Liverpool vs Arsenal EPL 2012/13 Week #3

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, 31/8/12 tarikh akhir transfer window musim panas musim 2012/13. Tidak banyak aktiviti yang berlaku untuk team Arsenal hanya Park Chu-Yong yang dipinjamkan ke Celta Vigo dan Nicklas Bendtner dipinjamkan ke Juventus. Aku setuju dengan Arsene Wenger yang mempertahankan tindakan beliau tidak membawa banyak pemain baru selain Podolski, Giroud dan Cazorla. Arsenal mempunyai pemain-pemain yang berbakat seperti Wilshere, Diaby, Rosicky, Gervinho, dan Alex Oxlaide Chamberlain yang boleh membantu menjulang piala.

Bukan mudah untuk memastikan prestasi pemainan yang baik kalau terlalu ramai pemain baru lihat sahaja apa yang berlaku pada Tottenham. Suka cara The Special One Jose Morinho yang menggunakan pemain sedia ada di setiap kelab yang baru yang beliau uruskan dengan hanya tambahan 2-3 orang pemain baru tetapi tetap boleh menjulang piala.

Arsenal seri dalam dua pelawanan awal menentang Sunderland dan Stoke walaupun menunjukkan permainan yang berkualiti tetapi tiada penyudah yang baik. Dengan latihan yang lebih agresif pasti semua pemain akan meningkatkan prestasi dan boleh memberi keputusan yang baik kepada peminat Arsenal.

EPL 2012/13 Week #3 Arsenal akan bertandang ke Anfield menentang Liverpool di bawah pengurus baru Brendan Rodgers dengan membawa ramai pemain baru dan menjual ramai pemain lama. Perlawanan Liverpool vs Arsenal pasti ditunggu oleh semua peminat. Arsenal menewaskan Liverpool di Anfield musim lepas tetapi musim ini pasti berbeza dengan pemain yang berbeza.

Keputusan Liverpool vs Arsenal : 0 – 2

Live Liverpool vs Arsenal@ Astro Supersport 813 tarikh 2/9/12 jam 8.30 pm waktu Malaysia.

Live Streaming Liverpool vs Arsenal @ Goal.com.

Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Arsenal

Keputusan EPL 2012/13 Week #3

West Ham vs Fulham : 3 – 0

Swansea vs Sunderland : 2 – 2

Wigan vs Stoke : 2 – 2

West Brown vs Everton : 2 – 0

Tottenham vs Norwich : 1 – 1

Manchester City vs QPR : 3 – 1

Newcastle vs Aston Villa : 1 – 1

Southampton vs Manchester United : 2 – 3

Comments