Okinawa tempat percutian indah dan menarik

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa hari lepas aku teringat pada seorang sahabat lama tuan punya sebuat travel agen yang terkenal, apa lagi terus je aku telefon dia. Dari bunyi deringan telefon sepertinya dia berada di luar negara. Tekaan aku tepat dia berada di Okinawa Jepun. Apa lagi bising membebel aku sebab dia tak ajak aku melawat lokasi pelancongan idaman.

Okinawa merupakan sebuah bandar yang terletak di selatan Jepun. Sudah lama teringin untuk pergi menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini, tetapi masih belum berkesempatan. Okinawa mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati, dari tarikan darat sehinggalah ke dasar laut.

Sekiranya kita belum pernah pergi ke sana, pasti sukar untuk membayangkan pelbagai lokasi dan tarikan pelancong yang menarik di Okinawa. Menurut cerita sahabat aku ini terdapat banyak lokasi menarik seperti Kabira Bay di pulau Ishigaki.

Kabira bay di pulau Ishigaki

Kabira bay di pulau Ishigaki

Dasar laut yang menarik dengan terumbu karang berwarna-warni

Dasar laut yang menarik dengan terumbu karang berwarna-warni

Selain itu, terdapat juga acara-acara perayaan yang menarik di Okinawa. Perayaan-perayaan ini diraikan oleh penduduk di sana dengan cara yang berbeza-beza.

Para pemuda di sana dengan tarian elsa.

Para pemuda di Okinawa mempersembahkan tarian elsa.

Festival Haaree menjadi salah satu tarikan di Okinawa

Festival Haaree menjadi salah satu tarikan di Okinawa

Budaya di Okinawa juga pastinya berbeza dengan budaya di tempat kita, Malaysia. Antaranya seperti penggunaan alat musik Sansen. Musik ini merupakan salah satu musik yang berasal dari Okinawa. Terdapat juga teknik tradisional mewarna fabrik yang diamalkan di Okinawa.

Bingata , teknik mewarna fabrik tradisional Okinawa

Bingata , teknik mewarna fabrik tradisional Okinawa

Sansen musik okinawa

Alat musik sansen

Tak dapat melancong ke Okinawa bersama sahabat, dapat melihat gambar-gambar yang menarik pun sudah memukau mata bayanglah kalau dapat bercuti di Okinawa mesti lagi seronok. Memang azam suatu hari nanti nak bercuti di Okinawa untuk menambah koleksi kisah kembara aku di blog Travel Denaihati di Denai.my doakan tercapai.

Japan Tourism Board sedang mempromosi cuti-cuti di Okinawa dengan kempen I Love Okinawa untuk mengalakan rakyat Malaysia bercuti di sana. Salah satu aktivit sempena kempen #ILoveOkinawa adalah penganjuran contest. Apa yang anda perlu lakukan adalah.

  1. Like Facebook Fanpage VisitOkinawa.my
  2. Kemudian pilih tiga gambar yang anda suka daripada senarai 20 gambar yang disediakan
  3. Satu gambar pemenang akan diumumkan di Fanbook Okinawa.
  4. Kemudian 55 pemenang akan dipilih oleh pihak penganjur secara random daripada semua yang menyertai.
  5. Penganjur akan mengirim email kepada pemenang.

Pemenang akan menerima hadiah berikut:

  • Hadiah pertama untuk 5 orang : “Ryukyu Glass”
  • Hadiah kedua untuk 5o orang : “Star Sand”

Jom layari halaman khas Kontes #ILoveOkinawa.

Memang mudah contest yang dianjurkan jangan lepaskan peluang. Sekiranya anda berminat untuk melancong ke Okinawa, pihak Okinawa juga akan berada di MATTA Fair untuk promosi pelbagai pakej pelancongan dengan harga yang paling menarik untuk anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan pakej menarik dan melancong bersama seisi keluarga ke pelbagai lokasi yang disediakan.

