F1 Malaysian GP 2012

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, F1 ini memang antara sukan kegemaran aku suatu masa dahulu. Sekarang pun masih minat tapi masa yang kurang nak follow Formula One Grand Prix. Di awal F1 Malaysia GP memang selalu sangat aku menyaksikan secara live di Sepang International Circuit. Pernahlah sekali aku angkut emak, abah dan famili menyaksikan support race. Tapi mana boleh lawan keluarga Kak Yan yang memang peminat berat sukan permotoran. Siapa lagi yang minat F1 ni?

F1 Malaysian GP 2012 pun tak dapat nak pergi jadual bertembung dengan trip luar negara. Nampak terpaksalah aku tunggu review Kak Yan kalau ada atau tengok di website F1.

Pasti perlumbaan sebenar F1 Malaysian GP 2012 pada petang Ahad, 25/3/2012 akan berlansung hebat kalau hujan pasti perlumbaan akan menjadi lebih best lagi.

Formula One Malaysia Grand Prix 2012

Keputusan F1 Malaysia GP 2012 :

1. Fernando Alonso, Sepanyol, Ferari.
2. Sergio Perez, Mexico, Sauber.
3. Lewis Hamilton, Britain, McLaren.

Perlumba yang mana agaknya akan naik podium untuk F1 Malaysia GP 2012. Adakah tiga pasukan yang membawa jenama Malaysia Mercedes, Lotus dan Caterhem akan naik podium.

Kalau ada rezeki nak menonton F1 nite race di Singapore hujung tahun ni.

129 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!