Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim haji kian dekat. Syukur kepada tetamu-tetamu ALLAH yang sudah dan bakal berada di Tanah Suci. Kepada yang belum terpilih mari sama-sama kita berazam untuk jadikan ibadah haji sebagai keutamaan hidup bagi menyempurnakan rukun Islam ke lima dengan apa cara sekali pun tanpa ada terselit dalam hati sekelumit perasaan prasangka bahawa ALLAH tidak mampu memberi sumber kewangan kepada kita.
Kepada yang tidak terpilih tahun ini apa kata kita beramai-ramai melaksanakan ibadah korban yang merupakan salah satu ibadah sunat muakkad. Ibadah yang sangat dituntut oleh Islam kepada semua umatnya setiap tahun mengambil iktibar dari pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Lagi susah untuk kita mengeluarkan dana bagi menyempurnakan ibadah korban lagi tinggi martabatnya kerana itulah sebenarnya erti pengorbanan sebagaimana susahnya Nabi Ibrahim a.s nak mengorbankan anaknya sendiri Nabi Ismail a.s. Ibadah korban bukan hanya untuk orang yang kaya raya sahaja dan kita mencari berbagai alasan untuk tidak melaksanakan.
“Aku (atau para sahabat) telah bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apakah udh-hiyah(korban) itu ?, Nabi menjawab: “Inilah sunnah ayahmu Nabi Ibrahim.” Mereka berkata: “Apakah yang kita peroleh dari udh-hiyah (korban) ?” Nabi menjawab: “Di tiap helai bulunya, kita memperoleh satu kebajikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid ibn Arqam).
Koreklah koceh dan akaun bank biar tinggal kosong dengan satu niat berkorban kerana ALLAH pasti anda akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda bukan sahaja di akhirat malah di dunia juga. Ibadah korban boleh dilaksanakan dimana sahaja yang mudah seperti di masjid kawasan kita tinggal atau luar negara seperti Kemboja. Kenapa Kemboja mungkin entri “Kenapa Qurban di Kemboja” akan dapat membuka hati dengan hanya RM280 untuk satu bahagian.
Kepada yang ingin mendapat ganjaran yang lebih boleh juga melaksanakan korban di Mekah semasa musim Haji. Korban seekor kambing untuk seorang penama dengan harga hanya RM400 pasti satu ibadah yang berbeza. Daging-daging korban di Mekah akan ditinkan oleh badan yang menguruskan korban untuk diedarkan ke negara-negara miskin di seluruh dunia.
KLIK SINI UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN KORBAN DI MEKAH
Aku menyeru kepada semua pembaca yang membaca entri ini supaya melaksanakan ibadah korban tahun ini biar pun hanya satu bahagian lembu atau seekor kambing. Kalau belum ada dana usahakanlah kerana manafaat sangat banyak antaranya membuka berbagai pintu rezeki. Kepada yang selalu mengeluh tak ada duit sebenarnya ibadah korban adalah salah satu cara pembuka pintu rezeki apabila kita melaksanakan hanya kerana ALLAH demi untuk bertaqwa kepada ALLAH. Jangan biarkan ianya berlaku kerana tahun hadapan belum tentu ada kesempatan untuk kita.
Barang siapa yang BERTAQWA kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya. Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)
Apabila kita hayati maksud ayat At Talaq di atas,ALLAH sudah berjanji kepada mereka yang BERTAQWA, termasuklah kepada mereka yang melaksanakan ibadah yang sangat dituntut iaitu ibadah korban maka ALLAH akan berikan jalan keluar untuk berbagai masalah seperti masalah rezeki, kesihatan, hubungan keluarga, pekerjaan dan apa sahaja masalah yang kita ada. Yakinlah dengan janji ALLAH.
No related posts.
