Makanan Enak di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mana-mana percutian jika tiada makanan yang sedap dan enak akan jadi tak seronok. Betul tak? Hidangan makanan yang sedap dan enak menjadi daya tarikan pengunjung untuk pergi ke sesebuah tempat. Makanan yang disediakan di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands ternyata mampu menarik minat ramai orang untuk pergi bercuti di sana.

Sepanjang 3 hari 2 malam Team Denaihati bercuti di Strawberry Park Resort, bermacam-macam jenis juadah dan makanan telah disediakan untuk santapan kami. Hidangan pertama kami adalah ketika jamuan Hi-Tea bersama Mr.Ming iaitu Manager Strawberry Park Resort yang menyambut kedatangan Team Denaihati pada hari itu.

Minum petang di Strawberry Park Resort

Pada malam pertama di Strawberry Park Resort, makan malam dengan konsep BBQ dan buffet telah disediakan untuk para pengunjung yang datang bercuti dan menginap di situ. Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang sedap seperti sate, udang, daging lembu, ayam, kambing, ikan sehinggalah ke pencuci mulut, puding, kek, aiskrim dan macam-macam lagi. Makanan apa yang ada di situ boleh ambil sesuka hati dan makan sehingga perut kenyang.

Sate Cameron Highlands

Sate yang dibakar oleh chef di Strawberry Park Resort ni memang sedap. Dagingnya lembut dan mudah untuk dikunyah.

BBQ Strawberry Park Resort

Buffet Strawberry Park Resort

Sarapan Pagi di Strawberry Park Resort

Kami menikmati hidangan breakfast atau sarapan pagi di Jim Thompson Terrace pada hari itu yang dibuat secara buffet juga. Ada banyak pilihan makanan seperti nasi lemak, roti canai, mee sup, sosej, dan banyak lagi makanan yang sedap-sedap.

Breakfast Strawberry Park Resort

Waktu pagi di Jim Thompson Terrace terasa sangat sejuk. Rata-rata pengunjung Strawberry Park Resort yang bersarapan bersama kami memakai pakaian yang nampak tebal untuk panaskan badan. Walaupun sejuk tapi ianya cukup selesa dan nyaman bila dapat minum air kopi panas dan menjamu selera dengan nasi lemak serta roti canai resepi Strawberry Park Resort.

Sarapan pagi nasi lemak

Makan Tengahari Menu Indian Food

Waktu makan tengahari di Strawberry Park Resort, kami memilih makanan berkonsep “Indian Food”. Bila terdengar Indian Food, dalam kepala terus terbayang kedai mamak. Pada mulanya kami fikir makanan tersebut sama saja seperti yang biasa kita makan di kedai-kedai mamak. Tetapi bila dah makan rasaanya jauh lebih sedap daripada makanan di kedai mamak. Berselera jugalah kami makan tengahari tu.

Indian Food Strawberry Park Resort

Candle Light Dinner di Strawberry Park

Candle Light Dinner iaitu menjamu selera makan malam dalam keadaan tempat yang hanya diterangi dengan cahaya lilin dan juga lampu yang agak malap menimbulkan rasa dan suasana romantis. Bagi pasangan yang baru berkahwin agak sesuai dengan suasana yang macam ni. Bagi yang sudah berkahwin pun boleh juga layan Candle Light Dinner. Boleh eratkan lagi hubungan yang telah lama terjalin dan semarakkan kembali kehangatan dan kasih sayang dalam rumahtangga.

Tudor Lounge N Grill Strawberry Park

makan malam candle light

Sepanjang 3 hari bercuti di Strawberry Park Resort, ada beberapa aktiviti lagi yang tak sempat dibuat disebabkan kesuntukan masa. Mungkin lain kali boleh datang lagi ke sini. Lagipun makanan di Strawberry Park Resort semuanya sedap-sedap. Berbaloi jika datang bercuti di sini beberapa kali. Penginapan pun selesa dan layanan yang diberikan juga sangat mesra. Terima kasih Strawberry Park Resort.

nota terima kasih strawberry park resort

Bagi sesiapa yang ingin menikmati percutian istimewa di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands sila layari fanpage Strawberry Park Resort sekarang! Strawberry Park Resort sedang mengadakan satu contest mudah. 3 pemenang bertuah akan dipilih dan berpeluang bercuti di Strawberry Park Resort secara PERCUMA! Contest akan tamat pada 11 April 2012.

---

  1. Salam.

    Tuan, saya dah book di Stawbery Park Resort. Tapi saya search hotelnya tidak dapat sijil halal dari JAKIM. benarkah? TQ

  2. Satenya menarik sekali itu
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Tanda Gejala Penyakit JantungMy Profile

  3. Nanti abg Amir boleh advice mengenai hotel ni ye :)
    Tak sabar na k p :)
    Entri terbaru Myra Jay – Hadiah buat Pengomen TegarMy Profile

  4. wow bestnya..sure mahai nih!!!
    Entri terbaru zila – JoHoR – N9 – KeeLMy Profile

  5. Waw..sepertinya makananya lezat, beraneka ragam dan menu makanan disana membuat berselera.
    Entri terbaru Mas Gie – Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012My Profile

  6. enak sekali tuh kayaknya
    Entri terbaru Dadi Heryana – Wajibnya takut kepada AllahMy Profile

  7. bestnyer…pasti semuanya enak2…
    Entri terbaru Nana – Kenali jenis2 sihirMy Profile

  8. that romantic
    bgs t4’a
    nak2 jg tuh mknan’a
    jd pgen nyobain dehhh
    strawberry
    asem amnis gmn gt
    ky khdupan…..
    Entri terbaru Alya Hanie – KUPAS TUNTAS PP NOMOR 74 TAHUN 2011 TENTANG TATA CARA PELAKSANAAN HAK DAN PEMENUHAN KEWAJIBAN PERPAJAKANMy Profile

Artikel pilihan...close