Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mungkin kerana kedudukan blog Denaihati untuk keywords “Buffet Ramadhan” di Google.com.my maka team Denaihati dijemput hadir ke sidang akhbar Program Nostalgia P. Ramlee yang diadakan di Eastin Hotel, Petaling Jaya. Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Eastin Hotel Petaling Jaya akan mempromosikan makanan kegemaran Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sepanjang bulan Ramadan bermula 21 Julai – 18 Ogos 2012 di Swez Brasserie, Eastin Hotel, PJ. Di sidang akhbar yang diadakan itu kami dapat rasa sendiri menu makanan kegemaran. Memang sedap!
Diketuai oleh Executice Chef Alex Leong, pasukan chef di Eastin Hotel Petaling Jaya akan menyediakan hidangan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di samping hidangan tradisional tempatan, Middle East, Japanese dan Western membuatkan hidangan bufet makan malam yang sangat menarik sepanjang bulan Ramadhan nanti. Harga buffet ramadhan adalah dari RM98++ (adult) RM49++ (children). EARLY BIRD PROMOTION: For every 5 paying diners 1 dines for free from 21 July to 28 July, 2012. Offer valid till 28 July, 2012. GROUP PACKAGE PROMOTION : For every 20 paying diners get 10% OFF from 30 July to 18 August, 2012. Offer valid till 18 August, 2012 at Swez Brasserie. For reservations or for more information, call Swez Brazzerie, Eastin Hotel PJ, at +603-7628 7397. (Bilik Solat disediakan).
Antara makanan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ialah kari ikan bawal berbendi, ikan kering/masin, burung puyuh goreng, ayam goreng, sambal belacan, bubur kacang, cekodok pisang, mee/bihun goreng dan air kopi O sejuk.
Pengurus Besar Eastin Hotel Petaling Jaya, Ms Jane Suppiah memberitahu,
“Dari semasa ke semasa, kami memperkenalkan pelbagai promosi makanan untuk menyediakan tetamu dengan pengalaman makan yang baru. Dalam masa yang sama juga ingin mewujudkan sebuah sosial korporat yang bertanggungjawab selain hanya menampilkan makanan. Orang di seluruh dunia sering mula mendapat tahu tentang Malaysia melalui pelbagai warisan budaya dan masakan makanan. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan satu ikon dalam warisan negara kita yang bukan saja diiktiraf di Malaysia, malah juga di seluruh rantau ini.
Oleh itu, bulan Ramadhan adalah masa yang sesuai untuk kita mengakui dan mengenang sumbangan beliau dalam industri seni karya sastera tanah air kita. Melalui penyediaan makanan kegemaran beliau sebagai satu kenangan tentang muzik dan lagu beliau pasti akan mewujudkan satu suasana dan pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan.”
Selain mempromosikan makanan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, pihak Eastin Hotel juga turut mengadakan aktiviti yang mengetengahkan filem-filem beliau, lagu-lagu nyanyian beliau dan acara lain seperti pameran oleh Arkib Negara Malaysia yang memaparkan poster filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee serta gambar-gambar dan artifak dari era seniman agung terebut. Selain itu, rakan rapat Allahyarham seperti Datuk Aziz Satar, Mariani, Tan Sri Jins Shamsuddin, Ramli Ismail dan Datuk Sony Abdullah akan membuat penampilan khas.
Terima kasih tidak terhingga kepada Eastin Hotel yang sudi menjemput kami semuga sedikit sebanyak dapatlah kiranya blog Denaihati memberi sumbangan memperingati Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang sentiasa ada di dalam hati Rakyat Malaysia. Kalau nak tahu lebih lanjut sila hubungi Eastin Hotel seperti detail di bawah ini.
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Facebook: facebook.com/eastinhotelpj
222 Comments
Marhaban Ya Ramadhan semoga kita bisa Jumpa semua bulan mulia itu
Curahan rasa smp3lembang @ ..Klasemen Akhir Grup A Piala Eropa 2012 Ceko dan Yunani ke 8 Besar
MAKANAN YG ENAK DAN SEDAP…
jadi ga sabar pngen cpet” ramadhan… 🙂
makanan tuh… menarik perhatian.. hahaha..
Curahan rasa Norfa @ ..Design rumah, gantilah kipas dahulu, ikut bajet
Saru lagu yang aku ingat dari P. Ramle..
Madu 3..
“Senangnya dalam hati.. :)”
Curahan rasa Ikhwan Maftuh @ ..Mudahnya Booking Tiket Pesawat Dengan BCA ATM
seronok juga bila dapat tahu apa menu kesukaan P.Ramlee
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jun 2012
Jika ada masa terluang di ketika ini,
Boleh juga cuba masakan ini di sini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
tunggu di bulan puasa nanti bro.. hehee
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jun 2012
Kena bijak mengunakan wang,
Bulan Ramadan sudah tentu makanan dihidang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
bijak guna wang, nanti raya baru best.. heheeh
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jun 2012
Berbuka puasa sekadar sebiji kurma,
Jangan dihidang semuanya nak rasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
saya suka murtabak bila berbuka.. =)
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jun 2012
Lazatnya hidangan di hotel ini,
Sampai selera menjadi terbuka sendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
kalau selera, nanti makan hari hari.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jun 2012
Kelazatan dimakan bila berbuka banyak sangat,
Jangan dimakan sampai nak solat Terawih tak larat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
betul tu.. jangan melekat kat meja makan saja..
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jun 2012
Jasngan berbelanjar tanpa dikaji,
Nanti membazir tanpa disedari.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
kalaau dibelanja dan disponsor boleh tahan lagi,, 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jun 2012
Ramadan ke mari setiap setahun sekali,
Banyak amalan yang perlu dicari,
Bukan hanya makan tanpa disedari,
Berjimat cermat patut dihayati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
jimat cermat hari ini, supaya senang kemudian hari.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jun 2012
Sekejap saja masa berlalui,
Ramadan datang tanpa disedari.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
ramadhan hampir tiba, sesiapa yang belum ganti puasa, kena buat segera.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jun 2012
Comments are closed.