Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Siapa yang tidak kenal dengan jenama bateri Energizer. Baru-baru ini, Energizer bekerjasama dengan Hamleys yang merupakan satu jenama mainan terkenal dari UK untuk membawa kegembiraan bagi kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Kiwanis Malaysia. Untuk program ini, pihak Energizer meminta orang ramai memberi sumbangan sama ada berbentuk bateri atau barang mainan.
Rakyat Malaysia digalakkan untuk mengambil bahagian dalam Energizer Power of Giving dengan membeli dan menderma sebanyak bateri Energizer Max, untuk kuasa sehingga ini bagi barang mainan. Mempunyai bateri yang betul adalah penting untuk memberi kuasa kepada barang mainan. Enam kali lebih lama keupayaan tahan Energizer Max berbanding bateri karbon zink biasa, akan membawa masa bermain yang lebih lama dan seterusnya lebih kegembiraan kepada anak-anak kecil.
Untuk meningkatkan kesedaran mengenai kempen Energizer Power of Giving, pihak Energizer telah memulakan jelajah di 250 lokasi di seluruh Malaysia, yang akan berterusan sehingga 28 Disember 2014.
Energizer memberi lebih RM20,000 berbentuk mainan untuk kanak-kanak. Yang lebih menariknya, kanak-kanak di Kiwanis Malaysia memilih permainan yang diidamkan dan rakan blogger serta rakan media membelikannya di kedai permainan Hamsley.
Apa yang menarik mengenai Bateri Energizer ini adalah jaminan dua tahun tiada kebocoran bateri sepenuhnya digunakan dalam peranti. Dan jangkamasa selama 10 tahun ianya dalam kuasa tanpa kebocoran apabila tidak disentuh dalam bungkusan asalnya. Bermakna, ia memang tahan lama!
Denaihati Network juga menghantar wakil untuk memeriahkan suasana di sana, dan kanak-kanak yang bernama Hanuthasan itu meminta mainan Tim & Lou Coffee Maker. Mainan yang aku lihat ada lampu dan mungkin juga muzik menjadi pilihan adik tersebut. Dan sudah pasti bateri Energizer yang menjadi pilihan. Pihak Hamsley membalut hadiah-hadiah tersebut yang akan diserahkan kepada kanak-kanak terpilih dari Kiwanis Malaysia.
Di kala majlis penyerahan, aku sempat berkata kepada beliau.
“Boy, uncle ada belikan topeng Spiderman sekali. Nanti balik boleh pakai ya”.
Terus riak wajahnya berubah seperti sangat gembira, senyum sampai ke telinga. Berulangkali dia tersenyum seperti nak buka hadiah masa tu juga.
“Terima kasih uncle.. terima kasih uncle..” ujarnya beberapa kali.
Penjenamaan moto Energizer yang dibawa kepada kehidupan dalam aktiviti seperti Energizer Power of Giving untuk memberi kuasa kepada rakyat Malaysia dengan positivenergy. Itulah sebabnya kempen Energizer ini telah berlangsung seluruh Malaysia untuk menggalakkan orang ramai untuk membuat usaha dalam menyebarkan nama baik, seperti dengan menyumbang hadiah untuk kanak-kanak daripada Kiwanis Malaysia.
Bersempena dengan musim Krismas dan sehingga Ahad 28 Disember, 2014, Energizer menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk membantu dalam menyebarkan #positivenergy kepada anak-anak Kiwanis Malaysia. Seharusnya bukan hanya di musim perayaan, tetapi sudah semestinya kita mengamalkan “Hidupkan Untuk Memberi”.
Diucapkan juga terima kasih menaja Hamleys, Nikon dan 1Utama Shopping Centre untuk sumbangan mereka terhadap program Energizer Power of Giving ini. Siri roadshow di 1Utama Shopping Centre (Tingkat Bawah, Highstreet) dari sekarang sehingga 28 Disember.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.energizer.com.my/highlights/powerofgiving
49 Comments
jenama ni je paling tahan dan fofulerr. rmai yg pkai sbb bnde nih faham
adevertorial seperti ini akhirnya perusaahan mulai melirik tentang bagaimana blog berpromosi
Curahan rasa Abdullah @ ..Termasuk Syirik Memakai Cincin dan Benang dan Semisal Keduanya Untuk Menghilangkan dan Menolak Bala
bagus juga semboyannya power of giving memang memberi energi yang panjang karena tahan lama
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Syekh Saalih al-Fawzaan Posisi Kaum Muslimin terhadap Penghinaan kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam
baterai memang energizer lah yang paling saya kenal sejak dulu lagi berumur panjang
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Shaf Shalat : Lurus dan Rapat
Bro Kid dah jadi bintang ditengan children semua memang cocoklah pas untuk meliput event ini
Curahan rasa Al Najwa @ ..Majalah Porno Dan Bahayanya
Energizer jadi ingat waktu gunakan mobil tamiya dash yonkuro untuk balapan sering guna baterai ini
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Peran Ilmu Dalam Kehidupan
bateri energizer mmg selalu dijadikan pilihan….kalau ada promosi terus beli….hehe….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
saya juga sering guna energizer ini memang sangat tahan lama dayanya ajdi jimat kalau gunakan brand ini
Curahan rasa Al Najwa @ ..Penjelasan Wanita-Wanita Ahli Kitab Yang Dilarang Untuk Dinikahi
energizer ni bagus beteri dia tahan lama tak payah nak sibuk-sibut tukar beteri kalau baru guna
Curahan rasa iuzira @ ..pelayaran islamic pertama di dunia
merk yang cukup terkenal di mana mana sayang saya belum pernah memakainya
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN KEDUDUKAN TAYAMUM
kena mencuba menggunakan bateri ini kerana kuasanya memang terbaik dan meningkatkan prestasi…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
dengar cerita energizer nak keluarkan smartfon. harap baterinya lebih tahan berbanding jenama lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN FILEM – Gone Girl
Haha bagus jugak tu. Bateri smartfon dapat tahan lama macam guna bateri biasa tu hehe
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
memang best kalau seandainya baterai android bisa tahan lama tidak cepat rosak
Curahan rasa Al Najwa @ ..Kesesatan Ideologi ISIS (Islamic State Of Iraq & Sham)
bagus jgk mcm tu….bateri smartphone boleh bertahan dgn lebih lama…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
Comments are closed.