Cadangan Penjenamaan Semula Blog Denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sudah agak lama juga blog Denaihati menggunakan template Woothemes premium yang telah diubahsuai beberapa kali oleh Ariffshah dan Eizil. Dengan sambutan yang semakin meningkat dan kedudukan Alexa Ranking Malaysia yang diluar jangkaan sudah tiba masanya untuk blog Denaihati go next level. Aku sedang merancang untuk penjenamaan semula blog Denaihati untuk menjadi lebih baik daripada sekarang.

Antara rancangan penjenamaan semula blog Denaihati :

1. Logo baru

2. Membina template baru yang lebih mesra SEO, lebih pantas loading time dan mengikut design terkini. Template baru blog Denaihati sedang dibina oleh pakar tempatan.

3. Membina template baru mobile blog yang lebih mesra smartphone.

4. Insya Allah jika semua berjalan lacar blog Denaihati berwajah baru akan dilancarkan pada 1/1/2012.

Adalah sangat diharapkan Rakan Blogger untuk memberi input untuk menjadikan blog Denaihati lebih baik daripada yang baik. Segala cadangan sila tinggalkan diruangan komen untuk dijadikan rujukan bagi penjenamaan semula blog Denaihati.


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.