Guru Sumber ILMU

Spread the love

RASULULLAH SAW bersabda: “Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat

Terima kasih kepada semua GURU ku yang telah mengajar aku walaupun satu ayat.

Jamaluddin, Manja, Robi, Abdullah, Habibah, Hamzah, Pak Hamid, Basar, Ghazali, Khalifah, Pak Sheikh, Fatimah, Jaafar, Aziz, Kamisan, Suria, Nuraini, Mazlan, Norizah, Wan Chak, Ismail,  Osman, Suhaina, Norizan, Buyong, Nasir, Amin, Ujang, Nafi, Ong Cooi Tong … dan ramai lagi yang masih hidup juga yang sudah meninggal dunia.  Doa dan Al-Fatihah sering ku hadiahkan untuk kalian.

Guru memberi ILMU. ILMU itu KUASA. Kekayaan ILMU akan membuka misteri hidup, meneroka jauh ke daerah yang tidak pernah dilalui orang lain. Kekayaan ILMU menjadikan seseorang tidak gentar menghadapi cabaran kerana ILMU yang dimilikinya memberi kayakinan kepada dirinya untuk menghadapi apa saja cabaran dan risiko dalam pengembaraan hidup. ILMU menjadikan seseorang berani menempuh gelombang. Kata peribahasa Melayu kalau takut dilambung  ombak jangan berumah di tepi pantai. Mereka yang mempunyai ILMU tidak takut dilambung ombak kehidupan kerana ia yakin ILMU yang dimilikinya boleh menundukkan ombak yang ganas, mententeramkan jiwa yang gelisah dan mendamaikan mereka yang kecewa.

[ad#Mangga 300]


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.