476 Comments
Sungguh besar pahala yang diberikan oleh Allah dengan mengerjakan ibadah korban ini
pahala org yang buat korban ni memang berlipat kali ganda. sebab kita bantu org tak mampu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
setiap tahun mesti ramai yang nak buat ibadah korban nie..jenuh la mkn daging lembu :)buat sup pun sedap juga
Curahan rasa adna2029 @ ..AYah yang Terbaik
suka masak kicap sedap juga.bila daging korban banyak terkadang tak tahu nak masak apa
Curahan rasa cahayacinta @ ..Tugasan Kedua Cabaran iphone 5s
buatlah daging korban menu panggan sedap juga itu tapi pastikan resepi ada umph mesti ada makan bertambah-tambah
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
sungguh ramai yang bermurah hati maka sebab itu ada sarankan buat qurban di komboja sebab di sana ada juga orang islam yang susah
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
indah islam daging pun sanggup kongsi bersama-sama tanpa mengira usia dan darjat.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
harini nak buat ibadah qurban semakin senang. snang hati den bila tengok taukeh mamak taman den buat ibadah qurban setiap tahun. dan selalu edarkan kepada penduduk taman 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
biasanya kalau raya korban mesti peti ais penuh dgn daging. sampai tak tahu nak makan apa
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
setiap tahun lepas raya peti ais akan penuh dgn daging aje. tak tahu nak masak apa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Ibadah korban boleh dilakukan setiap tahun untuk yang berkemampuan. Pahala di sisi Allah adalah sangat besar
Curahan rasa Mama Alya @ ..Makan Coklat Jadi Gemuk Ke?
berkorban untuk membantu mereka yang perlukan. manfaat mereka dapat pahala kita raih
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
setuju tu, ada duit lebih apa salahnya qurban dan sedekah kepada yang kurang mampu 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
betul. elok kalau kita kongsi kesenagan dgn orang yang tak mampu. sebab tak semua boleh beli daging
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ibadah korban memang banyak manfaat dan ganjarannya, Insyallah kepada sesiapa yang ikhlas pasti akan dibalas dengan ganjaran setimpal 🙂
Curahan rasa Azri Johan @ ..5 Aplikasi Percuma Menjamin Percutian Anda Lebih Mudah dan Selamat
moga rezeki akan murhakan selalu sebab kita membantu mereka yang benar-benar memerlukannya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
amin. asal ikhlas untuk beribadat kepada NYA, pasti ganjaran berlipat ganda menanti 🙂
insyaAllah, banyak manfaat yang bakal diperolehi dari ibdat korban ni.bak kata Tuan DH, niat aje pun Allah dah balas dgn ganjaran
Curahan rasa JMR23 @ ..Maaf menggangu. Boleh bantu saya RM2000 hari ni?
Niat yang baik dan ikhlas pun dah ada ganjarannya..apatah lagi jika dapat laksanakannya..pastilah ganjaran pahalanya berganda2..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
harapkan niat akan sadur dengan usahakan.marilah kita mengumpula duit saat sekarang
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
bila sebut ibadah korban kat Mekah ni, teringat kat mak je sebenarnya.
kami sekeluarga memang tiap2 tahun korban seekor lembu kat rumah sebab adik beradik ramai.
nanti teringin jugak nak korban kambing kat Mekah. 🙂
Curahan rasa sekilass @ ..Sudah seminggu berlalu. Rindu pula rasanya.
bagus amalan famili sekilass..insyaAllah pasni boleh lakukan ibadat korban di tmpt lain spt Komboja & Mekah
Curahan rasa JMR23 @ ..Maaf menggangu. Boleh bantu saya RM2000 hari ni?
Amalan yang baik seperti ini boleh menjadi contoh kepada orang lain.. peluang nak tambah saham akhirat..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
Alhamdulillah..murah rezeki.. saya pun dah mula pasang niat juga nak berkorban tiap2 tahun.. in sha Allah dipermudahkan-Nya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Terima kasih infonya semoga menambah wawasan saya tentang qurban …salam sukses
Boleh pasang niat dulu..dah ada matlamat bila nak laksanakan ibadah qurban nih..kita usaha ke arah itu..in sha Allah usaha kita akan dipermudahkan..
