Malam Jumaat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pasti ada abang dan kakak senyum baca tajuk entri ni. Perkataan Malam Jumaat memang jadi gurauan ramai terutama yang sudah berkahwin dan belum berkahwin pun tumpang sekaki.

Malam Jumaat memang istimewa berbanding malam-malam yang lain bukan sahaja untuk hubungan seksual suami-isteri tetapi untuk pelbagai amalan. Amalan membaca Yassin di malam jumaat bukanlah sunnah Nabi tetapi telah menjadi budaya zaman berzaman di kebanyakan Surau dan Masjid di Nusantara.

Selain membaca Yassin juga disunatkan untuk kita bangun di 2/3 malam untuk solat Tahjud, solat Tasbih dan solat Hajat. Di saat ini Allah SWT berada paling hampir dengan manusia yang mencari-Nya ketika manusia lain sedang asyik diulik pasangannya atau enak dibuai mimpi. Waktu ini juga waktu paling sesuai bermunajat kepada Allah SWT terutama kepada yang sedang dilanda berbagai masalah hidup.

Di samping itu jangan lupa amalan-amalan sunnah yang lain seperti potong kuku, cukur misai dan kemaskan janggut. Nabi Muhamad juga mengamalkan membaca surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat dimana fadilatnya sangat besar iaitu terhindar dari fitnah Dajjal.

Semua makluk Allah SWT kecuali manusia dan jin berada dalam ketakutan pada menjelang malam Jumaat kerana Allah SWT juga telah janjikan kiamat akan berlaku pada hati Jumaat.

Marilah kita maksimumkan kehebatan Malam Jumaat.


Spread the love

67 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!