Komen mengutuk dan mencaci bukan budaya kita


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau dulu bila aku menulis entri ilmiah atau isu semasa yang agak panas memang wajib sunyi sepi ruang komen tidak ramai Rakan Blogger yang akan meninggalkan komen berkongsi pendapat. Budaya senyap sepi semakin berubah dimana semakin ramai Rakan Blogger yang sudi berkongsi pendapat dalam banyak entri yang dulu dipandang sepi.

Aku tidak mengharap semua untuk bersetuju dengan apa yang aku tulis. Sudah pasti kita mempunyai perbezaan pendapat kerana kita dididik dengan cara berbeza, ilmu yang berbeza dan fahaman politik yang berbeza. Perbahasan dengan cara ilmiah dan perbezaan pendapat sangat baik untuk meningkatkan keterbukaan dalam berbagai isu yang dibawa dalam entri-entri terbaru dalan blog Denaihati.

Aku banyak mendapat ilmu baru daripada setiap pendapat yang dikongsikan oleh Rakan Blogger. Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi berkongsi pendapat dengan fakta yang panjang lebar yang mungkin ramai Rakan Blogger lain tidak berkesempatan membaca melalui rujukan-rujukan buku yang lain.

Yang sedih pun ada juga apabila ada dikalangan pendapat yang agak emosi dan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya ketika meninggalkan komen. Paling ketara kebanyakan komen yang marah-marah dan emosi ini selalunya ditulis oleh mereka yang tiada identiti dengan menggunakan nama samaran, email samaran dan link samaran. Tiada siapa yang akan marah kalau Rakan Blogger mempunyai pendapat yang berbeza tetapi dikongsikan dengan cara yang beradab.

Tidak ada salahnya untuk berbeza pendapat tetapi mesti dikongsikan dengan cara yang baik dan beradab kerana itulah budaya Islam bukan mengutuk dan mencaci sesuka hati. Siapalah aku yang boleh mengubah pemikiran Rakan Blogger dengan penulisan di dalam blog Denaihati.

Istimewa di denaihati.com
  • Dadan 15 June 2012 at 10:47 pm

    saya setuju dengan DH, kalau berbeda pendapat itu adalah wajar
    Entri terbaru Dadan – Laga Euro 2012 : Yunani vs RusiaMy Profile

    • Dadan 15 June 2012 at 10:48 pm

      Insya Allah..jika saya berbeda pendapat dengan DH, tak akan memakai kata-kata yang tidak senonoh
      Entri terbaru Dadan – Laga Euro 2012 : Yunani vs RusiaMy Profile

  • [...] yang diterima hanya sekadar komen, komen hanya untuk trafik dan sebagainya. Ini tidak termasuk komen mencaci dan komen yang berunsur kebencian yang saya terima hampir setiap hari – hanya tidak dipaparkan disini sahaja untuk tatapan [...]

  • manja sheila 26 October 2011 at 10:36 am

    assalamualaikum.pada aku komen kutuk mengutuk memang dah jadi budaya kita. baik isu yang diketengahkan dan didebatkan itu berunsurkan hiburan, politik, isu semasa atau apa saja..pasti tidak akan lari dari cercaan . Dalam soal politik memang la tok sah nak citer. memang biasa la.kedua pihak yang berbeza ideologi politik akan saling kutuk mengutuk. kalo la senario sebegini boleh kita ubah, dari kutuk mengutuk kepada komen yang berbentuk pertukaran sudut pandangan kan bagus. itu akan lebih membuat kita saling mengerti meskipun kita masih tetap berpegang ape yang kita yakini benar. Terkadang2 ape yang orang lain tahu belum tentu ilmu pengetahuan itu ada pada kita.jadi ada elok kalo kita belajar memperluaskan skop bagaimana kita view sesuatu perkara.
    Entri terbaru manja sheila – BAJU KEBAYA MODERN ^__^My Profile

  • .encik.SEDAP.™ 20 September 2011 at 7:50 am

    banyak juga perlakuan yang bukan budaya kita, tapi banyak dah sebati. #-___-

  • obat herbal jantung koroner 14 September 2011 at 10:51 pm

    kita harus saling hormat menghormati!

  • pengobatan asam urat 14 September 2011 at 10:50 pm

    jgn sampai sesama muslim bertengkar!

  • Muhammad Khairul 13 September 2011 at 12:44 am

    Muhammad Khairul
    mengadu domba, mencaci dan menghina, membesarkan diri semua bukan tradisi rasullullah. mari kita bersama-sama menutup aib diri bersama, kerana yang mampu murka hanya Allah.
    Curahan rasa Muhammad Khairul @ ..Kalau boleh mengadu pada Rasullullah

    Entri terbaru Muhammad Khairul – Kalau boleh mengadu pada RasullullahMy Profile

  • Muhammad Khairul 13 September 2011 at 12:44 am

    mengadu domba, mencaci dan menghina, membesarkan diri semua bukan tradisi rasullullah. mari kita bersama-sama menutup aib diri bersama, kerana yang mampu murak hanya Allah.
    Entri terbaru Muhammad Khairul – Kalau boleh mengadu pada RasullullahMy Profile

  • agen xamthone plus bandung 12 September 2011 at 10:20 am

    yapz,, tentunya memang sudah hal yang biasa bila kita mendapatkan komentarr yang begitu banyak rasa baik berupa dukungan maupun kritikan,,
    Entri terbaru agen xamthone plus bandung – Agen Xamthone Plus SemarangMy Profile

  • ciksembang 11 September 2011 at 3:30 pm

    sepatutnya kita beri komen membina, mmg kadang2 sedikit terasa dihati tapi kalau kita selalu berfikiran positif,insyaAllah tidak timbul isu kutuk mengutuk
    Entri terbaru ciksembang – Peragut palsu di Hentian Duta, Kuala LumpurMy Profile

  • muhian 11 September 2011 at 2:51 pm

    mereka yang suka kutuk2 maki2 nih hanya berani buat kat dunia maya je..secara real life depan2 one to one tak berani dia nak komen macam apa yang dia buat kat alam maya.

  • info lomba 11 September 2011 at 7:41 am

    marilah kita budayakan untuk saling memberi koment. Dg bahasa yg sopan tentunya

  • amni 11 September 2011 at 5:30 am

    tak pernah lagi ada orang komen. huhuhu
    Entri terbaru amni – 10 Jang Nara Cute Photo | Singer, Actress from South KoreaMy Profile

  • akubiomed 11 September 2011 at 12:54 am

    Adalah sesuatu yang rugi apabila ruanga komen tidak mampu dijadikan medium untuk berhubung dengan bertukar-tukar fikiran dan menyampai buah fikiran

1 3 4 5


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network