Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Malaysia International Tourism Blogger Awards 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, MITBCA 2103 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia datang lagi. Teringat kes MITBCA 2012 yang melanda Rakan Blogger sehingga ada yang serik nak ikut serta. Aku sendiri hilang seorang Rakan Blogger rapat apabila beliau buang Denaihati dari dunia Blog, Twitter dan Facebook beliau. Kita tidak boleh paksa orang suka dan hormat kepada kita cuma agak terkilan kerana hanya nak menang anugerah boleh jadi macam tu sedangkan anugerah hanyalah anugerah tidak lebih daripada itu.

MITBCA2013

Untuk MITBCA2013 blog Denaihati telah didaftar oleh seseorang untuk katogeri Tourism Blog of The Year. Terima kasihlah kepada sesiapa yang telah sudi mendaftarkan blog Denaihati. Untuk vote sila klik SINI.

MITBCA2013

Aku sendiri telah mendaftarkan blog Denai.my untuk katogeri Tourism Travel Blog. Sudikan vote di SINI.

MITBCA2013

Tujuan utama nominasi ini adalah untuk penjenamaan blog Denaihati.com dan blog Denai.my. Penjenamaan tidak akan pernah berhenti walaupun sudah terkenal.

Penjenamaan atau branding memerlukan kos yang bukan sedikit. Bersaing untuk anugerah adalah cara penjenamaan percuma yang mesti diambil kesempatan oleh Blogger yang layak. Menang kalah itu perkara kedua yang penting kita mesti bersaing dengan sihat dengan strategi yang betul. Persaingan itu adalah proses penjenamaan yang akan memperkenalkan blog kita kepada ramai pembaca baru dan terpulang kepada kita menyusun strategi untuk menjadikan pembaca baru sebagai pembaca setia blog kita.

Selain daripada blog Denaihati.com dan Denai.my berikut adalah senarai Rakan Blogger yang ikut serta MITBCA 2013 :

  1. Tourism Lifestyle Blog : Achiveoftime.blogspot.com, Azri.my, Akmaomar.com dan Kozumiro.blogspot.com
  2. Entertainment Blog : Beautifulnara.com, Nizamijam.com
  3. Food 1Malaysia Blog : Nadot.my, Kakinakl.com
  4. Tourism Photograhpy/Art Blog : Azmanishak.com
  5. Tourism Micro Blog of The Year : Earncent.com, iAwani.com
  6. Tourism Travel Blog : Faizalfredley.com, Kujie2.com dan Akmaomar.com
  7. Tourism Blog of The Year : Faizalfredley.com, Akmaomar.com, Enveeus.com
  8. Shopping Blog : Cheezemaz.blogspot.com
  9. Tourism Destination Blog : Faizalfredley.com

MITBCA 2013 menyediakan 17 katogeri dan setakat ini hanya 9 katogeri Rakan Blogger yang selalu bersama kita ikut serta. Pendaftaran yang dibuka pada 18/1 akan tamat pada 13/2/13. Baca entri INI pasti anda akan tahu kenapa perlu join MITBCA 2013.

Cara Mengundi bukanlah susah sangat :

  1. Masuk website MITBCA 2013
  2. Login dengan akaun Facebook
  3. Pilih katogeri (atau boleh klik link katogeri di atas)
  4. Pilih blog yang anda suka dan klik button VOTE menjadi warna merah (satu undi untuk satu katogeri)
  5. Promosi pada Rakan Blogger lain untuk undi Blogger yg kita suka.
  6. Undian bermula pada 9/2/13 dan akan berakhir pada 11.59 pm 22/2/13.

BOLEHKAH RAKAN BLOGGER KITA MENGUASAI SENARAI PEMENANG SEPERTI MSMW 2013??

Melihat kedudukan sekarang aku cadangkan kita fokus pada blog tertentu untuk katogeri tertentu utk memastikan kawan-kawan kita menang.

Kepada Rakan Blogger yang teringin nak menambah network bagus juga join Conference MITBCA 2013 boleh daftar di SINI. Aku nampak tourism ini peluang baru untuk Blogger membina network dan buat duit online. Bagiamana? Kena fikir-fikirkan tu … sebab industri pelancongan akan terus berkembang pesat di seluruh dunia.

---

  1. Pemenangnya telah didapat
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Hikmah AqiqahMy Profile

  2. apa ada sahabat yang menang ya
    Entri terbaru munir ardi – Samsung Galaxy S IV segera datangMy Profile

  3. Sudah selesai tuan saya nak tukar banner sekarang
    Entri terbaru munir ardi – Tablet Tangguh dan Tahan Air, Sony Xperia Tablet Z telah direleaseMy Profile

  4. goodluck untuk tuan denaihati, hehe peace
    Entri terbaru Cik Lisa – Terima kasih Kak MiaMy Profile

Trackbacks

  1. […] pada 13.02.2013 saat terakhir ¬†itu Terbaca dari¬†Terimakasih PakCIK BlogDenaihati Betul saya tidak minat sebarang pertandingan ini itu Sebab takut Tuhan dan Nabi SAW dalam […]

Artikel pilihan...close