iPhone 5 Malaysia Pertama

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, program yang tidak dirancang memang selalunya menjadi. Alhamdulillah dengan satu whatsapp kami dapat berkumpul di Restoran Horizon Garden, Seri Bangi. Dinner bersama Boss Besar Al Ansar dan teman-teman dari Bandung, Bangladesh dan Kota Kinabalu.

Seorang teman yang sebelum ini kata dah pesan iPhone 5 dengan selamba mengeluarkan kotak iPhone 5. Apa lagi excited lah nak snap gambar. Mungkinkah ini iPhone 5 Malaysia yang pertama sebelum dilancarkan di Malaysia yang khabarnya mungkin 26 Oktober 2012. Memang teruja dengan produk Apple terbaru iPhone 5 ni terutama setelah menonton video iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 Drop Test. DiGi pun dah confirm akan menawarkan Nano SIM untuk iPhone 5 bermula 26/9/12.

Earphone baru juga disediakan memang jauh beza dengan earphone iPhone 4S.

Connector baru iPhone 5.

Slot untuk Nano-SIM card iPhone 5 memang berbeza dengan slot iPhone 4S.

Ada beza sikit saiz iPhone 5 vs iPhone 4S.

Last sekali terkejut terkedu bila sahabat ni cakap iPhone 5 baru ini untuk aku. Ingatkan saja nak cuba test dan try iPhone 5 putih baru ni. Nilah namanya rezeki yang tak disangka-sangka.

Siapa kata buat baik manusia tak balas baik?

Terima kasih kepada sahabat semuga bertambah murah rezeki dunia dan akhirat.

196 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!