Mereka yang dinilai di NILAI.

July 17, 2009

Islam

Petikan dari blog WAADAT (dengan sedikit ubahsuai berdasar pengalaman) : Minggu lalu, berlangsung perhimpunan jemaah tabligh di Nilai NS. Lebih 200 ribu yang hadir. Tuanku Yang DiPertuan Agong, Tuanku Yang DiPertuan Besar NS, Najib, Muhyidin, TG Nik Aziz, DSAI turut meluangkan masa menyertainya, biarpun sebentar.

tabligh Mereka yang dinilai di NILAI.

Semalam, sebelum Ustaz Fuad Al-Maliki menyampaikan ceramah Isra’ Mikraj, Ustaz Mustafa selaku pengelola berkongsi pengalaman beliau di Nilai. Menurut beliau, terdapat 14 buah khemah jemmah tempatan dan 2 khemah jemaah luar negara disediakan dan setiap khemah boleh menampung seramai 10 ribu orang.

Biaya bagi khemah untuk 4 hari ialah RM1.8 JUTA!

Walaupun RM1.8 juta tersebut kelihatan begitu besar, namun jika dibahagikan kepada 200 ribu peserta, setiap orang akan dapat RM9 sahaja. Jika kita balikkan, walaupun RM9 itu tidak besar namun jika kita kumpulkan daripada 200 ribu, orang, kita akan dapat RM1.8 juta. Cuba bayangkan, demikianlah hebatnya jika kita bersatu.

Ustaz Mustafa memaklumkan bahawa khemah-khemah tersebut didermakan oleh seorang JUTAWAN!

Kos untuk makanan pula sebanyak RM1.5 juta sehari. Walaupun jutawan tersebut berhasrat untuk membiayainya namun pihak pengelola merasa tidak sanggup lagi menerima budi yang begitu besar dan mereka membuat keputusan berkongsi bagi menyediakan makanan. Jemaah  menderma RM10 untuk setiap dulang hidangan.

Marilah kita kembali mengikut perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Setiap manusia adalah khalifah Allah yang ada tanggungjawab yang perlu dilakukan dan akan diNILAI oleh ALLAH swt sekembali kita di alam kekal abadi kelak.

Semuga Ijtimak Malaysia diterima Allah swt dan memberi hidayah keseluruh alam samada yang di langit atau di bumi, yang di daratan dan juga di lautan.

Fadhilat Amal : Rasulullah SAW bersabda: ”Tidak ada hasad (irihati) melainkan dalam dua perkara iaitu hasad terhadap orang yang berilmu dan menggunakan ilmunya untuk kesejahteraan manusia dan hasad terhadap orang yang berharta dan menggunakan hartanya ke jalan Allah.”

Like this story? Please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, , , ,

Terima kasih singgah dan membaca rasa hati yg dikongsi

1. Klik cara untuk claim Rewards.
2. Klik Setiap backlinks dibayar RM0.02.
4. Jadi Rakan Niaga eQurban.com berniaga sambil beramal.
5. Suka kami? Klik FB Like, Retweet dan Google + 1 dan Follow @Denaihati

  • fais August 13, 2010 at 8:12 am

    semoga sahaja jemaah Tabligh di malaisya dapat memberi hidayah bagi kerajaan…
    Entri terbaru fais – Marhaban Ya RamadhanMy Profile

    • zahra November 22, 2010 at 8:07 pm

      bkn Jemaah Tabligh yg memberi hidayah, tapi Allah. hanya Allah yg mampu mmberi hidayah. dan kita sbgai khalifah Allah, hanya berusaha n tawakkal.

  • fais August 13, 2010 at 8:01 am

    memang nampak sedikit tu duit tapi kalau semua bersatu duitnya bisa jadi bnyak..
    Entri terbaru fais – Marhaban Ya RamadhanMy Profile

  • Bang Iwan June 11, 2010 at 11:03 am

    Manusia tidak dapat memberikan, uang tidak dapat memberikan, kecanggihan tehnologi pengobatan juga tidak dapat memberikan. Sesungguhnya apa yang terpenting? Jawabannya adalah: hidup itu sendiri.

  • Bang Iwan June 11, 2010 at 11:02 am

    Uang tidak bisa membeli hidup. “Apa gunanya seorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan nyawanya? Dan apakah yang dapat diberikannya sebagai ganti nyawanya?”

    • fais August 13, 2010 at 8:10 am

      tak ada penggantinya bang…
      kecuali amalan ibadah selama ia hidup…
      Entri terbaru fais – Marhaban Ya RamadhanMy Profile

  • Bang Iwan June 11, 2010 at 10:39 am

    Ternyata Jemaah Tabligh banyak juga di Malaysia. Di tempat saya juga banyak Bro..

Trackbacks