Melayu diKHIANATI??

May 31, 2009

IsuSemasa, Politik

Tersentuh dengan fakta di Utusan hari ni. ALLAH swt dalam Al-Quran berulang-ulang kali mengatakan bahwa SEJARAH Rasul, Nabi, Kaum dan sebagainya yang diceritakan kembali kepada umat Nabi Muhamad saw adalah untuk ikhtbar. Semuga ianya menjadi IKTHIBAR kepada semua warga MALAYSIA.
Petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain”.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

”Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ”Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
“Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ”Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara”. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain ATAU orang Melayu sudah benar-benar bersedia untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah?

Like this story? Please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, , , ,

Terima kasih singgah dan membaca rasa hati yg dikongsi

1. Klik cara untuk claim Rewards.
2. Klik Setiap backlinks dibayar RM0.02.
4. Jadi Rakan Niaga eQurban.com berniaga sambil beramal.
5. Suka kami? Klik FB Like, Retweet dan Google + 1 dan Follow @Denaihati

  • Ali ridha December 4, 2010 at 3:31 pm

    bila tanya kamu ni
    kerja apa.kerja swasta.
    terus tak boleh jadi menantu.

    • Steward John December 24, 2010 at 10:46 pm

      Kenapa pulak macam tu bro? apa kaitannya? hehe

  • Ali ridha December 4, 2010 at 3:29 pm

    Bila nak kerja sikit.
    mesti kerja dengan orang bukan
    melayu.

  • Ali ridha December 4, 2010 at 3:28 pm

    Sampai bila orang melayu
    nak harap kerja kerajaan.

  • Ali ridha December 4, 2010 at 3:28 pm

    Bila ada lokasi
    yang sesuai untuk berniaga.
    harga kedai sewa mahal.

    • Steward John December 24, 2010 at 10:57 pm

      Sekarang ni bro.. semua harga mahal, mana ada lagi yang murah kan

  • Ali ridha December 4, 2010 at 3:26 pm

    Bila nak berniaga
    susah nak tu nak dapat
    kedai sewa.

    • Steward John December 24, 2010 at 10:59 pm

      Mungkin dah penuh la tu.. ataupun yang tinggal hanya yang mahal punya jer?

  • Ali ridha December 4, 2010 at 3:25 pm

    bukan sahaja
    sesama melayu mengianati
    sesama melayu.

  • Ali ridha December 4, 2010 at 3:24 pm

    Pengkianat telah ada sejak dari dahulu
    lagi.mereka bersama kita.

  • fais August 12, 2010 at 1:53 pm

    aku sama dengan Bang Iwan aku bru tahu kisah ini bro…
    Entri terbaru fais – Fitur Baru dari Blogger DraftMy Profile

    • fais August 12, 2010 at 1:54 pm

      untung sahaja ada blog ini yang memberikan aku pengetahuan baru…
      Entri terbaru fais – Fitur Baru dari Blogger DraftMy Profile

  • Bang Iwan July 7, 2010 at 3:23 pm

    Saya baru tahu kisah ini bro..