terimakasih informasinya sehingga menambah wawasan dan pengetahuan dan ilmu. semoga bermanfaat bagi yang membaca.. salam sukses
Kalau kita rajin membaca..pasti apa yang dibaca pun boleh dimanfaatkan dalam kehidupan harian..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Marilah rakan – rakan semua kita melaksanakan ibadah korban! sesungguh nya wang yang kita belanjakan kejalannya tidak akan mendatangkan kerugian keatas diri kita
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
Betul tu. Bahkan kita akan memperolehi banyak manfaat dan pahala jika melakukan ibadah korban ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..GIVEAWAY : BLOGGER 1 MALAYSIA
Percayalah janji Allah kepada mereka yang laksanakan ibadah korban ini..sangat besar ganjarannya..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Seronok baca pengalaman rakan2 kita yang rezekinya semakin bertambah lepas laksanakan ibadah qurban nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Korban itu mempunyai ganjaran pahala yang cukup besar sebagai tanda syukur kita pada Allah SWT. Carilah peluang yang hebat ini supaya kita sentiasa dilimpahi rahmatNya
Curahan rasa ainun @ ..Ziarah Kematian
Diam tak diam tak lama lagi dah pun nak raya haji..entah berapa ekor lembu atau kambing la yang bakal dijadikan korban di kawasan saya kali ni..apa pun bersyukur jelah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
hari ini dah tiga zulhijjah… sembilan zulhijjah hari wukuf..sunat berpuasa bagi orang yangtak pergi haji
Curahan rasa ainun @ ..Ziarah Kematian
Dah ditetapkan dah hari raya haji eid adha jatuh pada hari ahad 5 oct 2014 ..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
buat korban ni memang salah satu cara utk bantu org susah dah kita boleh ambil kesempatan utk buat pahala
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tak lama lagi kita sambut hari raya haji..maka pada hari tersebut ibadah korban akan dilakukan
Curahan rasa Hero Borneo @ ..3 Tips Untuk Pikat Bos
Betul tuh..saban tahun semakin ramai yang melaksanakan korban..rezeki melimpah ruah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Alhamdullilah…. moga niat murni ini mendapat sambutan. Jom kita bekorban….
Curahan rasa Nifz @ ..Sumber Kalsium dari Shaklee – Ostematrix
Nak berkorban apa Nifz.. berkorban jiwa dan raga ke? 😉 luas pengertian korban tuh..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Tinggi nilai ibadah korban di sisi Allah. Setuju sangat dengan artikel ni. Biarlah kocek kosong asalkan kita mampu menunaikan ibadah yang satu ini. Jangan risau sebab ganjarannya lebih daripada apa yang kita jangkakan. Kalau tak di dunia,in shaa Allah di akhirat nanti.
siapa yang berani membuat korban sehingga kocek kosong adalah yang terbaik..cuma kalau kocek kosong nak korek mana lagi..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Entri Hero Borneo Kena Plagiat
Ibadah qurban nih walaupun sunat tapi besar ganjaran pahalanya..apatah lagi ia digunakan untuk membantu mereka yang benar2 memerlukan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Kelantan vs JDT Piala Malaysia 2 Sept 2014
masih ramai yang masih tak kisah tentang ibadah korban walaupun ganjaran sangat lumayan
Curahan rasa ainun @ ..Ziarah Kematian
Mungkin kekurangan maklumat kot sehingga ramai yang kurang menyedarinya.. atau mungkin sengaja diabaikan tak ambil peduli..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Alhamdulillah tahun ni family akan melaksanakan ibadah korban. In shaa Allah tidak akan ada halangan 🙂
Alhamdulillah..peluang yang baik jangan dilepaskan..in sha Allah akan dipermudahkan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Besar keberkatannya melaksanakan ibadah qurban ini. Apatah lagi kesempatan yg ada utk dilaksanakan di Mekah.. subhanallah. Semoga Allah jua yg membalas segala usaha yg ikhlas dengan sepenuh keberkatan… aamiin ya Rabbal alaamiin…
Curahan rasa Khir Khalid @ ..Amalan Rasulullah Ketika Sa’i
Comments are closed.