Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ALLAH SWT menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai anak yatim piatu dan buta huruf untuk menunjukkan kepada manusia bahawa baginda di angkat sebagai RASUL daripada jerih perih kehidupan. Alam ini dicipta ALLAH untuk kekasih-NYA, Muhammad SAW tetapi tiada jalan mudah untuk baginda bagi membuktikan bahawa hidup yang sementara ini bakal penuh dengan ujian. Klimaks kesusahan pada tahun 622 M ketika Rasulullah SAW berusia 52 tahun berlaku Am al Huzun atau tahun dukacita apabila bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia serta Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.
Bagi mengubat kedukaan Nabi Muhammad SAW telah jemput oleh ALLAH ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy dalam peristiwa besar Israk Mikraj. Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rakaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan, Bukit Thursina dan Bethelehem. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa.
[box type=”shadow”]“Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1) [/box]
Alhamdulillah ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memilih aku, keluarga dan beberapa sahabat menjejaki kota-kota suci kembara Israk Mikraj Rasulullah SAW. Pertama kali menjejaki kaki di bumi haram Mekah Mukarramah pada tahun 2007 tiada apa yang boleh dikatakan selain air mata mengalir deras terutama apabila masuk ke dalam Masjidil Haram dapat menatap sendiri Kaabah. Bukan mudah kehidupan Nabi terutama setelah diangkat sebagai Rasul selama 13 tahun di Mekah. Pertama kali menjejaki bumi Mekah tempat bermulanya Israk Mikraj Rasulullah masih tidak semoden sekarang yang penuh dengan bagunan pencakar langit hotel lima bintang yang menelan kehebatan Kaabah.

Angin lembut mendambar hati sehingga rasa sayu yang amat sangat ketika sujud di Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Setiap kali menjejaki Masjid Nabawi terasa seperti Rasulullah SAW sedang mendampingi di sisi. Nabi SAW singgah solat dua rakaat di bumi haram Madinah dalam perjalanan Israk. Perasaan memang berbeza bila berada di Madinah terasa tenang mungkin kerana warga Madinah yang baik dan lembut.

Memang belum ada rezeki lagi menjejaki Madyan dan Bukit Thursina tetapi menjejaki di Bethlehem tempat kelahiran Nabi Isa a.s bagaikan mimpi setelah melalui kesukaran untuk menyeberangi sempadan Israel. Nabi SAW singgah solat dua rakaat di Baitullaham begitu juga Khalifah Umar Al Khattab setelah tentera Islam berjaya menguasai Baitulmuqaddis sehingga terbina Masjid Umar Al Khattab di depan Gereja Nativity.


Kalau bukan kerana Kembara Palestine memang tidak tahu keberadaan Masjid Buraq di Tembok Barat Masjidil Al Aqsa tempat Nabi SAW menambat Buraq tunggangan Rasulullah SAW dari Mekah ke Baitulmuqaddis. Western Wall adalah tembok yang memisahkan antara dua agama di bahagian dalam kawasan Masjid Al Aqsa adalah Masjid Buraq tempat untuk umat Islam manakal di luarnya pulak adalah tempat ibadah Yahudi yang sentiasa penuh setiap masa terutama hari sabtu.


Paling tersentuh hati dalam kedinginan ketika bumi Palestine diuji dengan salji paling tebal dalam tempoh 100 tahun setelah melalui lorong-lorong sempit di dalam Kota Baitulmuqaddis apabila melihat Kubah Emas, Dome of The Rock. Siapa sangka aku dapat menjejaki batu tempat Nabi Muhammad SAW solat sunat bersama Para Rasul dan Nabi dan Mikraj ke Sidratul-Muntaha. Paling istimewa apabila aku juga dapat memegang kesan tapak kaki Rasulullah SAW yang masih terpelihara.




Semuga Aku, keluarga dan umat manusia seluruh alam terus mendapat hidayah dari ALLAH dan sentiasa belajar dari peristiwa besar kembara Rasulullah SAW Israk dari Mekah ke Baitulmuqaddis dan terus Mikraj bertemu ALLAH di Sidratul-Muntaha. Semuga kita tidak menjadikan kisah Israk Mikraj seperti cerita dogeng Sang Kancil yang hanya dibaca tetapi tidak lansung bertindak mengambil iktibar. Semuga entri “Israk Mikraj siapa yang takut dengan peringatan” dapat menyentuh hati kita yang sentiasa lemah ini.
80 Comments
jika ada peluang, boleh saya dan keluarga menziarahi masjid al-aqsa dan masjid kubah ini.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat
peristiwa israk dan mikraj amat bermakna kerana bermulanya syariat solat 5 waktu secara rasmi.
Curahan rasa ikhwan @ ..Cara Beli Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Syukur kepada Allah anda telah diberi kesempatan untuk melihat kedua tempat itu Begitu besar Nikmat Allah
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Fatwa Sikap seorang Muslim dalam menghadapi Bencana Akhir-akhir ini
ikut nimbrung mas
untuk websitenya semoga lancar jaya dan sukses terimakasih
Curahan rasa Update PES Terabru @ ..Cara Mudah Membobol Password Wifi Dengan HP Android 2015
Shalawat Dan Salam kepada junjungan kita NAbi Muhammad SAW semoga Kita bisa menjumpainya di hari akhirat
Curahan rasa Al Najwa @ ..Melaknat Isteri Dan Buruknya Perilaku Suami
subhanallah indahnya bumi peninggalan nabi-nabi.semoga sy dberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke sana juga..
bestnya dapat jejak kaki ke tanah suci dan lihat sendiri keadaan serta suasana di sana tentu keadaannya berbeza dengan Malaysia
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
Tuan dh sangat2 bertuah kerana dapat menjejakkan kaki di tanah-tanah suci ini. Satu impian saya yang sentiasa mengharapkan ianya menjadi kenyataan juga.
Dome of Rock itu selalu mengaburi pandangan umat Islam akan Masjid Al Aqsa… sehingga ianya lebih dikenali dari Masjid Al Aqsa itu sendiri.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Kenapa Susahnya Jadi Wanita? Islam Tidak Adil!
Comments are closed.