Orang Tabligh

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku mengenali dunia tabligh sejak berusia belasan tahun ketika bersekolah disebuah sekolah berasrama penuh di Johor. Alhamdulillah sehingga hari ini berkawan dan dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang sanggup mengorbankan masa dan hartabenda untuk agama. Memang tak terbuat aku tetapi sentiasa berdoa semuga ALLAH pilih aku menjadi antara sedikit manusia terpilih yang sanggup berkorban kehidupan yang sangat pendek ini untuk agama.

Sebut tabligh memang ramai yang memandang negatif bukan sahaja orang biasa malah orang yang tinggi ilmu agamanya. Daripada pengalaman aku mengembara merata pelusuk dunia tak ramai manusia yang berani meninggalkan keluarga menjelajah kepelusuk pendalaman sesebuah negara demi agama melainkan jemaah tabligh. Perjuangan mereka tidak berlandaskan politik kerana itu mereka berusaha berbaik dengan semua golongan.

Mari kita mendalami perasaan orang tabligh yang aku perolehi dari sebuah kumpulan whatsapp. Aku dapat merasai perasaan mereka bagai mana pulak anda …..

Orang Tabligh, Ntah sape la yang bagi nama, Sedangkan kita sumer kan sama, Umat Nabi SAW semuanye, Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama, Nabi dah tak de, kalau kita tak buat, sape pula?, Tak kan la keje ustaz dan ulama saja, Yang kita nih,  tak kan nak goyang kaki saje-saje?

Orang Tabligh, Lari!! Larii! Orang Tabligh datang, Yang tadi ramai, sekelip mata je dah hilang, Yang tadi segar bugar dah tido terlentang, Yang sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang, Heh..betul la kata orang, Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh, Ajak keluar khuruj, bukannya nanti tak pulang, Yang baru dapat gaji pun kata tak de duit, nak bayar hutang, Yang tadi sihat pun tiba-tiba migrain plak datang, Yang menganggur pun buat-buat sibuk bukan kepalang, Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang, Cuba buat, mmg nak kena sabar, nak kena tenang, Lain la kalau ajak pada dunia, bondong-bondong orang datang.

Orang Tabligh, Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu, Jumpe sumer orang tak pilih bulu, Dari ustaz sampai le kutu, Sume nak ditemu,Nak diajak pd Allah yang satu.

Orang Tabligh, Jalan bawak periuk belanga, Dipandang org takat sebelah mata, Dituduh jahil, tinggal dunia perkara biasa, Walaupun kekadang pedih gak telinga, Nabi dulu-dulu pun kan selalu kena, Dituduh dusta, dipanggil gila, Itu Nabi, apatah lagi kita, Yang banyak salah, yang banyak dosa, Takpe-takpe, Allah kan ada,Yang Maha Mengetahui,yang mana intan, yang mana kaca.

Orang Tabligh, Kekadang buat silap…adat la manusia, Memang tengah nak belajar-belajar tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya, Terpancung, terlaser..sori,bukannya sengaja, Nak dapat hikmah dalam berdakwah memang amik masa, Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh, Ada kat mana-mana, Kat US, Afrika, kat Israel pun ada, Dari petani, engineer, sampai la Raja, Pelbagai adat, perangai beza-beza, Tapi boleh makan dalam dulang yang sama, Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa, Bila nak berpisah..isk isk..kluar plak air mata.

Orang Tabligh, Nak hidupkan sunnah Nabi, Janggut, jubah,seluar atas buku lali, Kalau nak diikutkan, memang ader banyak lagi, Kekadang tu kena gak perli, “Kita sekarang kan di zaman IT” “Tak main la sunnah-sunah nih!” Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati, Kang menyesal esok, sapa yg rugi? Kan diri sendiri..

