Kembara Musafir Beijing Medan Tiananmen, Forbidden City dan Masjid Niu Jie


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa bulan lepas Bos Besar Al Ansar Properties ajak pergi Beijing mulanya rancang tiga orang tapi akhirnya jadi rombongan keluarga 35 orang. Kembara Musafir Beijing merupakan package travel muslim yang diuruskan oleh syarikat travel CS Holidays yang juga menguruskan umrah dan haji package.

Kembara Beijing klia Kembara Musafir Beijing Medan Tiananmen, Forbidden City dan Masjid Niu Jie

Kembara Musafir Beijing di KLIA dan Airport Hong Kong

Kembara Musafir Beijing bermula dengan berkumpul di KLIA pada jam 8.00 am, 28/5/2012. Alhamdulillah semua datang tepat waktu walaupun datang daripada berbagai arah dan jadual penerbangan Cathay Pacific Airways juga tepat mengikut jadual. Kami transit di Hong Kong lebih kurang 3 jam. Sempatlah solat zuhur dan asar di bilik solat umum di laluan 40. Alhamdulillah banyak airport besar walaupun bukan di negara Islam seperti airport Fankfurt ada meyediakan kemudahaan tempat solat.

kembara beijing airport Kembara Musafir Beijing Medan Tiananmen, Forbidden City dan Masjid Niu Jie

Kembara Musafir menjejaki kaki di Beijing

Kami sampai di airport Beijing yang sangatlah besar pada jam 8.30 pm. Cuaca agak panas lebih kurang 30 darjah celcius dan semua dah terbayang cuaca panas sepanjang kembara kami. Pemandu pelancung kami Amelia seorang China tapi fasih berbahasa Indonesia jadi mudahlah untuk berkomunikasi. Kami di bawa ke hotel tiga bintang Ming Du lebih kurang 45 minit dari airport Beijing. Bilik hotel sederhana tapi lengkap dengan arah kiblat dan morning call untuk solat suboh.

Restauran Judehuatian beijing Kembara Musafir Beijing Medan Tiananmen, Forbidden City dan Masjid Niu Jie

Restauran Makanan Halal Judehuatian, Beijing

6.30 pagi kami dah berkumpul di lobi hotel untuk breakfast di sebuah restauran halal di tengah bandar Beijing. Manusia merancang Allah SWT menentukan bas rosak terpaksa menunggu lebih dua jam untuk gantian bas baru tetapi alhamdulillah semua sabar. Setelah masalah bas selesai kami bergerak ke Restauran Judehuatian untuk menikmati sarapan pagi halal. Restauran Judehuatian sudah berusia lebih daripada 80 tahun dan mempunyai lebih 20 cawangan dan sangat terkenal dengan makanan halal.

Medan Tiananmen Beijing Kembara Musafir Beijing Medan Tiananmen, Forbidden City dan Masjid Niu Jie

Medan Tiananmen Beijing

Selepas sarapan pagi kami bergerak ke Medan Tiananmen. Sebelum masuk ke Medan Tiananmen hampir semua ahli rombongan Kembara Musafir Beijing singgah di bilik air umum. Di sini pintu bilik air tak ada kunci jadi kena ada seorang sahabat jadi bodyguard di luar dan pastikan juga sediakan botol air mineral untuk bawa bekalan air kerana semua tandas tak ada air. Perjalanan di teruskan ke medan yang menyimpan berbagai sejarah bermula dengan pengisytiharan kemerdekaan China oleh Mao Tzu Tung dan peristiwa berdarah perjuangan demokrasi mahasiswa. Kawalan untuk masuk ke Medan Tiananmen sangat rapi terutama untuk warga China siap dengan mesin pengesan badan dan mesin pemeriksaan beg. Memanglah sangat luas dan terlalu ramai pelawat yang datang menziarahi medan Tiananmen. Gambar Mao Tzu Tung terpampang besar dianggap seperti dewa oleh warga China. Tubuh Mao Tzu Tung diawet dan disimpan disebuah bangunan di tengah Medan Tiananmen untuk tatapan pelawat setiap hari.

Forbidden City Beijing Kembara Musafir Beijing Medan Tiananmen, Forbidden City dan Masjid Niu Jie

Forbidden City Beijing

Selepas Medan Tiananmen kami bergerak ke sebelah iaitu Forbidden City. Oleh kerana rombongan kami ada warga tua dan kanak-kanak maka pergerakan agak perlahan supaya semua mampu berjalan kerana Medan Tiananmen dan Forbidden City sangat luas melebihi 44 hektar. Melihat pintu gerbang dan istana Maharaja China boleh dibayangkan betapa berkuasanya mereka ketika menguasai Jajahan China tetapi akhirnya musnah ditelan zaman akibat kezaliman ke atas rakyatnya sendiri. Kami hanya sempat melintasi gerbang ke tiga apabila majoriti ahli rombongan anak-anak dan warga tua dah tak larat nak melangkah lagi.

