LG Fiesta – Gabungan Smart TV dan Sistem Home Theater

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal bulan hari tu Team Denaihati telah join satu event dengan tema LG Fiesta yang diadakan di The Curve (The Piazza). Roadshow tersebut sempena pelancaran LG’s World First 84 Inch Ultra HD TV.

Turut bersama hari tu ada beberapa orang rakan blogger antaranya Broframestone, Ben Ashaari, Yana Yassin, Ariff Shah, Boni Kacak, Melastik Bintang, Syukri Tahir, AkuBiomed dan ramai lagi. Ada juga blogger yang tak berapa kenal.

Semasa pendaftaran, blogger-blogger dibahagikan kepada beberapa group untuk aktiviti berkumpulan yang sangat menghiburkan. Setiap group ada 4 orang.


Pendaftaran Blogger di LG Fiesta (Credit: AkuBiomed)

Sepanjang event berlangsung kami diperkenalkan dengan produk-produk canggih keluaran LG. Pihak LG telah memberi penerangan tentang ciri-ciri yang ada pada produk keluaran mereka dan ditunjukkan demonstrasi cara penggunaannya. Memang sangat menarik dan hebat fungsi-fungsi produk LG terutamanya gabungan mantap LA8600 (Top Range of TV) dan BH9530 (Home Theater Systems).

LG 60 inch CINEMA 3D Smart TV LA8600


LA8600 – LG CINEMA 3D Smart TV

Semasa dibuat demonstrasi menggunakan TV, blogger perlu memakai kaca mata 3D yang diberi. Pakai spek mata 3D tu baru boleh nampak imej 3D pada TV keluaran LG. Apa saja rancangan TV yang kita tonton boleh ditukar menjadi 3D melalui setting pada TV tersebut.

Selain untuk menonton rancangan kegemaran, LG CINEMA 3D Smart TV juga boleh guna untuk surf internet dan bermain game dari phone. Kawalan menggunakan ‘Magic Remote’ dengan hanya point and click, scroll up and down, zoom in and out sama seperti menggunakan mouse komputer. Memang mudah. Juga boleh menggunakan arahan suara untuk fungsi carian.

Smart TV:

  • Magic Remote
  • Smart Home
  • Smart Share
  • Full Web Browser

Cinema 3D:

  • Comfortable 3D Glasses
  • 3D Depth Control
  • 3D Sound Zooming
  • 3D World
  • 2D to 3D
  • Dual Play

Maklumat lanjut tentang Smart TV ini di http://www.lg.com/my/tvs/lg-60LA8600-led-tv

9.1CH CINEMA SOUND HOME THEATER BH9530


BH9530 – 9.1CH CINEMA SOUND HOME THEATER

9.1CH CINEMA SOUND HOME THEATER merupakan sistem bunyi home theater bagi mereka yang gemarkan sistem bunyian yang menggamit suasana di rumah. Dengan tagline “Be Prepared For The Most Realistic Sound Ever” anda dapat bayangkan betapa hebatnya sistem bunyi home theater BH9530 ini. Beberapa ciri menarik sistem audio ini ialah:

  • 9.1CH CINEMA Sound
  • Aramid Fiber Speaker
  • Miracast™

Maklumat lanjut tentang sistem bunyi Home Theater BH9530 ini di http://www.lg.com/my/home-theater-systems/lg-BH9530TW

Next time boleh join lagi event macam ni. Memang seronok. Terima kasih Broframestone kerana menjemput Denaihati. Kalau ada event lagi jangan segan silu untuk invite ye.


Spread the love

66 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!