Honda Insight edisi baru lebih hebat

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih terbayang-bayang lagi test drive Honda Insight. Kalau ada rezeki lebih memang nak beli untuk second car sebabnya selain design yang sporty yang lebih penting jimat minyak. Bila memandu ada special panel yang akan sentiasa menunjukkan samada cara pemanduan kita pada tahap optimum itu yang best jadi tak lain main tekan je padel minyak ikut suka hati. Memang tidak akan lupa pengelamana memandu Honda Insight memang terbaiklah.

Dah dengar berita ke, Honda Malaysia telah melancarkan Honda Insight edisi baru pada 29/2/2012 yang lebih hebat berbanding daripada versi yang aku test drive sebelum ini. Honda Insight edisi baru yang dilancarkan mempunyai design lebih futuristik dan kelihatan lebih sporty. Paling best kabarnya penjimatan minyak untuk model edisi baru ini lebih menjimatkan daripada Honda Insight 2nd Generation.

Honda Insight Edisi Baru Pandangan Hadapan

Bila tengok gambar Honda Insight edisi baru teringat pulak Rakan Blogger yang join test drive Honda Insight dari KL – Hulu Langat – Semenyih – PD – Ayer Keroh – PD – KL. Pengalaman yang menyeronokkan dan pertama kali bertemu ramai Rakan Blogger.

Honda Insight Edisi Baru Pandangan Belakang

Kepada yang dah lupa apa hebatnya Honda Insight ini boleh baca kembali entri “Honda Insight apa itu Hybrid“. Mengikut sejarah Honda adalah pengeluar pertama kereta Hybrid di Malaysia dan sambutan yang diterima sangat menggalakan bermula dengan Honda Insight 1st Generation, Honda Civic, Honda Insight 2nd Generation, Honda CR-Z dan terkini Honda Insight 3rd Generation.

Timeline Honda Hybrid di Malaysia

Ramai pengguna termasuk pembaca blog Denaihati fikir kereta Honda Insight ini menggunakan kuasa elektrik yang perlu di charge dengan kuasa elektrik sebelum digunakan. Silap tu sebenarnya Honda Insight ini menggunakan kuasa gabungan antara engine i-VTec 1.3L dan Integrated Motor Assist (IMA) menggunakan bateri yang mempunyai jaminan selama 5 tahun.

Honda Hybrid : What and How

Suka tak suka inilah kereta masa hadapan untuk mengurangkan pencemaran alam yang semakin tercemar dengan gas karbon yang dikeluarkan oleh kereta bukan hybrid. Terlalu banyak kelebihan Honda Insight berbanding kereta lain yang tidak mesra alam. Sehingga hari ini Honda Insight adalah kereta Hybrid yang termurah di Malaysia. Kalau nak tulis kelebihannya panjang lebar pulak, jadi bolehlah baca info grafik yang telah disediakan oleh Honda Malaysia. Nak dapat informasi dan grafik yang lebih banyak sila lansung ke website Honda Malaysia.

Honda Insight dan kelebihan berbanding kereta lain.

Bertukarlah kepada Honda Insight. Jangan jadikan tangan kita antara tangan-tangan yang merosakkan muka bumi yang indah ini seperti Firman ALLAH SWT Surah Al-Baqarah ayat 11 -13 yang maksudnya : “Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan”. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. Apabila dikatakan kepada mereka “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman”, mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang- orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang- orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.”.

---

  1. hybrid wow ramah lingkungan sangat bagus untuk diperbanyak
    Entri terbaru munir ardi – Selamat Tahun Baru Google Doodle Hari iniMy Profile

Trackbacks

  1. [...] tak tahu lagi apa itu kereta Honda Hybrid joom baca entri Honda Insight Kereta Hybrid dan kepada yang nak tengok gambar menarik Honda Jazz Hybrid singgah je lah kat blog [...]

  2. [...] insight” . Result carian  9,140,000. Denaihati berada di tangga ke- 6 untuk entri Honda Insight edisi baru lebih hebat dan tangga ke-9 untuk entri Honda Insight test drive 1. Aku jumpa 2 entri denaihati yang jadi top [...]

  3. [...] kata, ada blogger popular tu bercadang untuk mendapatkan kereta hibrid ini untuk isteri tercinta… wah! boleh kami  [...]

Artikel pilihan...close