Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Hujan Meteor Perseids Di Langit Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap kejadian Allah SWT di seluruh alam pasti ada penjelasannya daripada sudut Islam dan juga sains. Setiap tahun ada sahaja kejadian hujan meteor di langit dunia termasuk Malaysia. Tertarik dengan menjelasa yang dibuat oleh Ustaz Rahim Nasir sahabat yang selalu menjawab soalan #TanyaUstaz di FB Denaihati. Ustaz Rahim menjelaskan apa itu hujan meteor perseids yang boleh dilihat dengan mata kasar di langit Malaysia pada malam 12/8/13 sehingga pagi 13/8/13 dari sudut yang berbeza yang jarang-jarang kita didedahkan. Jom kita hayati bersama ..

Malam nih jangan lupa tengok langit..

Meteor itu Panah Api Pelempar Syaitan yang Mencuri Berita Langit..

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseids antara paling menarikkerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

“Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.”Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

“Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar,” katanya.

Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. – Bernama

Hujan Meteor Perseids Di Malaysia Malam Isnin 12.8.2013

Meteor itu Panah Api Pelempar Syaitan yang Mencuri Berita Langit?

Ada beberapa ayat Al-Quran yang menyebutkan tentang hujan meteor, berikut diantaranya,

1. Firman Allah,

وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ * وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ * إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُبِينٌ

“Sesungguhnya Aku telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Aku telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya), ( ) Aku menjaganya dari setiap syaitan yang terkutuk, ( ) kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.” (QS. Al-Hijr: 16 – 18).

2. Firman Allah,

إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ * وَحِفْظًا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَارِدٍ * لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ * دُحُورًا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ * إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ

“Sesungguhnya Aku telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,syaitan syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal, Akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang terang.” (QS. As-Shaffat: 6 – 10).

3. Firman Allah, yang menjelaskan kebiasaan jin mencuri berita dari langit

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا * وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا

“Sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).” (QS. Al-Jin: 8 – 9)

4. Firman Allah menjelaskan fungsi bintang

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ

Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.(QS. Al-Mulk: 5)

Keterangan Hadis Hujan Meteor

Beberapa ayat di atas memberikan kesimpulan kepada kita bahwa hujan meteor atau bintang jatuh, yang kita saksikan sebagai fenomena langit itu, sejatinya adalah benda langit yang digunakan untuk melempar setan, yang mencoba mencuri berita dari langit.

Semuga kita mengambil iktibar daripada kejadian  dan sentiasa mengingati kebesaran Tuhan sambil melihat keindahan hujan meteor. Tiada apa yang berlaku di alam maya ini melainkan dengan kehendak Allah SWT.

---

  1. Tak pernah lagi berjaya nak tengok kejadian alam ni. Satu hari nanti mesti kena tengok dengan mata sendiri jugak.
    Entri terbaru Fadzi Razak – Berbuka Puasa Dengan Uncle JackMy Profile

  2. Bnyak kali dah kejadian ni berlaku tapi tak berpeluang lagi untuk lihat dengan mata sendiri. Mesti menarik. SubhanAllah
    Entri terbaru Afifi Shamsuri – Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By NikkoMy Profile

  3. banyak banyak berdo’a aja semoga tidak kejadian lagi :)
    Entri terbaru Resep Masakan Nusantara – Tips Agar Rambut Cepat Tumbuh Dengan Kentang dan BawangMy Profile

  4. Emm terima kasih di atas artikel yang dikongsikan ini..sejujurnya selama hayat saya, tak pernah sekali pun dapat tengok meteor…hehe..
    Entri terbaru Hafizul – Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari RayaMy Profile

  5. Ramai yang tak dapat melihat peristiwa ini, cuaca tidak begitu baik…ada di sesetengah kawasan atau negeri awan mendung dan hitam dan ada yang hujan hingga ke pagi.
    Entri terbaru sensasi2020 – Aku Yang Dulu Bukanlah Yang SekarangMy Profile

  6. terima kasih kongsi dalil dalil yang bermanfaat pasal langit dan bintang
    Entri terbaru incik – Zionis merancang cita- cita palsu untuk manusia duniaMy Profile

Trackbacks

  1. […] Hujan Meteor Perseids Di Langit Malaysia […]

  2. […] beranggapan entri SEO itu adalah entri sensasi semasa seperti kisah Alvin dan Vivian atau kisah hujan meteor atau berita Mesir terkini atau entri live blogging Barcelona vs Malaysia dan lain-lain cerita […]

Artikel pilihan...close