Budget Malaysia 2012 cadangan Blogger @Najibrazak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Oktober ada bulan budget. PM DS Najib Razak akan membentangkan Budget Malaysia 2012 di Parlimen pada 7 Oktober 2011 untuk dibahaskan dan disahkan oleh Parlimen sebelum digunakan untuk perbelanjaan negara pada tahun 2012. Sudah menjadi amalan Kerajaan untuk mendapat pandangan daripada Rakyat, NGO, Persatuan-Persatuan, Pemimipin Politik dan Bukan Politik sebelum mengubal budget supaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

Ucapan tahniah kepada DS Najib Razak yang berani membawa Malaysia HIJRAH dari budaya kerja lama kepada budaya kerja baru. Pasti Budget Malaysia 2012 akan menyemarakan lagi semangat HIJRAH atau TRANSFORMASI yang telah bermula semenjak DS Najib Razak mengambil alih tampuk kepimpinan Malaysia. Bila HIJRAH ini pasti ramai yang menentang terutama mereka yang susah nak berubah. Transformasi Malaysia ini bukan tugas mudah perlukan mujahadah untuk mengubah sikap dan pemikiran yang lama kepada yang baru.

Aku seorang Blogger juga ingin terlibat dalam Budget Malaysia 2012. Untuk Budget Malaysia 2011 aku telah memberi cadangan “Meningkatkan Gaji Minimum” untuk mengurangkan pergantugan kepada pekerja asing. Untuk Budget 2012 aku ingin mencadangkan kepada DS Najib Razak supaya memberi rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Haji dan Umrah yang pertama sebagimana Kerajaan telah memberi rebat untuk pembelian komputer dan kos rawatan ibubapa. Insentif rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Haji dan Umrah pasti akan memberi motivasi kepada lebih ramai umat Islam untuk mengerjakan Rukun Islam yang ke lima. Bagus juga kalau Kerajaan dapat memberi rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Umrah yang pertama. Insentif rebat Haji dan Umrah juga pasti akan meningkatkan ekonomi bumiputera kerana majoriti agensi travel Haji dan Umrah adalah syarikat Bumiputera.

Kepada Rakan Blogger yang ada cadangan untuk Budget Malaysia 2012 sila kongsikan diruangan komen kerana insyallah entri ini akan dibaca kalau tidak DS Najib Razak pasti pegawai media beliau. Manalah tahun Budget Malaysia 2012 cadangan Blogger akan dipandang dan didengar oleh DS Najib Razak yang sangat terbuka dan menghargai Rakan Blogger. DS Najib Razak juga kan seorang Blogger.

Sila baca ringkasan cadangan budget 2012 oleh Blogger Malaysia @ Budget 2012 Malaysia untuk perhatian DS Najib Razak.

Boleh juga ikuti live Budget Malaysia 2012 @ Twitter dengan hashtag #bajet2012


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.