Google PageRank 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, baru-baru ni aku terima komen dari Yangbaikmasih lagi di PR2, dah setahun lebih tak naik2… cam ner?”. Ini bukan komen yang pertama blogger mengeloh PR blognya tidak berubah. Alhamdulillah blog ni masih kekal dengan PR4 tapi bukanlah bermakna aku orang yang mahir bab-bab PageRank ni. Untuk itu aku jemput AriffShah untuk cerita perkembangan terkini seputar Google PageRank 2011. Jom kita selongkar ilmu PageRank ni.

Sepanjang tahun 2010, Google seolah-olah tidak mengendahkan Pagerank meter yang diletakkan bersama di dalam Google toolbar. Banyak webmaster merungut tentang nilai Pagerank mereka yang masih menunjukkan angka 0 walaupun blog/laman web mereka telah lama disiapkan dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Google. Baru-baru ini, seorang pekerja Google tampil memberikan penjelasan berkaitan hal ini dan perancangan mereka pada tahun 2011 untuk Google Pagerank di forum Webmaster Central. Antara perkara penting dalam penjelasan staf tersebut adalah:

  • Google masih lagi mengemaskini Pagerank secara dalaman, maksudnya link masih diberi Pagerank dan diberikan keutamaan berdasarkan lebih 200+ petunjuk lain untuk disenaraikan dalam Search result page. Blog & laman web  yang mengikut garis panduan SEO yang ditetapkan oleh Google dan tidak terlibat dengan masalah teknikal lain seperti malware akan menerima Pagerank yang sewajarnya dan dapat dilihat oleh mereka sahaja.
  • Downtime sesebuah laman web pada jangka masa yang terlalu lama akan menyebabkan kehilangan Pagerank serta merta. Ini pernah berlaku pada subdomain aku sendiri semasa pemindahan server, aku lupa untuk set semula subdomain tersebut. Selepas lebih kurang 3 hari, Pagerank untuk subdomain tersebut hilang. Rugi sebab subdomain tu tak ada backlinks langsung daripada mana-mana tapi masih lagi boleh dapat Pagerank 1.
  • Walaupun majoriti webmaster melaporkan tidak mendapat update untuk Pagerank mereka, ada sebilangan laman web masih lagi menerima Pagerank update pada tahun 2010.
  • Google menjanjikan Pagerank update secara besar-besaran untuk tahun 2011. Update akan berlaku seawal penghujung bulan Januari (selaras dengan jadual tahunan mereka update Pagerank).
  • Pagerank yang tinggi tidak menjamin kedudukan link pada muka pertama Google search kerana ia dipengaruhi oleh lebih daripada 200 petunjuk lain yang tidak diketahui umum.

Dalam artikel dari sumber lain pula berkata, patent Pagerank yang dipegang oleh Google secara eksklusif akan tamat tempoh pada tahun ini. Jadi sekiranya Google tidak memperbaharui patent tersebut sebagai pemegang eksklusif, kita mungkin akan dapat melihat Pagerank dari search engine lain seperti Yahoo & MSN. Patent Pagerank akan tamat pada tahun 2017, dan ini bermaksud mana-mana search engine akan boleh menggunakan Pagerank algorithm tanpa sebarang sekatan daripada sesiapa atau bayaran pada sesiapa.

Sumber: Webmaster Central: Opinion about PR updateineedhits Blog: Google PagerRank to be Phased Out

Keterangan PenulisEntri 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu adalah hasil karya Ariffshah yang merupakan seorang blogger yang sangat ngetop sekarang. Blog beliau  Ariffshah.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

213 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!