Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, setelah membaca entri “Buat Baik Belum Tentu Manusia Balas Baik” semua tertunggu-tunggu kisah sebenar coretan HATI dari Penderma HATI, Ahmad Khariri. Setelah mencari-cari waktu yang sesuai Sambutan Merdeka 55 adalah masa yang paling sesuai untuk memulakan perjalanan Kisahnya Secebis HATI untuk kita jadikan teladan dan sempadan. Sama-sama kita selami jiwa Saudara Ahmad Khariri yang berHATI mulia.
Pesakit Bengkak Hati : Allahyarham Adik Mohd Yohitt Bin Mohd Farhan Kutty Krishnan
Penderma Hati : Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop
Tarikh pembedahan pemindahan hati (Liver Transplant) : 18 Disember 2004
Tarikh Adik Yohitt meninggal dunia : 28 Januari 2005
Kisahnya Secebis Hati – 2 jiwa 1 hati
Pengalaman anak sakit membakar semangat untuk membantu
April 2002 – Saya bekerja sebagai Penolong Perancang Pengeluaran di Shin-Etsu Elektronik (M) Sdn Bhd sejak Mac tahun 2000. Hari ini saya bertugas seperti biasa. Tidak ada sesuatu yang pelik saya rasakan. Ketika saya dan isteri keluar rumah untuk bekerja pagi ini, kedua-dua anak gadis saya, Nur ‘Aina Qistina Al Huda – 18 bulan dan Nur Anis Balqis Al Huda – 6 bulan masih nyenyak tidur. Anak-anak saya diasuh oleh mak saya sejak mereka dilahirkan. Bukan berniat untuk menyusahkan mak saya tetapi atas permintaan beliau yang ingin menjaganya. Pernah saya menghantar mereka berdua ke rumah pengasuh tetapi hanya bertahan tiga hari sahaja.
Bersama sahabat di Shin-Etsu Elektronik (M) Sdn Bhd
Ketika keluar daripada bahagian Production, sahabat saya Halim memberitahu mak beberapa kali menghubungi saya di pejabat. Ada masalah di rumah katanya. Hati saya mula berasa tidak selesa apabila mendengar perkataan MASALAH. Segera saya menghubungi mak dan ketika itu abang sulung saya yang menjawab telefon tersebut. Beliau menyuruh saya pulang segera kerana anak kedua saya sedang sakit namun tidak diberitahu sakit apa. Saya semakin tidak keruan kerana kebiasaannya mak tidak akan menghubungi saya di pejabat sekiranya tiada masalah yang besar.
Saya berjumpa Ketua Bahagian saya iaitu Encik Ahmadsur Bin Wahab untuk meminta kebenaran untuk pulang. Setelah menerangkan kepada beliau beberapa tugasan yang masih belum selesai, saya bergegas menukar baju di bilik persalinan. Ketika itu saya hanya memikirkan untuk segera pulang dan berjumpa dengan anak bongsu saya itu. Wajah si cilik berusia enam bulan itu sentiasa terbayang di mata saya. Walaupun baru berusia enam bulan namun sesekali beliau sudah pandai diagah ajak bermain. Saya menunggang motorsikal setiap kali pergi bekerja kerana masalah jem yang teruk di hadapan kilang Proton. Kebiasaanya saya tidak berani menunggang laju namun ketakutan untuk menunggang laju terpaksa saya buang hanya kerana risau memikirkan soal anak.
Saya dan isteri bersama kedua-dua anak kesayangan kami – Nur’Aina Qistina Al Huda dan Nur Anis Balqis Al Huda
Tidak sampai 15 minit saya sudah sampai di perkarangan rumah mak. Kebiasaanya perjalanan pergi dan balik saya memakan masa tidak kurang 35 minit. Saya bergegas masuk ke dalam rumah mak. Kelihatan mak bersama anak-anak saya sedang berada di ruang tamu rumah. Aina – anak sulung saya sedang bermain-main manakala Anis sedang tidur ditemani oleh mak. Mak memberikan isyarat agar saya jangan bercakap kuat kerana Anis baru sahaja tidur – keletihan barangkali. Takut-takut terjaga pula beliau nanti. Mak memanggil saya ke dapur dan daripada raut wajahnya yang tenang itu, tidak menunjukkan kerisauan seperti yang saya gambarkan di pejabat tadi.
Menurut mak, ketika ingin menukar lampin pakai buang Anis pagi tadi, kelihatan seketul daging sebesar bola ping pong keluar di lubang dubur Anis. Pada mulanya mak menyangkakan najis Anis yang berdarah namun apabila diperhatikan betul-betul ianya bukan najis. Mak terpaksa membersikan dubur Anis dengan berhati-hati khuatir akan mencederakan pula. Setelah memakaikannya semula dengan lampin Anis merengek seolah-olah tidak selesa dengan keadaannya itu. Namun dalam 30 minit Anis mulai seperti biasa dan tertidur keletihan.
