Assalamualaikum dan salam sejahtera, aku telah diundang untuk berbincang dalam sidang meja bulat bersama MDeC selepas majlis MSMW 2016. Fokus utama adalah Digital DNA atau pun istilah biasa disebut sebagai membudayakan Digital kepada masyarakat Malaysia. Untuk mencapai misi tersebut kerajaan telah mengubah nama Multi Media Development Corporation (MDeC) kepada nama baru Malaysia Digital Economic Corporation (MDeC).
Aku juga dijemput ke majlis anjuran Google Malaysia yang bertemakan Google Go Digital. Misi utama adalah untuk membantu komuniti bisnis Malaysia untuk mengubah cara berbisnis daripada secara konvensional kepada cara Digital. Google Malaysia akan buat roadshow untuk mempromosi program Go Digital di Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Sayangnya majlis yang aku hadiri di Kuala Lumpur hanya dihadir beberapa orang usahawan Melayu daripada ribuan usahawan yang datang. Projek besar ini mendapat sokongan MiTi jadi sayang sangat kalau usahawan Melayu menyampingkan budaya bisnis digital ini. Aku juga pernah dijemput untuk satu majlis yang di pejabat Google Malaysia yang juga membentangkan perancangan pemasaran Digital Malaysia.
Antara fakta-fakta penting tahun 2016 yang aku boleh kongsikan adalah :
- Lebih kurang 25 juta rakyat online
- 15 juta rakyat Malaysia menggunakan smartphone
- 92% rakyat Malaysia mencari informasi di Google
- 18 juta rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook
- 1 daripada 3 orang yang menggunakan Google search akan membuat belian secara online
- Hanya 1 syarikat daripada 4 yang ada website
- Hanya 1 daripada 10 syarikat menggunakan pemasaran sosial media
Ramai kekawan berniaga nak berjaya tetapi tidak ramai yang sanggup keluar duit untuk melabur belajar ILMU bisnis yang pelbagai. Mungkin ini salah satu sebab kejayaan bisnis kita tidak boleh dikekalkan. Sebagaimana teknologi yang berubah pantas begitu juga budaya bisnis sebenarnya bergerak sangat pantas sehingga ramai yg tertinggal dan ada yang tak ambil kisah. Hujungnya merungut tewas dalam bisnis dan ramai yg lansung serek nak berbisnis.
Lihat saja perubahan dalam dunia pemasaran digital ada pelanggan yang suka melihat gambar cantik di FB, ada pelanggan yg fokus mencari informasi di Google, ada pelanggan yang menggunakan hashtag di twitter, ada pelanggan malas membaca lebih suka tonton video di Youtube, tu belum lagi yg suka pinterest, path, linkedin, tumblr, foursquare dan dari survey paling banyak sale terhasil dari review blog.
Adakah kita sebagai usahawan kisah semua ni atau fokus hanya pada satu kaedah pemasaran sahaja??
Usahawan yg kisah semua kaedah tulah yang kita panggil usahawan Digital yg akan kekal lama dalam industri. Tu belum lagi cerita kisah trend produk dan service yg sentiasa berubah.
Kami team Denaihati Network pun sedang belajar dan nak mengajar utk jadi usahawan Digital. Kepada rakan blogger, usahawan online dan usahawan konvesional yang berminat untuk belajar kaedah pemasaran Digital murah kami menyediakan pakej khas berharga RM4900 dibimbing oleh guru-guru yang pakar dalam bidang mereka antaranya Sifu Eizil (Blog & SEO), Aqif Azizan ( Copy Writing & eBook), Denaihati (Branding dan Video Youtube) dan Firdaus Azizi ( FB dan Instagram ads). Kepada yang berminat sila hubungi kami kerana kelas pertama hanya terbuka untuk 20 pelajar sahaja.
120 Comments
Salam hangat dari keluarga Indonesia. Mari bersama menjadikan dunia lebih baik dengan teknologi digital.
Curahan rasa Vebrian Wardhana @ ..9 Kebiasaan Baru yang Aku Jalani Setelah Masuk Pondok Baru
Anak muda memang harus selalu update tentang kemajuan teknologi. Anak muda harus selalu menjadi terdepan. Semangat!
aku juga pengin jadi IM profesional kak, kalau ada pelatihan bisa di post lagi ya kak.
tetap semangat buat para IM indonesia.
Curahan rasa disiniaja @ ..Manfaat Kerupuk Kulit Bagi Kesehatan Tubuh Serta Kegunaannya Sebagai Makanan/ Obat
ramai seperti ini ditunggu para generasi muda..
karena jaman bergerak ke arah digital.
semuanya dari segala lini
gak pandang bulu.
mereka yng tidak mau belajar tertinggal pasti
yuukkk semangat
Curahan rasa pancake durian solo @ ..61+ Inspirasi Henna yang Menawan Hati. Demi Sucinya Pernikahanmu Nanti
Comments are closed.