Jom nikmati gambar-gambar menarik yang disediakan khusus untuk contest ini di bawah.
14.Scampi (Marsupenaeus japonicus)_fresh scampi grew up in the Okinawa ocean12.Shisa_protectorate god in Okinawa5.People_1_An old man famous for longevity19.Churaumi Aquzrium is teh popular sightseeing spot18.Wedding_Holding wedding in front of the blue ocean20.Night spot_full of places you can have fun alomg International Street2.In the Blue Ocean_Coral reef and tropical fish9.Shuri Castle_The world heritage Shuri Castle8.Triathlon_Triathlon in the nature4.Cherry Blossoms_the earliest deep pink cherry blossom3.Driving_enjoy the blue sky and oceas by driving Okinawa16.Okinawa Soba_Traditional Okinawa noodle15.Steak_one of the Okinawa people's favorite gourmet17.Hotels_Blue ocean would be seen from the resort hotelsSansen musik okinawaBingata , teknik mewarna fabrik tradisional OkinawaFestival Haaree menjadi salah satu tarikan di OkinawaPara pemuda di sana dengan tarian elsa.Dasar laut yang menarik dengan terumbu karang berwarna-warniKabira bay di pulau Ishigaki

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. jepun ni memang cantik. memang sesuai dijadikan tempat honeymoon heee
    Entri terbaru nikkhazami – Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015My Profile

  2. first time tahu pasal okninawa ini bila tengok korean drama, dari situ terus rasa tertarik nak pergi sana.
    Entri terbaru misz aa – Birthday Giveaway by ShadMy Profile

  3. Cantik sungguh tempat ni. Bersyukur dengan Tuhan keatas nikmat kejadian Nya
    Entri terbaru Afifi Shamsuri – Malaysia di sini lahirnya sebuah cintaMy Profile

  4. cantik sangat Okinawa di Jepun..bilalah ada peluang nak pergi ke Jepun ni..dapat tengok gambar jela setakat ni..hehe
    Entri terbaru hpmurah2u – Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogenMy Profile

  5. Wow, memang menarik. Keindahan Okinawa ni selalu disiarkan dalam rancangan travelling di kaca television seperti TLC…memang best walaupun sekadar melihat di tv… :)

  6. waahhhh!!!!! cantik sangat lautnya… aduhhh teringin nak pogi, bila la dapat menjejakinya..memang indah ciptaan Allah..
    Entri terbaru Nurul Aina – Mudahnya Menjemput RezekiMy Profile

  7. jepun tak pernah ada dalam list tempat utk dilawati. saya hanya tertarik dgn amerika dan australia shj. tapi okinawa mcm cantik

  8. wow bestnyer kalau kaki ni dapat melangkah ke sana..kalau dapat pergi free ana nak lah muhahha..memang cantik
    Entri terbaru adna2029 – Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly LoveMy Profile

  9. Cantiknya Okinawa ini. Entah bilalah boleh jejak kali kesana. Berkenan sangat tengok gambar yang Tuan kongsikan dalam entri ini. ;D
    Entri terbaru Sally Yatiey – Mini MMR GiveawayMy Profile

  10. bila tuan denaihati.com nak anjurkan lawatan ke okinawa ni? teringin pula wawa nak ikut serta.
    Entri terbaru wawaabdulhadi – SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOMMy Profile

  11. alamak, terasa nak pergi ke jepun pula kali ini. Pulau okinawa ni memang memukau hati betul lah. Ni nak kena masuk wishlist pegi bercuti ni next year. tuan denaihati.com, wawa mohon kebenaran nak save gambar ikan tu ye. nak buat wallpaper laptop wawa. Terima kasih! :)
    Entri terbaru wawaabdulhadi – SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOMMy Profile

  12. Wow! Memang terpukau dengan keindahan pulau Okinawa ini! Terus terjatuh cinta… kini termasuk dalam list lokasi pelancongan yg ingin saya lawati!
    Entri terbaru Relaks Minda – Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rateMy Profile

  13. Ya allah tengo gambar pun dah dapat bayangkan keindahan Okinawa ni. Pelbagai tempat menarik yang ada. Bilalah dapat melancong ke luar negara ni. Teringin sangat.

  14. Bestnya kalau dapat bercuti ke tempat yang indah dan menarik seperti Okinawa Japan ini. Mudah-mudahan suatu hari nanti dapat jejak kaki kesana. ;D
    Entri terbaru Sally Yatiey – BBQ.My Profile

  15. ALHAMDULILLAH, saya pemenang daripada pihak penganjur ni, tapi sampai sekarang masih tidak dapat hadiah lagi. Hanya menerima sepucuk surat sahaja yang mengatakan tahniah dan hadiah akan menyusul kemudian.
    Entri terbaru adarain – Review Movie The Maze RunnerMy Profile

Trackbacks

  1. […] merupakan salah satu daya tarikan sesebuah blog untuk meningkatkan trafik blog seperti entri “Okinawa tempat percutian menarik” telah mendapat trafik dan komen yang […]

Artikel pilihan...close