Budget 2013 idea Blogger untuk PM @NajibRazak

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang benar jauh berjalan luas pandangan. Setelah mengembara berbagai negara dari Asia ke Europe baru terasa cadangan budget 2012 untuk meningkatkan gaji minima macam tak sesuai je. Daripada pemerhatian semakin maju sesebuah negara maka rakyat tempatan sudah semakin kurang berminat untuk bekerja dalam sektor tertentu. Kekosongan ini akan diisi oleh pekerja asing seperti yang berlaku di UAE, Qatar, Italy, Britain dan Perancis.

Live Streaming Pembentangan Budget 2013

Maknanya semakin maju sesebuah negara semakin tinggi pergantungan ekonomi negara tersebut kepada pekerja asing. Rakyat tempatan dah tak mahu lagi bekerja jadi tukang cuci, kerja kilang, buruh ladang dan semua kerja-kerja kuli. Untuk itu Kerajaan perlu menyediakan platform kerjaya bidang baru yang lebih disukai oleh rakyat.

Berdasarkan pengamatan di atas maka aku nak cadangkan beberapa idea kerjaya yang lebih disukai Rakyat menjelang pembentangan Budget 2013 oleh PM DS Najib Razak pada 28/9/2012.

1. Jadikan sukan sebagai kerjaya dan industri jutaan ringgit seperti Liga Bola Sepak Europe. Kerajaan melalui GLC boleh membagunkan liga bola sepak profesional Malaysia yang betul-betul profesional bukan seperti sekarang mengharap FAM yang tak boleh diharap, dengan membawa masuk pemain-pemain Profesional. Menganjurkan kejuaraan sukan seperti Tenis dan Golf dengan penyertaan pemainan profesional yang berskala besar. Liga bola sepak profesional dan kejuaraan sukan berskala besar pasti akan dapat memotivasikan Rakyat untuk menjadikan sukan sebagai kerjaya dan industri yang berimpak tinggi. Anak-anak kita pasti tak nak berkerja sebagai buruh tapi pasti ingin menjadi ahli sukan profesional yang bergaji jutaan ringgit.

2. Dunia tahu industri jualan langsung adalah salah satu industri besar yang menyumbang ekonomi bukan sahaja kepada negara malah ramai individu yang sudah menjadi jutawan. Kerajaan boleh membuka sebuah syarikat jualan langsung Nasional dengan produk yang berkualiti, sistem bonus yang baik  dan pengurusan yang profesional untuk dijadikan tapak kepada peminat MLM membina kerjaya yang berkualiti. Paling menarik syarikat jualan langsung yang berjaya boleh berkembang keseluruh dunia dan sudah pasti akan membantu ekonomi negara kerana membawa masuk pelaburan asing. Lihat sahaja kejayaan produk Kopi Organo produk buatan Malaysia yang sudah berjaya dipasarkan oleh syarikat jualan lansung Amerika Syarikat dilebih 20 buah negara dengan hasil jualan melebih USD60 juta setahun. Sekarang bukan tak ada syarikat jualan langsung tempatan tapi banyak yang menipu sehingga ramai yang tertipu dan memandang negatif pada industri ini.  Jangan terkejut nilai industri jualan lansung di Malaysia melebihi 1 Billion setiap tahun.

3. Menyediakan dana khas kepada usahawan kecil online seperti Blogger untuk meningkatkan kualiti website dan sistem bisnis online supaya perniagaan berkembang maju, bersistematik dan menjadi kerjaya yang berimpak tinggi. Sekarang sudah ada beberapa Blogger yang berjaya menjadi usahawan online dari rumah. Dengan dana khas ini sudah pasti lebih ramai yang akan berjaya menjadi usahawan internet dari rumah yang berjaya seperti di negara-negara maju. Dengan dana khas pasti lebih ramai Rakan Blogger yang akan mencontohi Blogger Ini yang berani bersara awal atau mencontohi Blogger ini yang sudah menjadi usahawan wanita online yang berjaya atau Blogger ini yang memang tak pernah makan gaji.

4. Menyediakan program latihan bisnis, motivasi dan ict untuk penduduk luar bandar yang semakin jauh ketinggalan dalam semua bidang. Kebanyakan penduduk luar bandar tertinggal dari arus pembangunan dan Kerajaan kurang bersungguh-sungguh merapatkan jurang dengan program-program khas. Mungkin model memajukan generasi Felda boleh diubah suai untuk digunakan untuk penduduk luar bandar. Dengan program latihan yang tersusun pasti penduduk luar bandar akan lebih berminat dengan kerjaya sebagai usahawan tani daripada menjadi sumber kepada masalah sosial.

5. Rakan Blogger pasti ada idea-idea bernas yang ingin dikongsikan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan berjaya untuk rakyatnya. Kongsikan idea budget Rakan Blogger diruangkan komen dan idea terbaik Blogger akan dijadikan entri khas.

---

  1. Idea blogger memang perlu ntuk bisa dipertimbangkan
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Kandungan Manfaat Kolostrum ASIMy Profile

  2. Sekiranya kita memilih kerja inilah yang terjadi. Biarlah jadi buruh binaan yg penting ada cita2 jadi kontraktor, biarlah jadi mekanik asal suatu hari nanti jadi taukeh workshop. Hatta jadi nelayan dan petani pun biarlah nanti jadi nelayan dan petani moden.
    Entri terbaru luke – Budget 2013: Rebat RM200 pembelian telefon pintar 3G disalahguna.My Profile

  3. bajet untuk anak muda juga tidak dianaktirikan….tetapi masih mengharapkan sesuatu yang lebih baik lagi….contoh kos-kos diuniversiti…adakah kos tersebut dirangkan dengan peluang pekerjaan yang ada ataupun tidak…kesian jika dah habis grad tapi…..

    namun apa yg pasti ilmu itu milik allah..belajar kerana allah insyaallah berjaya.
    Entri terbaru zuhairi – Omar Al-Khattab, MBC SeriesMy Profile

    • Pandangam aku sebagai lepas U : ijazah hanya sekadar kertas yg penting kita manusia mesti pandai mencari peluang. Bayangkan berapa ramai lepasan PMR n SPM yg berjaya dlm hidup kenapa tidak pelajar U. Masalahnya ramai mahasiswa yg terlalu bergantung pada segulung ijazah hingga terbatas akal fikiran utk menjadi manusia kreatif yg sentiasa mencari peluang bukan menunggu peluang bergolek depan mata.

  4. Senangnya jika rencana dan juga budget di atas bisa terlaksana
    Entri terbaru Kompilasi Pena – Makanan Pendamping ASI MPASIMy Profile

  5. inflasi…..itu yg sy bingung skang….hrp2 x terlalu timggi…inagt lg dlu kempen inflasi sifar…..ckup berkesan
    Entri terbaru zack – Sambal Terung BakarMy Profile

Trackbacks

  1. [...] Budget 2013 idea Blogger untuk PM @NajibRazak [...]

  2. [...] BUDGET 2013 IDEA BLOGGER UNTUK  PM @NAJIBRAZAK [...]

Artikel pilihan...close