P.Ramlee Mana Kan Ku Cari Ganti


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau di Indonesia terkenal dengan Benjamin S artis tersohor yang telah pergi meninggalkan nama. Di Malaysia Tan Sri P Ramlee mendapat penghormatan setelah beliau pergi selamanya. Seorang artis tersohor yang mempunyai berbagai kemahiran dalam berbagai cabang seni menjadikan P Ramlee artis yang hilang tanpa penganti. Dari anak kecil hingga atuk moyang pasti ingat dan mengenali siapa itu P Ramlee.

Siapa yang lupa dengan suka duka sedih lawak filem-filem seniman lagenda antaranya Bujang Lapok, Do Re Mi, Ibu Mertuaku, Ahmad Albab, Madu Tiga, Keluarga 69, Anakku Sazali, Penarik Beca, Nujum Pak Belalang, Tiga Abdul, Sarjan Hassan, Antara Dua Darjat dan banyak lagi. Begitu juga lagu seperti Dendang Perantau, Azizah, Anakku Sazali, Barang Yang Lepas, Berkorban Apa Saja, Bulan Di Pagar Bintang dan banyak lagi.

p.ramlee P.Ramlee Mana Kan Ku Cari Ganti

Seniman Lagenda P Ramlee

Sehingga kini industri seni negara masih tercari-cari penganti penganti Seniman Agung Tan Sri P Ramlee. P Ramlee manakan ku cari ganti. Apakah filem P. Ramlee yang paling best bagi ANDA mungkinkan Pendekar Bujang Lapok??

Mungkinkah akan ada Seniman sekarang dapat menghampiri kehebatan P. Ramlee??

[ad#nuffnang336]

Istimewa di denaihati.com
  • Lorna 7 October 2011 at 10:04 pm

    tiada galang gantinya…seorang insan seni yg berbakat besar…
    Entri terbaru Lorna – Diana Amir..tawaran berlakon kurang, dekatkan diri pdNya..My Profile

  • komplikasi kehamilan 1 June 2011 at 6:28 pm

    bakat p ramlee mmg tiada yg dapat menandiginya

    • KDN 23 July 2011 at 3:13 pm

      Ya, betul tu bro…
      Entri terbaru KDN – What is acne?My Profile

  • Eva 16 March 2011 at 12:49 pm

    mampir nich dari Jakarta Selatan…
    saya suka blog anda…
    anda juga bisa mengunjungi jasa pengamanan

    • denaihati 16 March 2011 at 1:14 pm

      Makasih sudi mampir moga kita bisa berkongsi ilmu

  • suarapeople 31 December 2010 at 11:58 pm

    permulaan kerjaya seni beliau

    Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore

    • suarapeople 31 December 2010 at 11:58 pm

      Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf “P” (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

      • suarapeople 31 December 2010 at 11:59 pm

        Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah “Chinta” pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar.

        • suarapeople 31 December 2010 at 11:59 pm

          Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal).

          • suarapeople 1 January 2011 at 12:00 am

            Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah “Laksamana Do Re Mi” pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah “Ayer Mata Di Kuala Lumpur” pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

  • suarapeople 31 December 2010 at 11:57 pm

    Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.

  • suarapeople 31 December 2010 at 11:56 pm

    Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light.

    • KDN 23 July 2011 at 3:51 pm

      Wah, banyaknya info psl P. Ramlee yg Suarapeople tau..hebat!
      Entri terbaru KDN – What is acne?My Profile

1 2 3


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network