Casa Ombak menyediakan perkhidmatan lengkap perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah sebuah lagi syarikat telah bermurah hati untuk menaja contest iPhone 5s kali ini, pihak Casa Ombak @ Ombak Creative menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan perkahwinan, bidang perkhidmatan perkahwinan satu bidang yang sangat kompetitif di Malaysia, namun pihak Casa Ombak mampu berdiri teguh setaraf dengan syarikat-syarikat lain dalam bidang ini.

Sudah pasti ramai yang akan mencari perkhidmatan perancang perkahwinan atau majlis yang terbaik untuk menguruskan majlis dengan sempurna.

Casa Ombak @ Ombak Creatives adalah syarikat perancang perkahwinan dan majlis yang telah lama bertapak di Malaysia. Dimiliki oleh Casa Ombak Sdn Bhd berlokasi di Kuala Lumpur. Merupakan 100% syarikat milik bumiputera yang diuruskan sepenuhnya oleh Casa Ombak Sdn Bhd.

Casa ombak penyedia perkhidmatan perkahwinan terbaik

Telah menjalankan perniagaan sebagai perancang perkahwinan dan majlis event koperat, syarikat dan individu lebih dari 10 Tahun dan memiliki lokasi majlis sendiri di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Sebuah banglo berkonsepkan ala taman yang boleh memuatkan kira-kira 1000 tetamu.

Anda pasti akan merasai suasana yang lebih mesra dan nyaman seolah-olah mengadakan majlis di kediaman sendiri.

Pejabat Urusan Casa Ombak

Perkhidmatan Yang Disediakan

Istimewa untuk bakal pengantin Casa Ombak menyediakan pakej All-In-One untuk bakal pengantin. Majlis perkahwinan diuruskan dari A-Z bermula dari lokasi, katering, pelamin, baju pengantin, meja beradap dan dekorasi majlis dengan pakej menarik yang disediakan. Anda tidak perlu bersusah payah, segalanya diuruskan oleh team Casa Ombak.

Selain itu Casa Ombak @ Ombak Creatives banyak mendapat kepercayaan dari syarikat koperat, kerajaan dan swasta dalam menguruskan event kecil dan besar. Antara Perkhidmatan yang disediakan majlis bertunang, majlis nikah, persandingan, aqiqah, hari jadi, gathering, press conference, majlis amal dan banyak lagi.

Memiliki butik perkahwinan sendiri dimana segala kelengkapan dan persiapan majlis tersedia ada seperti pakaian persalinan untuk majlis bersanding, nikah, bertunang atau majlis koperat.

Butik Casa Ombak

Anda juga boleh menyewa atau menempah baju untuk majlis yang direka khas oleh designer Casa Ombak mengikut citarasa anda sendiri. Team profesional Casa Ombak akan merealisasikan majlis anda dengan sempurna dari awal sehingga akhir majlis. Anda hanya perlu menikmati hari bahagia dengan bakal pasangan hidup anda bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.

InsyaAllah majlis anda akan nampak ekslusif dengan sentuhan dari Team Casa Ombak yang sentiasa memberikan kelainan bagi setiap majlis. Hanya dengan membayar mengikut budget dan kemampuan, anda akan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

Kepada anda yang ingin menggunakan khidmat dari Casa Ombak boleh menghubungi nombor dibawah atau anda boleh melawat sendiri ke lokasi Casa Ombak.

Team Casa Ombak sedia memberikan khidmat yang terbaik.

Alamat:

CASA OMBAK
No.22 Jalan Damai Off Jalan Ampang 55000 Kuala Lumpur.
(Berdekatan Dengan Double Tree Hotel dan The Intermark)
Contact: Tel No : +603 2181 8750

Wedding Consultant: Hp : +6012 6621062
Our Network Website: http://www.ombakcreatives.com/
Facebook page: https://www.facebook.com/OmbakCreative
Email: casa_ombak@yahoo.com

703 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!