Orang Tabligh, Manusia biasa, ada hati, Sedih bila diperli, sakit bila dimaki, Bila tinggalkan rumah, rindukan famili, Kalau nak ikutkan hati, memang nak dok rumah, bergurau dgn bini,Or ajak anak main lari2, Or layan PS3 sampai pagi, Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi, Kena korban lagi dan lagi, Yela..hidup ni kan cuma sekali, Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan), bila lagi?

Orang Tabligh, Malam-malam doa hidayat, Fikir risau,camne nak selamatkan umat, Supaya di akhirat suk semua selamat, Orang sekarang ingat hidayat boleh senang-senang dapat, Tak perlu susah-susah, tak perlu keringat, N tak mau plak jumpe masyarakat, Just bz buat ibadat, Kalau camtu  tak de la kita ni “The Best Ummat”.

Orang Tabligh, “Apsal la ulama India yg jadik ikutan??” Mmmm…kan Nabi dulu dah pesan, Sape saja yang bawak kebenaran, Tak kisah la orang Arab ke bukan, Sume kena bagi sokongan, Yang Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman, Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan, So tak jadik masalah la kan?

Orang Tabligh, Ajak keluar 3 hari, “I can’t go..sorry!” Yang dah kawin tak nak berenggang dgn isteri, Yang si isteri mati-mati tak nak suami dia pergi, Berderai-derai air mata keluar mcm air pili, “Kalau abg nak gi jugak, antar saya balik kampung esok pagi!!”

Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih, Si suami pun letak balik beg, tak jadik pergi, Yang tadi josh (bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi, Kes-kes camni memang banyak terjadi, Boleh tengok dengan mata kepala sendiri,

Tapi kalau bab dunia (cth:kursus naik pangkat),” “no prob.,anytime kami ready! “Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2, Hey, of course la, nanti husband I dapat naik gaji, Wife mana la yang tak happy, Heh..ni la realiti, Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat-pakat reti, Bab akhirat, masing2 buat tak kesah,tak amik peduli….

Ya Allah selamatkan lah kami!

orang tabligh

“Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat)” – Surah At-Taubah ayat 2.

“Dan mereka berkata: “Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita) oleh itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk memepertahankan kepercayaan kami)!” – Surah Fussilat ayat 5

---

  1. Para tabligh adalah golongan muslim biasa yang berusaha untuk membawa islam ke dalam kehidupan orang lain. Bukan mudah kerja ni. Ya bukan mudah.
    Entri terbaru Fadzi Razak – Berbuka Puasa Dengan Uncle JackMy Profile

  2. LAhamdulillah, masa belajar kat Sabah dulu pernah gak pergi perjumpaan Tabligh nih. Tapi tak berkemsempatan lagi nak keluar bersama..
    Entri terbaru amirnawawi – Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti LuarMy Profile

  3. Pertama kali menyertai golongan yang sentiasa dekat dengan Allah ini ketika berada di Matrikulasi. Masa tu kawan yang ajak masuk. Alhamdulillah, walaupun pada mulanya tak biasa, tapi lama-lama dah makin suka. Nilai tarbiah itu yang manis sebenarnya. :)
    Entri terbaru Muhammad Faridzuan Majid – Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-IrfanMy Profile

  4. Memang ramai yang pandang serong dengan tabligh ni. Ramai yang cuba mengelak daripada mereka. Sedangkan mereka sedang mencuba membawa kita ke arah kebaikan :)
    Entri terbaru Afifi Shamsuri – Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By NikkoMy Profile

Trackbacks

  1. […] dan Salam 1Dunia, teringat kisah dari seorang sahabat. Ceritanya berlaku kepada sekumpulan jemaah tabligh masturat yang sedang transit di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sebuah negara dalam perjalan menuju […]

  2. […] dan Salam 1Dunia, teringat kisah dari seorang sahabat. Ceritanya berlaku kepada sekumpulan jemaah tabligh masturat yang sedang transit di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sebuah negara dalam perjalan menuju […]

Artikel pilihan...close