Cara Tuntut Bantuan Rakyat RM500 Budget 2012

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, lebih 3juta rakyat Malaysia yang isi rumah berpendapatan bulanan RM3,00 dan kebawah layak menerima Bantuan Rakyat RM500. Bantuan “one off” dalam pembentangan budget 2012 ada pertama kali berlaku dalam sejarah pembentangan budget Malaysia. Ramai terutama Pembangkang yang menganggap pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah gula-gula pilihan raya. Bagi aku gula-gula yang memberi manafaat kepada rakyat apa salahnya. Aku sudah jelaskan dalam entri “Budget Malaysia 2012 Yang Menarik” bagaimana Bantuan Rakyat ini dapat membantu meningkatkan aktiviti ekonomi Malaysia.

Setiap orang yang layak untuk menuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 mesti berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nak mendaftar di LHDN ni yang mengerikan sedikit untuk sesetengah orang tapi apa nak buat kalau nak RM500 kena jugalah daftar. Khabarnya dah ramai yang menyerbu kaunter LHDN untuk tujuan pendaftaran. Duit siapa yang tak nak. Bila dah dapat duit jangan pulak dibelanjakan ditepat yg tidak sepatutnya terutama masuk skim cepat kaya atau beli saham TOTO.

Kenyataan LHDN : “Rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini tidak perlu mengunjungi kaunter LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran itu sehinggalah semua urusan pelaksanaan siap dilakukan. Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan pendaftaran secara online di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit. Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional. Pemberian bantuan itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, berkuat kuasa pada Januari 2012Bernama

Ini rezeki dari Allah SWT jangan lupa infaqkan sedikit walaupun RM1 insya Allah akan bertambah berkat rezeki dan tidak mustahil akan berlipat kali ganda rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Kepada yang tak layak jangan cuba-cuba melayakan diri haram duit tu dan kepada yang tak setuju dengan Bantuan Rakyat RM500 janganlah tuntut walaupun layak tu baru gentlement. Aku pulak tengah kira-kira ni layak atau tidak.

Kepada yang layak dapat RM500 ini ada formula untuk RM500 jadi RM5000.

Terkini :

1. Borang bantuan rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini. 1/11/2011 – Utusan.com.my

2. KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan. Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan. ”Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

3. Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh didownload @ BR1M

Comments

  1. fatimah says

    ada tak online kita nak cek sama ada ktak dpat bantuan 1 malaysia atau tak.maksud kita bagi mereka yg dah isi borang tersebut.

  2. saiful says

    dikira gaji pokok sahaja ke atau termasuk elaun sekali…bagi yg gomen elaun cola berbeza mengikut tempat kan…kalau duk kat kl comform tak lepas lebih 300 utk cola. kalau duk luar bandar lepas la…pasal tolak dah 200 utk sorang suami isteri jadi 400 dah tolak..camana tu

  3. hamdan abd hamid says

    saya ada 2 rumah dan 2 isteri… bolekah saya memohon utk 2 isi rumah dan bagaimankah caranya…..

  4. makbudak says

    rasa nya mmg layak la sbb pndapatan isi rumah mmg x smp RM3k monthly..hopefully bole dapat sblm buka skolah..at least bole buat beli pkakas sekolah anak =)

Trackbacks

  1. […] Ada berbagai persoalan yang ditanya tentang kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ada yang bertanya bagaimana kalau suami yang ada dua isteri dan dua rumah? Ada juga yang bertanya bagaimana pulak kalau anak yang sudah berkeluarga yang masih tinggal dengan ibubapa? Bagaimana pulak dengan orang tua yang tinggal sebatang kara? Ada yang tanya RM3000 tu gaji pokok atau maasuk elaun? Tak percaya bacalah komen-komen di entri “Cara Tuntutan Bantuan RM500“. […]