Buku Denaihati

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT atas kehendaknya maka hasrat untuk membukukan artikel terpilih di blog ini menjadi kenyataan. Memang sudah tersemat dihati pada awal menulis blog ini bahawa suatu hari nanti akan membukukan sebahagian daripada artikel yang ditulis.

Buku Denaihati dibahagi kepada beberapa bab mengikut katogeri yang sedia ada. Fokus utama sudah pasti kepada tips blogging yang memang biasa mendapat sambutan setiap kali artikel dikeluarkan. Cerita banyak tak mahu jom baca review daripada kawan-kawan blogger yang sudah membaca buku Denaihati.

buku denaihati

Tersentak hati saya apabila melihat muka surat yang tertera “BERANI GAGAL” dan dengan segera menyelak halaman berikutnya. Ianya menceritakan mengenai rakan kongsi yang tidak jujur. Teringat pengalaman satu ketika dahulu, saya menjalankan perniagaan secara online ketika masih belajar di salah sebuah universiti di Malaysia, dan income bulanan ketika itu mampu mencecah sehingga RM2000.00 sebulan setelah berpenat lelah selama lebih kurang 2 – 3 bulan. – Aimiemokhtars.com

Bagi mengakhiri ulasan buku edisi khas Denaihati ini adalah tindakat yang tepat melahirkan buku edisi khas ini sesuai untuk pembacaan bagi yang mereka masih baru menulis blog dan lama. Blogging bukan sekadar untuk populariti, trafik dan duit tetapi melangkau jauh memberi mesej dan perjuangan. – Akubiomed.com

Buku Denaihati

Lepas baca buku ini di beberapa muka surat, baru aku sedari yang Blog Denaihati adalah Personal blog yang lain dari lain. Memang laa pada permulaan aku rasa macam kurang bab peribadi dalam blog ini. Tapi setelah baca antara entri pilihan dalam buku ini. Nampaknya aku melakukan kesalahan besar dengan mengatakan Denaihati tak layak menang Best Personal Blog 2013 blogggr award. I’m sorry. – Fazrol.com

Sejujurnya, memang aku sangat tertarik dengan kulit buku Denaihati ni bila tengok buat pertama kalinya dan keterujaan ingin membaca buku ni semakin bertambah…jika korang seorang blogger, pasti korang nak tahu rahsia kejayaan, kisah suka dan duka Denaihati sepanjang mengendalikan blog Denaihati.com – Ezadskytech.com

Kenapa saya kata bagus? Pertama sekali, ia bukan satu buku biasa. Ia sebuah buku yang memuatkan hampir keseluruhan kandungan blog Denaihati.com. Ada banyak benda, perkara, cerita, kisah, tips, gambar, perkongsian, santapan minda yang terkandung dalam buku setebal 210 muka surat ini. – Hasrulhassan.com

buku denaihati

Anda boleh gunakan tips seperti cara membina jenama blog terkenal,  Pengurusan laman blog, jadi penulis blog yang bagus dan bermacam-macam lagi. Perkara yang paling menarik perhatian Mahamahu adalah kisah dan ragam blogger sekarang. Bagaimana blogger yg baru membuat domain dan berpindah randah daripada blogspot kepada wordpress. Apa kelebihan hosting dan wordpress kepada dunia blogger di Malaysia.  – Mahamahu.com

Aku akui biarpun sering mengikuti entri-entri blog DH tapi tak pernah pun aku geledah blog tuh sejak dari awal penulisannya. Melalui ‘buku unik’ itulah aku membaca satu per satu kandungannya yang pada aku bukan saja memperlihatkan perjalanan blog Denaihati dari dulu hingga kini tapi memperlihatkan perkongsian pandangan dan pengalaman luas penulisnya yang tidak lokek berkongsi ilmu – Upprofits.net