Masjid Niu Jie Beijing Kembara Musafir Beijing Medan Tiananmen, Forbidden City dan Masjid Niu Jie

Masjid Niu Jie dan Niu Jie Muslim Supermarket Beijing

Alhamdulillah cuaca memihak kepada kami, dengan izin Allah SWT cuaca tidak panas sehingga mencecah 30 darjah celcius. Awan mendung meliputi langit dengan angin yang berhembus lembut membuatkan suasa sangat mesra alam. Kami meninggalkan Forbidden City menuju ke Restauran Halal untuk makan tengahari. Makanan halal yang dihidangkan di Restauran Western Mau memang sedap. Setelah makan tengahari kami bergerak ke Masjid Niu Jie yang merupakan masjid terbesar dan tertua di Beijing. Usia masjid asal Nui Jie melebih 1000 tahun yang dibina pada tahun 996 dan terdapat dua buah kubur kepunyaan ulama’ yang menjadi guru di masjid ini pada sekitar tahun 1270M. Seorangnya dari Bukhara dan seorang lagi dari Qazwin, Parsi. Terasa damai hati dapat berjemaah diimamkan Mudir Madrasah An-Nuur di dalam Masjid yang telah wujud sebelum Islam sampai ke Malaysia lagi. Selepas solat kami singgah di Niu Jie Muslim Supermarket yang merupakan satu-satunya supermarket halal di Beijing untuk beli stok makanan seminggu Kembara Musafir Beijing.

Jin Sha Theater Beijing Kembara Musafir Beijing Medan Tiananmen, Forbidden City dan Masjid Niu Jie

Menyaksikan aksi akrobatik China

Kami sudah agak terlewat untuk ke Jin Sha Theater untuk menyaksikan akrobatik China. Bila dah lewat terpaksalah menyaksikan daripada tingkat dua yang agak jauh. Melihat akrobatik ini memang menakjubkan dengan kelembutan tubuh aksi para akrobatik dan paling mengerikan menyaksikan aksi 5 penunggang motor menunggang motor serentak dengan laju dalam gelung bola. Kabarnya beberapa bulan yang lalu terjadi pelangganran sehingga kesemua penunggang cedera parah dan dimasukan ke hospital lebih daripada dua buan. Setelah selesai menyaksikan akrobatik kami makan malam di Restauran Judehuatian dan pulang ke hotel untuk berehat kerana esok ada jadual yag ketat dan memerlukan tenaga yang banyak. Terima kasih atas nasihat teman melalui feedback di Fanpage Denaihati, alhamdulillah hari pertama tak ada masalah melainkan kerosakan bas. Kepada rakan-rakan yang ada akaun Foursquare bolehlah follow Denaihati untuk mengikuti Kembara Musafir Beijing selain yang dipaparkan di Fanpage Denaihati.

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Blog Keperawatan 12 November 2012 at 7:13 am

    Senangnya bisa kembara ke China dan tentunya banyak pengalaman yang didapat
    Entri terbaru Blog Keperawatan – iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  • auc dot com 7 June 2012 at 8:33 pm

    memang seronok jalan2 ni

  • ade sunandar 6 June 2012 at 9:20 am

    senangnya bisa bawa keluarga jalan-jalan, harus persiapan kantong yang tebal nih ..

  • Haryati Mohd Sarkawi 5 June 2012 at 9:05 am

    Tq for sharing…saya juga menyimpan niat utk membawa anak2 ke China satu hari nanti. Anak2 saya sudah boleh berbahasa mandarin…sekarang saya menyimpan emas utk tujuan tersebut…jom bersama saya kongsi ilmu untuk menjana keuntungan bagi tujuan musafir melihat bumi Allah…http://publicgold999.blogspot.com/2012/03/simpan-emas-untuk-menunaikan-ibadah.html

  • dinar 4 June 2012 at 8:33 am

    Susah juga kalau toilet tanpa air….tapi itu lah pengalaman yang menambah warna kehidupan
    Entri terbaru dinar – Emas tak akan hilang “mojo” nya…My Profile

  • Dadan 3 June 2012 at 9:03 pm

    Satu lagi pengalaman kembara DH yang sarat akan manfaat
    Entri terbaru Dadan – Kegiatan Rehab Bangunan Waqaf Untuk TKA Al-MuhajirinMy Profile

  • Ejawantah's Blog 3 June 2012 at 7:13 pm

    Hadir untuk mnyimak perjalanan yang mengasyikkan.

    Sukses selalu

    Salam

    Ejawantah’s Blog

  • Blog Keperawatan 3 June 2012 at 6:15 pm

    Melancong ke Cina dan dapat peengetahauan serta ilmu baru pastinya di sana
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Anemia Kurang DarahMy Profile

  • yas 3 June 2012 at 3:52 pm

    Pehh…DH melancong habis satu dunia nih…caya la bro
    Entri terbaru yas – Pentingnya Backlink Dalam BloggingMy Profile

  • Blog Keperawatan 3 June 2012 at 8:39 am

    kalau di Indonesia baru bisa keluar dari Pulau Jawa berkembaranya
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Insomnia Gangguan TidurMy Profile

1 3 4 5


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network