Pagerank dan Blogrrr Awards kunci rezeki online

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Google baru update pagerank dan seperti dijangka pagerank blog Denaihati turun dari PR4 ke PR3. Tak ada apa yang nak dikecewakan kerana tiada usaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan apatah lagi nak menaikkan pagerank yang lebih tinggi. Banyak juga blog yang mempunyai PR tinggi juga turun antaranya blog Amanz.my dari PR6 turun ke PR4, blog 1Malaysia turun dari PR10 ke PR8 dan Paultan.org dari PR5 turun ke PR4. Banyak juga blog kawan-kawan turun pangkat dari PR4 ke PR3 dan PR3 ke PR2.

Ramai Blogger baru yang tak kisah pun dengan status pagerank sebab tak ada kepentingan. Kalau tujuan berblog untuk santai memang tak penting tetapi kalau tujuan untuk gandakan duit pagerank sangat penting. Lebih tinggi pagerank sesebuah blog bermakna lebih mesralah google dengan blog kita dan hasilnya kedudukan entri lebih stabil di google SERP maka lebih mudah nak main SEO. Bila entri kita banyak di top 10 google makanya pengiklan akan jatuh cinta pada kita dan bolehlah kita letak harga mahal sikit. Lagi satu bila entri blog senang nak masuk top 10 google barulah best nak main program affiliate macam Cikgu Titan tu. Selain tu trafik organik pun pasti akan merayap masuk ke blog kita tanpa diundang seperti blog travel Denai.my yang dah naik pangkat ke PR2.

2014 ini azam nak naikkan semula pagerank blog Denaihati ke PR4. Antara perancangan yang akan dibuat adalah :

  1. Menulis entri yang lebih berkualiti dengan memasukan backlinks website, blog dan forum yang tinggi status PR. Menulis entri seperti ini perlukan lebih masa, fokus dan penyelidikan. Menulis entri yang berkualiti dan berinformasi juga boleh menyebabkan banyak blog lain akan memberi backlinks kepada entri tersebut dan ini memang google suka.
  2. Meninggalkan komen di website, blog dan forum yang tinggi PR dengan mengharap tuan website, blog dan forum tersebut tidak membuat kunjugan balas ke blog Denaihati kira macam one way ticket lah.
  3. Kalau tujuan untuk menaikan pagerank sangat silap kita berasa kecil hati apabila backlinks dan komen yang kita buat di website, blog dan forum tidak mendapat maklumbalas. Cara yang paling baik untuk menaikan pagerank blog kita adalah dengan komunikasi satu hala dari blog PR rendah ke blog PR lebih tinggi.
  4. Paling bagus jangan sesekali memberi backlinks dan meninggalkan komen di blog yang mempunyai PR lebih rendah tetapi ini seperti berlawan pulak dengan tagline blog ini “Hidupkan untuk memberi”. Jadinya backlinks dan komen kepada blog yang lebih rendah PR masih diberi tetapi hanya kepada entri yang berkualiti sahaja.

Satu lagi kelebihan blog yang mempunyai pagerank tinggi adalah selalu dicalonkan untuk berbagai anugerah. 2013 blog Denaihati telah masuk final untuk pencalonan tiga anugerah iaitu MSMW awards, Tourism Blog Malaysia awards dan DiGi WWWOW Awards. Blog Denaihati telah mendapat anugerah dari MSMW untuk katogeri “the most creative blog 2013”. JANGAN tak tahu anugerah juga menaikan jenama blog dan paling penting menaikan nilai iklan yang akan mengandakan rezeki sesebuah blog.

best personal blog blogrrr wards 2013

Untuk penutup 2013 blog Denaihati sekali lagi terpilih masuk final untuk Blogrrr awards yang dianjurkan oleh MyNic untuk katogeri “best personal blog” bersama Broframestone, Benashaari, Cik Epal dan Irine Nadia. Menang kalah tak kisah semuanya terserah pada kepakaran juri, dah masuk final memang kira terbaik sebab dapat menjenamaan percuma. Ramai juga rakan blogger lain yang terpilih masuk final untuk 10 kategori yang lain.

Rakan Blogger dah daftar ke perjumpaan Blogger terbesar 2013 di The Mines pada 14 – 15 Disember 2013. Aman Firdaus pesan kepada yang belum daftar boleh walk-in je dan kepada yang sudah daftar online tapi belum dapat reply pun boleh datang terus ke dewan seminar dapat macam-macam goodies katanya. Jom lah semua bukan senang nak jumpa mata bertentang mata antara blogger kalau bukan event macam ni cumanya pelik juga sebab majlis sebesar ini tetapi promosi agak tak berapa nak nampak atau mungkin aku yang terlepas pandang.

berjumpaan blogger terbesar di Malaysia


Spread the love

111 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!