Denaihati - Hidupkan untuk memberi

Cabar kemahiran berblog

Artikel diterbitkan pada 27-06-2011 10:52

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bulan Rejab semakin kepenghujung dan 27 Rejab ini akan mengingatkan kita dengan peristiwa besar yang dialami oleh Rasulullah SAW iaitu Isra dan Mikraj yang membawa perubahan besar kepada seluruh umat Islam. Ramai juga blogger yang datang ke blog ini untuk mencari bila tarikh sebenar Isra Mikraj dan ada juga yang mencari samada Isra dan Mikraj adalah cuti umum.

Apa kata kita ramai-ramai buat entri Isra Mikraj tanda ingatan untuk tujuan muhasabah diri sendiri dan semuga Allah SWT kurniakan hidayah ke seluruh alam. Tahun 2010 aku ada buat entri Isra Mikraj bertajuk “Isra dan Mikraj hanya kisah dogeng” yang menerima lebih dari 1200 pelawat dengan berbagai feedback dan komen.

Kepada rakan blogger yang telah atau akan membuat entri Isra Mikraj aku nak beri cabaran bagi yang nak ikut serta. Sambil kita berkongsi ilmu kita juga boleh menguji kemahiran berblog. Mudah sahaja cabarannya buatkan satu entri tentang Isra dan Mikraj dan monitor trafik yang singgah ke entri tersebut bermula 12.00 am 28/6 hingga 11.59pm 29/6 . Tajuk entri bebas tapi sudah pasti mesti ada kata utama Isra Mikraj. Pada 30/6/2011 buatkan satu entri screenshot jumlah trafik yang singgah ke entri Isra Mikraj yang telah dibuat dan maklumkan kepada aku dengan meninggalkan link di ruangan komen.

isramikraj Cabar kemahiran berblog

Srceenshot trafik entri Isra Mikraj dari Google Analytics

Entri Isra Mikraj yang menerima trafik yang tertinggi akan menerima hadiah dari blog denaihati :

1. 3 entri yang paling banyak menerima trafik ranking 1-3 akan menerima hadiah senaskah buku “Ziarah ke Alam Barzakh” untuk setiap seorang.

2. 3 entri yang paling banyak menerima trafik ranking 4-6 akan menerima hadiah senaskah buku “Ajaibnya Sedekah” untuk setiap seorang.

Kepada yang dah belajar ilmu SEO, keywords, trafik dan sebagainya inilah masanya nak menguji kemahiran kita berblog sambil berkongsi ilmu. Joom cabar kemahiran berblog kita.

Update : Analisa trafik boleh guna google analytics atau getclicky atau nuffnang atau apa sahaja …

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • amie7834 October 27, 2011 at 11:26 am

    alamak daa trlpas..huh sbar jela :(
    Entri terbaru amie7834 – Tips menaikkan Berat Badan Secara SihatMy Profile

  • [...] 5, 2011ContestAssalamualaikum dan salam 1Dunia, pasti rakan blogger sedang menunggu keputusan cabaran kemahiran berblog Isra Mikraj. Alhamdulillah matlamat utama cabaran ini adalah untuk memberi motivasi rakan blogger [...]

  • Riqo ZHI July 2, 2011 at 12:29 pm

    Sungguh bagus tata bahasa artikel ini, salut dengan yang punya blog.

  • rohaya July 1, 2011 at 6:06 am

    dah terlepas contest ni….
    Entri terbaru rohaya – Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100 (RM1599)My Profile

  • zuan July 1, 2011 at 3:16 am

    wow bnyknya uv :D

1 2 3 4