah elakkan.

Pada raya kedua pula sewaktu dulu kozumi semestinya akan berangkat ke kampung belah mak di kuala selangor. Boleh di katakan masa tu setiap tahun akan balik kesana. Tetapi sekarang dah tiada lagi, jadi kozumi rindu juga suasana beraya di kawasan kampung. Kozumi pasti yang pada tahun ini raya keluarga kozumi pasti meriah, lagi-lagi mereka pasti menunggu kepulangan kozumi nanti cewah..haha apa-apa pun semoga raya tahun ini semeriah yang lepas-lepas juga Amin.

Rakan Blogger juga pasti ada pengalaman berbeza Sambutan Hari Raya Dulu dan Sekarang yang boleh dikongsikan.

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. Memang lain dah raya dulu dengan raya sekarang. raya dulu lebih seronok berbanding sekarang.
    Entri terbaru Fadzi Razak – Berbuka Puasa Dengan Uncle JackMy Profile

  2. smoga kozumi dpt sambut raya mcm biasa tahun ni..
    sedih je baca hehe

  3. Dulu yang bestnya bila tukar tukar kad raya. Sekarang ni wish guna smartphone saja. memang sangat berbeza
    Entri terbaru Afifi Shamsuri – Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By NikkoMy Profile

  4. memang amat berbeza raya dulu dan sekarang. kemeriahannya semakin pudar
    Entri terbaru zool – Berjaya melepasi 500 pengunjungMy Profile