Gambar Pokok Rasulullah SAW Berteduh

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dapat kejutan dari jauh negeri Syam. Adik yang sedang mengikut jemaah tabligh keluar 4 bulan di negeri Syam atau Jordan telah mengirimkan gambar pokok tempat Rasulullah SAW berteduh seperti tertulis dalam sirah Nabi yang tertulis dalam entri “Rasulullah SAW bertemu paderi Nastura.”

Pesanan dari Whatsapp adik : “Salam baca kisah kat denaihati tu ..upload gambar ni sbb kami pegi kat pokok yg disebut dlm blog tu. Skrg musim.sejuk.so pokok tak berdaun.”

gambar pokok tempat Nabi berteduh

“Awk byg kan dlm jangkauan lebih 50 km atau lebih sebatang pokok pun takda ..ni je sebatang pokok yg ada di kawasan tu..selebihnya kawasan pasir dan batu.”

kawasan sekitar pohon tempat Rasulullah berteduh

Subhanallah tak terkata. Semuga adik dan rombongan dipermudahkan semua urusan dan usahanya menjadi asbab turunnya hidayah di muka bumi yang semakin kering kontang dengan iman.

Anda juga boleh saksikan Video Pohon Rasulullah bernaung yang masih hidup sehingga sekarang. Sayang kami tidak dapat singgah ketika menjejaki Bumi Palestine dalam kembara kami menjejaki tapak-tapak Rasul di Bumi Syam.

Sponsor Ads

Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini

Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini

Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini

Comments

  1. Mansor Haji Abdul Ghani says

    Manusia teragung dimuka bumi Allah swt yg paling lama tarikh lahirnya disambut setiap tahun tanpa gagal diseluruh antero Dunia dari Timur ke Barat,………….Rasullulah saw.

Trackbacks