Google Webmaster penting untuk blog

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang ramai yang mempunyai blog tetapi bukan semua kenal blog mereka. Nak menulis blog pun ada Rahsia Menulis yang boleh membantu kita menjadi seorang Blogger berjaya. Berjaya bukan semestinya terkenal kerana masing-masing ada skala tersendiri mengukur kejayaan. Ada Blogger yang tidak kisah kalau tidak terkenal tetapi yang penting mereka boleh Buat Duit Dengan Menulis.

Selain pandai menulis seorang Blogger juga perlu ada ilmu teknikal yang boleh membantu mengenal blog sendiri. Kita biasa dengar teknik SEO dan paling popular sekarang Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Tetapi ada juga blogger yang tidak pernah mendaftar blog mereka di webmaster samada Google, Yahoo dan Bing.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/google-webmaster-tools-links-to-your-site.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/google-webmaster-tools-search-indexes.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/google-webmaster-tools-search-queries.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Aku tanya soalan ini di FB Group Denaihati Network :

Bila last kawan-kawan login Google Webmaster? atau ada yg masih belum ada akaun pun

Alhamdulillah maklumbalas yang diterima sangat membantu Rakan Blogger.

[box type=”shadow”]

  • Hafiz Rahim : baru jap tadi..seminggu 5-6 kali masuk
  • Tuan Muda Azuan : saya punya banyak, not found tu apa nak buat, kena remove ker
  • Boni Kacak : Den punya 1 server error, 30 not found
  • YanMie Ag : Kalau error 404 boleh terus bundle fix, kalau error not followed 301 tu kena buat redirect manual, install plugin rediecrt yang boleh buat manual, bahaya kalau ada error not followed ni.
  • Hafiz Mohd : kak YanMie Ag kalau error 403 pun boleh just fixed ek?
  • Khairil Ril Mazri : sy baru submit google webmaster blog sy huhu
  • Amiruddin Nawawi : baru buat semalam bro. Tu pun lepas baca 15 tips tingkat trafik dari bro.. Terima kasih
  • Latifah Bee : Selalu kalau buka blog , mesti buka google webmaster , dah daftar bing , yahoo … kakau asa error , sy klik link ,emang tkde , kalau rajin saya remove url , sbb nya error tu akan dtg lagi kalau tak remove , banyak kali pula kena tekan fix

[/box]

Banyak lagi perkongsian yang boleh dibaca di diskusi Google Webmaster dan paling bagus perkongsian daripada Sifu Wordpress :

[box type=”shadow”]
Hadihaizil Din : Google webmaster tools ni, selain boleh maklumkan kita untuk crawl errors dan lain2 errors, ada banyak lagi faedah yang kita boleh perolehi kalau digunakan dengan baik. Antaranya adalah kita boleh menilai search queries untuk laman kita. Daripada data yang diberikan oleh webmaster tools ini, banyak strategi yang kita boleh nilai atau perbaiki. 

Jika anda benar-benar serious, entri-entri yang disebabkan kata kunci atau search queries ini boleh dikemaskini atau ditambah baik untuk menjadikan ianya lebih umpphh! dan lemak berkrim. Selain itu, kita juga boleh menilai links atau pautan dari web lain menggunakan fungsi webmaster tools ini.

Semua data ini boleh diperolehi dengan menggunakan google webmaster tools, tetapi ianya tidak mendatangkan makna kalau tidak dinilai semula untuk memastikan apa yang kita lakukan dicapai dengan baik.Jangan buka hari-hari sekadar nak tengok error message semata-mata.[/box]

Kesimpulan Google Webmaster sangat penting kepada Blogger kerana ini adalah satu-satunya cara komunikasi kita dengan Google. Google akan memaklumkan berbagai informasi blog kita melalui Google webmaster tools antaranya prestasi blog, kesalahan yang ada dalam blog dan kesihatan blog. Dengan Google Webmaster kita akan menjadi Blogger yang lebih kenal rapat dengan blog sendiri dan boleh mengoptimasikan blog semaksima yang boleh untuk buat duit sebanyak yang boleh.

Semoga selepas ini Rakan Blogger semua akan mengambil berat hal-hal teknikal seperti Google Analytics dan Google Webmaster. Untuk belajar lebih lanjut bagus juga join Kelas Pengurusan Blog Master anjuran Akademi Denaihati Network. Banyak lagi ilmu lain pengurusan blog akan dikongsikan untuk menjadi anda Blogger  ditahap yang berbeza dan juga Blogger yang boleh buat duit dengan blog.


Spread the love

89 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!