Jadual Peperiksaan UPSR 2011

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Peperiksaan UPSR adalah salah satu peperiksaan besar di Malaysia untuk pelajar sekolah rendah atau kalau di Indonesia dinamakan sekolah Dasar yang berusia 12tahun. Untuk pelajar yang mendapat keputusan Peperiksaan UPSR yang baik selalunya akan melanjutakan pelajaran di sekolah menengah berasrama yang terkenal.

2011 tidak ada anak aku yang terlibat dengan UPSR tetapi ramai anak-anak saudara yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang akan berlansung pada 13/9/2011 hingga 15/9/2011. Berikut Jadual Peperiksaan UPSR 2011 :

SELASA 13 September 2011

  • 08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
  • 09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
  • 11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2

RABU 14 September 2011

  • 08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1
  • 09:55 pagi — 10:45 pagi – Bahasa Cina Pemahaman
  • 11:45 pagi — 01:00 petang = Bahasa Cina Penulisan

KHAMIS 15 September 2011

  • 08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
  • 10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
  • 11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
  • 02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam

Ujian Aptitud Tahun Enam adalah satu kertas ujian objektif aneka pilihan mengandungi tiga Bahagian yang mengambil masa – 1 jam 30 minit mengandungi 3 bahagian iaitu Kemahiran Berfikir, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan dan Minat, Kecenderungan dan Kesediaan.

Selamat menghadapi Peperiksaan UPSR 2011 semuga semua calon mendapat keputusan yang paling cemerlang. Belajar bersungguh-sungguh kerana hanya ILMU bekalan terbaik untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Pesan Tok Guru supaya ibubapa calon rajin-rajin bagun malam solat sunat Tahajjud dan mendoakan kejayaan anak serta semua calon UPSR yang lain. Insyallah sama-sama kita saling mendoakan. Jangan pula mengharapkan orang mendoakan kejayaan anak kita sedangkan kita buat tak tahu je tapi nak sangat anak berjaya. Tiada usaha manakan ada kejayaan.

Untuk calon Peperiksaan PMR 2011 @ Jadual Peperiksaan PMR 2011.

Nota : 17/11/2011 keputusan UPRS keluar. Keputusan UPRS akan diumumkan selepas jam 10 pagi. Semakan keputusan UPRS secara SMS juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas ( SMS ) mySMS 15888 mulai jam 10.00 pagi 17/11/2011 sehingga 11.59pm 23/11/2011.

Taip UPSR [ angka giliran ] dan hantar kepada 15888 contoh UPSR BC1004A100 kirim sms ke 15888

*caj penghantaran RM0.15 sen dan caj penerimaan RM0.20

---

  1. Semoga bermanfaat informasinya
    Entri terbaru Asyiqin – Kesadaran Berasuransi "Because Life is Special"My Profile

  2. Steward John
    Zaman SPM tak rindu ker Eyra? hehe
    Curahan rasa Steward John @ ..Merdekakah kita?

    SPM terukk
    Entri terbaru eyra – Kenangan Peperiksaan UPSR 2000My Profile

  3. ada pulak ujian aptitud tu heh. baca mcm latitud longtitud je , hahaaha :p
    Entri terbaru eyra – Kenangan Peperiksaan UPSR 2000My Profile

Trackbacks