Geert Wilders hina Islam lagi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, suatu ketika dahulu aku pernah buat entri “Bukan sahaja Geert Wilders hina Islam” hari ini keluar lagi berita Geert Wilders menyerang Islam dengan merancang untuk menerbitkan sebuah buku anti Islam pada suku pertama tahun 2011.

Petikan dari Utusan Online : Wilders memberitahu akhbar Telegraf, buku yang masih belum diberi tajuk itu akan membincangkan cara-cara untuk menyekat penyebaran Islam di peringkat global. “Kita boleh menghalang usaha penyebaran Islam di Belanda, tetapi kita mahu sampaikan mesej antarabangsa yang kuat kepada dunia Arab bahawa sebuah parti yang berkuasa di negara ini sedang bangkit. “Keutamaan kami adalah untuk melancarkan Pakatan Kebebasan Antarabangsa (IFA) yang akan menjadi platform menentang Islam,” katanya kepada akhbar tersebut.

Geert Wilders seorang ahli politik Belanda  menjadi ahli Parlimen Belanda sejak 1998, beliau telah didakwa kerana menghina Islam. Penyokong-penyokongnya menentang pendakwaan ini kerana disifatkan tidak demokrasi dan menghalang kebebasan bersuara. Usaha Geert Wilders begitu konsisten menentang Islam walaupun mendapat bantahan dari seluruh Umat Islam dan bukan  Islam. Beliau telah diharamkan masuk ke Britain pada 2009 kerana dibimbangi akan menyebarkan mesej kebencian dan keganasan.

geertwilders

Sejarah telah merakamkan bahawa watak Geert Wilders tidak lain hanya mengulangi tabiat tokoh-tokoh di zaman Jahiliyyah seperti Al-Walid ibn al-Mughirah, Umayyah ibn Khalaf, Abu Jahal dan ramai lagi. Modus operandi mereka sama, membazirkan keseluruhan hayatnya untuk menghina, mengutuk, mengeji dan memperlekeh-lekehkan kesucian al-Qur’an dan al-Sunnah.


Spread the love