MSMW Awards banyak jasa kepada Blogger

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, punyalah sibuk dengan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 sehingga terlupa nak promosi Malaysia Social Media Week (MSMW2014). MSMW2014 adalah antara majlis yang wajib dihadiri oleh Rakan Blogger yang bercita-cita untuk menjadikan Blogger sebagai kerja profesional. Yuran memang agak mahal tetapi berbaloi dengan ilmu yang dikongsikan dan paling penting network baru dari berbagai negara. Inshaa Allah team Denaihati akan berkampung pada 25 – 26 Februari di Sunway Pyramid Convention Centre. Kalau ada rezeki dapat tiket percuma macam tahun lepas pasti akan dikongsikan dengan pembaca setia.

MSMW2013

Wajah Kak Jie dalam instagram PM Najib Razak di MSMW2013

Terbaca juga beberapa status di Facebook yang mempersoalkan syarat untuk menang anugerah mesti menulis dan mempromosi MSMW2014. Lain orang lain pandangannya, bagi aku tak ada salahnya syarat tersebut kerana blog yang masuk anugerah percuma tak perlu bayar satu sen pun tetapi kalau menang memang menakjubkan penjenamaan blog yang diperolehi. Blog ini tak ada bezanya dengan produk dan perkhidmatan kalau sudah ada jenama lebih senang nak mengandakan pendapatan. MSMW awards memang banyak jasa kepada blog Denaihati begitu juga kepada blog-blog lain yang pernah menang MSMW awards.

MSMW2013

KJ tengah minta tanda tangan … heeeee

Untuk MSMW2014 awards aku hanya mencalonkan akaun instagram Denaihati untuk katogeri “best micro blog“. Ramai juga kawan-kawan rapat yang masuk dalam katogeri yang sama antaranya SantapanMinda, Eizil786, AnarmNetwork, CikguNaman, AkmaOmar, Shakiddo, MelastikBintang dan ramai lagi boleh tengok kat SINI (sokonglah kawan-kawan kita). Alhamdulillah sejak mencalonkan akaun instagram Denaihati follower bertambah melebihi daripada jumlah gambar .. kalau dulu gambar lebih banyak dari follower. Ini pun satu lagi jasa MSMW walaupun tak menang anugerah dapat tetap dapat faedah pejenamaan blog. (Pening juga bila ada yang tanya apa maksud mikro blog).

Makna Mikro blog adalah suatu bentuk blog yang memungkinkan penggunanya untuk menulis teks pembaharuan singkat yang biasanya kurang dari 200 karakter dan mempublikasikannya, baik untuk dilihat semua orang atau kelompok terbatas yang dipilih oleh pengguna tersebut – Wikipedia

Secara umumnya sambutan nominasi anugerah MSMW2014 kurang meriah terutama untuk beberapa katogeri niche blog khusus. Seperti dua tahun sebelum ini katogeri “best lifestyle blog” yang paling banyak menerima pencalonan. Paling seronok dengan senarai pencalonan ini kita dapat blogwalking banyak blog menarik yang terlepas pandang sebelum ini terutama untuk katogeri “best travel blog” dan “best foodie blog”. Bertambah semangat nak berkongsi pengalaman mengembara di blog kembara Denai.my.

MSMW 2013 Social Media Awards

Siapa agaknya yang akan menjulang Piala MSMW 2014 ni?

10/2/2014 adalah hari terakhir untuk mengundi blog sahabat-sahabat yang dicalonkan dalam berbagai katogeri MSMW2014. Berikan satu undi anda kepada blog yang paling anda suka untuk setiap katogeri. Kalau nak undi lebih kenalah daftar akaun MSMW lain dengan email lain. Jasa satu undi yang anda bagi mungkin akan mengubah nasib rakan blogger tersebut dan pasti ada balasan baik juga dari ALLAH untuk anda.

Berjumpa kita pada 25 – 26 Februari di Sunway Pyramid Convention Centre untuk mendengar ilmu dari speaker MSMW yang hebat antaranya Julian Quinn, Scott Eddy, Dr. Serkan Toto, Asha Phillips dan ramai lagi. Tak rugi kita korban sedikit wang dan masa untuk mengubah masa depan kerjaya kita menjadi seorang blogger yang lebih berjaya. Semuga kita akan menjadi blogger profesional yang memberi manafaat kepada dunia.

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. Harapnya tahun depan akan terus diadakan lagi program seperti ini supaya blogger-blogger baru seperti saya yang tak sempat nak join MSMW2014, boleh menuntut ilmu pasal blogging jugak.
    Entri terbaru Fadzi Razak – CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free MealMy Profile

  2. makasih atas informasi yang bermanfaat ini , semoga sukses selalu , aminn :) ,
    Entri terbaru Obat Herbal Kanker Hati – Cara Menyembuhkan Kanker HatiMy Profile

  3. itu piala ceo yah ?
    Entri terbaru Obat Liver Tradisional – Pengobatan Liver TradisionalMy Profile

  4. wah infonya keren sekali…
    Entri terbaru Obat Penyakit Gagal Ginjal Ampuh – Obat Penyakit Radang Tenggorokan AmpuhMy Profile

Trackbacks

  1. […] “Tak rugi kita korban sedikit wang dan masa untuk mengubah masa depan kerjaya kita menjadi seorang blogger yang lebih berjaya. Semuga kita akan menjadi blogger profesional yang memberi manafaat kepada dunia.” – Denaihati […]

  2. […] pengalaman pertama menghadirinya pada tahun lepas di Berjaya Times Square, alhamdulillah banyak ilmu yang dapat ku perolehi, untuk mengetahui lebih lanjut tentang jasa2 MSMW ini, boleh layari blog yang mendapat tempat di MSMW…. […]