PageRank blog dan CommentLuv

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, berdasarkan perkongsian sifu-sifu dalam entri “Pagerank Blog salah faham” bolehlah disimpulkan bahawa memang commentLuv memberi pengaruh kepada penilaian PageRank. Maknanya apabila aku kerap meninggalkan komen dan link di commentLuv di blog yang tinggi PR seperti Shamhardy.com (PR5) ianya akan memberi link juice dan pengaruh PR kepada blog denaihati dalam jangka masa panjang. Aku yakin bukan sahaja commentLuv tetapi ruangan link seperti blog Abang Iwan (PR5) juga boleh membantu meningkatkan PR apabila kita sering meninggalkan link di ruangan komen tersebut.

Tapi CommentLuv hanya memberi kesan Backlinks, Link Juice dan Pagerank sekiranya blog tersebut berstatus DOFOLLOW tapi tak banyak blog yang PR tinggi berstatus DOFOLLOW kerana jika terlalu banyak link keluar akan menyebabkan PR blog mereka menurun. Jangan risau sekiranya blog yang PR tinggi berstatus NOFOLLOW kita masih mendapat manafaat yang terutama limpahan trafik dan kesan SEO.

Untuk menambah ilmu Pagerank klik je Pagerank di bawah header Blogging kat atas tu dan baca juga komen-komen di entri tersebut pasti banyak ilmu yang akan diperolehi dan cuba buat satu demi satu. Pengalaman buat sendiri dan gagal lebih berkesan dari kita terus bertanya kepada sifu.

Tips dari Kak Jie utk setting dofollow commentLuv:

Commentluv yg latest 2.8.8 default nofollow, kita kena setting manual. Kat bawah Technical Settings tu ada 3 pilihan nak dofollow ke nak nofollow.

Add rel=”nofollow” to last blog post link?

All Comments (no dofollow links)
No Comments (all links are dofollow)
Unregisterd Users (only registered users are dofollow)

Pesanan AzmanIshaksalah satu cara lagi nak naikkan PR adalah dengan berkomen di blog yang mempunyai CommentLUV dan DOFollow (a href=”http://azmanishak.com” rel=”dofollow” ). berkomen ni bukan bermaksud kita spam komen box tu dengan domain/url blog kita. tak perlu pon… sebab link/url tu dah ade tempat untuk ditulis. kalau gatal jugak nak tulis dalam kotak komen.. maka dapat la masuk spam box.

[ad#nuffnang336]

Comments

Trackbacks

  1. PageRank blog dan CommentLuv | Denaihati…

    […]Assalamualaikum dan salam 1Dunia, berdasarkan perkongsian sifu-sifu dalam entri Pagerank Blog salah faham bolehlah disimpulkan bahawa memang commentLuv[…]…