Boikot Produk Israel

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila berlaku je perang di Gaza dan Tebing Barat serta saudara se Islam dibunuh dengan kejam oleh askar Israel maka bersemangatlah kita semua nak boikot produk Israel. Biasanya pertama masuk dalam kepala KFC dan Mc Donald kerana katanya memberi sumbangan kepada Israel.

Maka berlakulah peperangan di Malaysia mengutuk kawan-kawan yang buat muka selamba masuk makan di KFC dan McD. Katanya mereka tiada semangat perjuangan kerana terus menyokong Israel. Ada terbaca status seseorang di Facebook mengutuk mereka yang bekerja di McD dengan gambar restoran McD Kota Bahru. Terlebih semangat ke tu!

Gaza Under Attack

Mereka yang terkorban di Gaza walaupun sekecil mana usianya sudah pasti mati syahid dan in shaa Allah (Dr Zakir kata ini ejaan yang betul)  Syurga untuk mereka tetapi kita yang bercakaran di sini belum tentu lagi.

Kalau ikut sejarah KFC ditubuhkan di Kentucky USA bukan di Israel begitu juga Mc Donald. Banyak produk-produk lain yang diasaskan oleh Bangsa Yahudi seperti Facebook , Google, Coke, Pepsi yang bukan asalnya daripada Israel juga sepatutnya kita boikot tetapi kita senyap je.

Gaza Under Attack

Pada pandangan peribadi aku usaha boikot produk Israel adalah salah satu cara yang paling efektif untuk menekan Israel daripada terus menyerang warga Palestine. Usaha pertama yang kita perlu buat adalah menyenaraikan produk yang dihasilkan di Israel dan memboikot produk-produk tersebut. Jangan kita sibuk nak boikot produk yang dikatakan menyokong Israel sedang produk yang dihasilkan di Israel terlepas begitu sahaja.

Langkah kedua barulah menyenaraikan produk-produk yang dihasilkan di luar Israel tetapi dengan jelas telah membantu peperangan Israel untuk kita boikot. Semangat boikot ini mesti berterusan bukan hanya hangat-hangat tahi ayam bila dah sejuk isu ini maka kita pun senyap je.

Siapa boleh bantu untuk menyenaraikan produk-produk yang dihasilkan di Israel??

Alhamdulillah ada yang sudi bagi senarai @ Senarai Produk Israel dan yang menyokong Israel (tanpa pengesahan dari mana-mana pihak).

Selain boikot produk Israel kita juga boleh membantu warga palestine dengan menderma biar pun RM1 janji ikhlas. Jom derma @ Tabung Gaza.

Kepada Rakan Blogger boleh tampal banner tanda sokongan kepada perjuangan saudara kita di Gaza. Joom dapatkan @ Banner GAZA.

Kepada yang ada keberanian untuk pergi ke Gaza membantu sila klik @ Panggilan JIHAD.

Ada alim ulama kata Israel akan terus berani menyerang umat Islam selagi umat Islam jauh dengan ALLAH SWT. Katanya pertanda umat Islam semakin dekat dengan ALLAH SWT apabila solat jemaah fardu Suboh di masjd penuh seperti solat Jumaat.

Untuk jadi seperti Rachel Corrie atau Konvoi Freedom Flotilla mungkin kita tak mampu tapi sempena tahun baru 1434H mari kita azam sama-sama untuk lebih dekat dengan ALLAH supaya Israel dan penyokong-penyokongnya takut kepada Islam tidak seperti sekarang sebut Islam pun diaorang dah gelak besar agaknya.


Spread the love

144 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!