Murtad

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serbu Gereja sedang panas ni dan ini isu sensitif yang akhirnya bagi aku Islam akan tewas hanya kerana kuasa politik. Isu Murtad di kalangan umat Islam Malaysia sudah lama diperkatakan tetapi sering disampingkan kerana hendak menjaga hati agama lain.

Petikan Utusan Online : ” Dakwaan mengatakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya malam Rabu lalu mendapati ada bukti penyebaran agama lain ke atas penganut Islam sebagai cukup serius sekiranya ia benar.”

Ada yang kata 12 umat Islam yang ditangkap berada di dalam Gereja ketika itu sudah terhutang budi kerana menerima bantuan kewangan daripada Gereja tersebut. Ini isu biasa yang kita dengar bukan sahaja di Malaysia tetapi Indonesia dan negara Islam yang lain. Kemiskinan boleh menyebabkan Murtad.

Bagi aku kejadian ini berlalu kerana kegagalan pemimpin Islam memimpin umah dan sibuk mengejar kuasa. Tidak kurang ramainya pemimpin Islam yang tinggi ilmunya memandang remeh soal ini sehingga menyukarkan umat Islam yang bermasalah untuk meminta bantuan sehingga mereka mencari jalan lain yang lebih mudah. Orang tua kata ada budi ada balasannya. Takkanlah setelah mereka yang bukan Islam membantu umat islam kemudian dibiarkan begitu sahaja.

Mungkinkah fenomena Murtad ini berlaku akibat kegagalan pemimpin Islam dan Ulama menjadi tempat rujukan untuk menyelesaikan masalah umah. Pihak lain memang setiasa mencari peluang kelemahan Islam dan umat Islam sendiri tiada usaha untuk meningkatkan kemampuan malah semakin berpecah. Apa pandangan rakan blogger?


Spread the love

117 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!