Saya keluar semula ke ruang tamu untuk melihat Anis yang sedang tidur. Wajahnya saya perhatikan sangat mirip wajah saya ketika kecil. Anis dilahirkan pada 28.11.2001 di Hospital Ampuan Rahimah, Klang. Disebalik wajah beliau yang redup ini kemungkinan beliau sedang menanggung kesakitan teramat sangat. Saya hanya perhatikan tubuh badan Anis namun tidak berani menyentuhnya kerana khuatir beliau akan terjaga dari tidur. Ingin sekali saya memeluk dan mencium anak bangsu saya ini erat-erat. Saya minta pandangan mak samada Anis perlu dibawa ke hospital segera atau menanti sehingga beliau terjaga dari tidur. Menurut mak biar sahaja Anis tidur dahulu dan sambil itu saya pergi menjemput isteri di tempat kerja beliau.
Bersambung ….
Kepada Rakan Blogger yang nak membantu Saudara Ahmad Khariri joom beli Bunga Telur buatan isteri beliau.
118 Comments
Keluarnya seketul daging yg berdarah di dubur anaknya, aduh…kalau penyakit buasir pun dah takut, inikan pula sebesar bola pingpong. Apa episod seterusnya….???
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
seketul daging bersaiz bola pingpong? besar tu…kesiannya..
Curahan rasa boni kacak @ ..Selamat Hari Kemerdekaan ke 55
kisah ini betul-betul menyentuh hati…
Curahan rasa Dadan @ ..Belajar Pada Ayam
saya pun pernah mengalaminya, ketika anak saya harus dirawat di RS selama 1 minggu lebih karena dehidrasi….
Curahan rasa Dadan @ ..Belajar Pada Ayam
Perasaan berkecamuk dalam hati saat itu, sungguh kacau balau…
Curahan rasa Dadan @ ..Belajar Pada Ayam
Hanya kepada Allah yg mampu diminta pertolongan di ketika itu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Pasti kesakitan teramat bila perkara ini terjadi.? Hanya yg berlaku pada diri sendiri baru dpt tahu bertapa sakitnya menahannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Hati terdetik kepiluan membaca kisah trajedis ini, kita tunggu cerita seterusnya….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Pergorbanan bapa terhadap anak melebihi segala-galanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Ujian terhadap Ahmad Khariri Al-Hadi amat berat ni, berapa ramai yg sanggup berkorban seperti beliau.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Apa penyakit yg dihadapi oleh anak bongsu Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop ni?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Cerita in masih bermain di minda, apa kesudahan cerita ini, mahu keterangan cerita seterusnya………….???
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Saudara khairiri banyak diuji oleh tuhan. Ada hikmah disebaliknya sudah tentu.Jika bukan untuk beliau, sudah pasti untuk kita untuk dijadikan iktibar hidup. Seperti tujuan bro denaihati dalam terbitan kisah hidup ini.
em. ok. gua tunggu sambungannya..
Curahan rasa titan @ ..Kenali blogger kacak bawah tanah – Multees.com
ujian yang amat berat, hanya kesabaran dan pengorbanan yang mampu di beri…
Curahan rasa Syarih @ ..Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 55.
Pergorbanan, kesabaran, ketabahan, ketahanan mental utk menghadapi situasi begini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Ini kisah masa tahun 2002 kan? fuuuhh.. berdebar-debar nak tahu sambungannya.. aduhai, sebesar bola ping pong untuk baby 6 bulan..
Curahan rasa KiD @ ..I Art You Malaysia
Semoga semuanya akan baik2 belaka dan adik anis cepat sembuh.
Beginilah brother.. tolong sampaikan kepada bapa Anis, belikan
kapsul SNE product buah Seabuckthorn. Cubalah dapatkan nasihat
dari pakar SNE. Ramai pesakit yg sensara dengan penyakit ganjil
dapat pulih 100% dari pengambilan SNE kapsul. Bayi juga boleh
mengambilnya kerana ia minyak pure 100% dari buah tersebut
dan tidak merbahaya. InsyaAllah.. mudah2an adik Anis cepat
sembuh… Amin
Curahan rasa nurmisnan @ ..Samsung Pays Apple $1 Billion Sending 30 Trucks Full of 5 Cents Coins
ermmm.. kisah ni tahun 2002 kan…
Curahan rasa KiD @ ..I Art You Malaysia
Salam,
Ya Allah seketul daging sebesar bola pingpong keluar dari dubur anak kecil? moga semuanya baik2 sahaja.
Menanti sambungan entry ini….
Harapan kita semua, agar beliau tabah menghadapinya, semoga akan menjadi dlm keadaan normal.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Anak adalah sebahagian dalam kehidupan kita.. Apabila ada sebarang Masalah yang melanda anak kita, memang kita akan cuba yang terbaik untuk menyelesaikan malasah tersebut.. Saya tak sabar nak baca kisah selanjutnya..
Maklumlah, saya juga seorang ayah yang pernah menghadapi saat-saat menyedihkan bersama anak-anak saya..
Curahan rasa Anuar @ ..Don’t Judge a Book By Its Cover
baru mulakan membaca kisahnya sudah terbayang keharuan yang begitu sangat tak bar nak baca sambungannya
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
kita tunggu sama-sama kisah selanjutnya Bang…
Curahan rasa Dadan @ ..Belajar Pada Ayam
Comments are closed.