Buku Denaihati

FA juga perasan  di dalam buku DenaiHati ini,terdapat banyak kisah,panduan serta tips blogging yang boleh ditimba  para blogger di luar sana.Itupun kalau anda perasan.Kalau anda sekadar serkap jarang je baca buku ni,mungkin anda terlepas pandang.Pelbagai tips dan panduan yang amat berguna bagi blogger di luar sana untuk menjadi blogger yang beretika dan berhemah dalam dunia blogging ini. – Duniafarisya.com

Buku denaihati ni agak tebal, sebanyak 210 muka surat dan banyak gambar menarik yang dikongsikan. Fiza suka coverpage yang menarik macam novel pun ada. Isi yang yang mudah difahami dan diselitkan beberapa santapan minda untuk renungan kita bersama. Antara bahagian yang ada dalam buku denaihati ni. – Azhafizah.com

buku denaihati

Pada hemat saya, buku denaihati blog amat di syorkan kepada sesiapa yang mahu menjadi blogger sebagai kerjaya kerana buku ini sedikit sebanyak memberi inspirasi dan motivasi bagaimana untuk anda yang mempunyai hobi hebat dan suka menulis. Selain itu juga, untuk sesiapa yang mahu menjadi usahawan dan kaki kembara juga amat disyorkan. Mana tahu anda juga mampu untuk menjadi seorang blogger yang hebat dan berjaya pada suatu hari nanti dari pembacaan Buku Denaihati Blog ini – Profhafiz.com

Sebabnya bagi saya buku ini adalah perkongsian menyeluruh daripada founder Denaihati, tentang bagaimana beliau terlibat dengan dunia blog dan usaha demi usaha yang dilakukan oleh beliau untuk menaikkan jenama blog Denaihati daripada Zero ke Hero – Azri.my

Buku ini perlu di baca sampai habis sebab banyak yang menarik paling menarik perhatian saya bagaimana denaihati mampu menjana pendapatan yang berganda melalui penulisan blog. dan yang itu saya mahu menuntut ilmu dengan denaihati sehingga saya sendiri mampu menjana pendapatan melalui penulisan saya sendiri. – Namiacinta.com

Memang kemasan fizikal buku cukup bagus. Siap gambar berwarna lagi. Paling menarik pastinya segmen Kembara Dunia. Gembira dapat melihat ‘sendiri’ suasana negara orang. Nak sampai ke sana, belum ada rezeki. Terima kasih Tuan Amir sudi berkongsi cerita. Ni kalau dijual di kedai buku, senang-senang jer boleh cecah RM20 ke atas – Hafizmohd.com

Di dalam buku ini penuh dengan isi yang memberi inspirasi kepada yeop selain beberapa ilmu yang yeop dapat baca dalam buku ini. Selain itu, ia banyak menceritakan dengan pengalaman beliau dan keluarganya melancong ke luar negara. Bila dibaca balik banyak perkara yang yeop tak tahu mengenai negara yang dilawati. Yeop sangat tertarik dengan kisahnya di Palestin yang menyentuh perasaan yeop sendiri. Subhanallah, yeop melihat ia sangat cantik dan menarik. – Khairilmazri.com

Bila di tengok buku tersebut macam buku nota pula tapi sebalik buku tersebut adalah kisah seorang dunia blogger yang dah lama dan juga ilmu blogger yang banyak dapat dikongsikan oleh semua blogger pinggiran macam TN ni.Insyallah buku ini dapat memberi rujukan kepada semua blogger. – Terbaek.net

Melancong ke luar negara merupakan antara idaman semua orang. Turut dimuatkan dalam buku ini bukan sahaja catatan perjalanan yang menyeronokkan, tetapi terdapat juga tips yang turut diselitkan bersama sebagai panduan. Contohnya bagaimana mencari restoran halal dan melawat tempat-tempat yang menarik. – Rusukiri.blogspot.com

Terima kasih kepada semua yang sudah membaca buku Denaihati. Terima kasih di atas teguran positif yang diberi pasti akan diperbaiki untuk cetakan ke dua. Kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan lagi membaca buku Denaihati boleh dapatkan di Kedai Online Denaihati.

Buku Denaihati

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!