Membina Jenama dengan Niche Blog

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dua entri “Cara Membina Jenama Blog” dan “Blog Terperangkap Dalam Dunia SEO” (sengaja letak internal link untuk menarik minat pembaca klik entri lama) mendapat maklumbalas yang sangat baik daripada Rakan Blogger. Aku akan cuba berkongsi pengalaman menguruskan blog Denaihati dengan cara yang mudah difahami dan tidak terlalu teknikal semuga ada sesuatu ilmu yang dapat membantu Rakan Blogger baru dan lama yang bersungguh dalam dunia ini.

Satu lagi topik yang biasa menjadi perbincangan adalah niche blog. Blog yang mempunyai niche tertentu lebih mudah membina jenama dan jadi terkenal berbanding dengan blog yang carca marba. Bayangkan kalau blog yang biasa bercerita tentang harta tanah seperti Blog INI tiba-tiba membuat entri Adam dan Hawa pasti kelihatan pelik dan itu yang dikatakan mengejar kata kunci panas tidak seperti Blog INI (sengaja letak external link untuk bantu promosi blog kekawan) yang dari awal sudah biasa menyelitkan kisah artis dalam entri-entrinya.

Niche blog boleh ditentukan daripada awal atau dibina secara perlahan-lahan mengikut masa. Contohnya Amanz.my (sengaja letak external link untuk dapat backlinks dari blog berkualiti) terkenal dengan blog informasi teknologi yang sudah terkenal bukan sahaja di kalangan Blogger malah di kalangan industri teknologi. Blog Beautifulnara.com pula fokus dengan berita dan gosip artis terkini yang tersohor menjadi Blog no satu Malaysia. Paultan.org menguasai berita automobil terkini dan blog automobil no satu Malaysia. Bukan mudah untuk kita berentap dengan ketiga-tiga blog ini jika kita ingin menulis mengikut niche yang telah mereka kuasai. Untuk menjadi seperti mereka perlu ada kesabaran dan mencari niche baru yang belum lagi diterokai oleh Blogger lain.

beautifulnara blogger no satu Malaysia

Blog Denaihati membina niche bercampur-campur yang fokus. Kalau smartphone akan menulis tentang iPhone, kalau bola sepak akan menulis berita team Arsenal, kalau Islam fokus tentang penghinaan Islam, isu masyarakat terpilih dan paling banyak mendapat maklumbalas adalah tajuk Blogging Tips. Maknanya Blogger masih boleh menulis berbagai tajuk tetapi mesti fokus tidak bercampur aduk-aduk terlalu banyak tajuk dan isu sehingga kelihatan tiada fokus. Niche blog bercampur-campur tapi fokus adalah formula kejayaan Blog Denaihati yang mungkin boleh menjadi contoh kepada Rakan Blogger. Dengan niche blog juga boleh mengawal diri daripada menulis entri dengan kata kunci panas yang tidak sesuai dengan blog.

Teringat pulak komen dalam Blog INI :”Denaihati.com another broad-niched blog that features technology, news, and opinions. This makes me wonder, how do they manage such broad-niched blogs? But nonetheless, the ranking are in front of you. This blog has achieved a great ranking, and a large fan-base. That way, the power of the blog could be tapped and utilized for better purposes, and we think this blog can achieve greater heights.”

Niche Blog boleh diubah mengikut masa dan keperluan tanpa perlu memadam entri yang sebelumnya (Pernah terbaca Blogger padam entri-entri lama kerana bertukar niche blog). Semakin lama kita menulis semakin ramai pembaca setia dan semakin kita memahami kehendak pembaca setia. Contohnya di blog Denaihati semakin lama semakin aku memahami mana tulisan yang disukai oleh pembaca setia dan mana tulisan yang disukai oleh Google. Jadi kepada Blogger baru dan lama yang belum ada niche blog jangan pening-pening nak pilih niche blog … tulis sahaja apa yang terlintas di hati yang penting tak copy paste entri blog lain. Setelah blog stabil barulah kita pilih niche blog yang paling sesuai. Kekadang sudah ada niche blog pun boleh berubah kalau perlu kerana perubahan masa dan perubahan pembaca setia. Jangan takut untuk berubah niche blog untuk penjenaman baru blog anda.

37-teknik-luar-biasa-masalah-kekeringan-idea

Tertarik dengan komen Blogger INI dalam entri blog EizilApabila iPhone 5 Menjadi Gadget Impian Para Blogger” : Ilmu SEO ni aku tengok blog2 dari Indonesia banyak share.. tips SEO yang diorang share pun lain2, tak macam blog2 Malaysia yang asyik update tips SEO yang sama je macam blog2 lain.. cuma tajuk je yg berbeza.. hee.. banyakkan blogwalking ke blog2 dari negara seberang..

Aku setuju dengan komen beliau untuk faham ilmu SEO seperti kata kunci, niche blog dan sebagainya Rakan Blogger perlu banyak membaca dan belajar daripada Blogger luar negara bukan sahaja Indonesia malah Profesional Blogger dari Australia, USA dan Europe tak kurang juga kehebatan Blogger India. Atur cara SEO sentiasa berubah mengikut perubahan yang berlaku di Search Engine seperti Google dan Yahoo.


Spread the love

134 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!