Blogsyarih.com Blog Lifestyle, Parenting dan Teknologi

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seterusnya blog PR3 yang akan direview di blog Denaihati adalah blogsyarih.com. Syarih Yaacob iaitu owner blog ini yang merupakan seorang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran dan penyelenggaraan komputer. Blogsyarih.com memfokuskan topik penulisan bertemakan kekeluargaan, agama, teknologi, komputer dan motivasi.

Di blogsyarih.com juga ada entri-entri tentang komputer notebook dan masalah-masalah yang sering berlaku pada komputer. Rakan blogger yang ada sebarang masalah dengan komputer notebook mungkin boleh rujuk dengan owner blogsyarih.com untuk pertanyaan dan bantuan.

header blogsyarih.com

Assalamualaikum semua,

Sebagai menyahut seruan dari admin blog Denaihati.com, aku dengan lapang dada membuat sedikit review seperti yang diharapkan. Aku sebenarnya baru saja menukar header blog aku nih seperti gambar di atas.

( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )

Bagi aku design header ni yang aku buat sendiri nampak lebih relax, simple dan memaparkan niche perbincangan yang biasa aku kongsikan di blog ini. Sebelum nih aku tak berapa tumpukan sangan apa niche yang sesuai untuk blog aku, tapi setelah aku membuat kajian dari pelbagai sudut, terutamanya pelawat yang datang itu dan juga dari sudut jumlah pelawat setiap hari, aku membuat kesimpulan untuk memfokuskan kepada hanya satu atau dua niche sahaja. Iaitu bidang komputer dan teknologi. Jadi niche yang lain-lain tu mungkin akan menjadi sub niche atau niche selingan saja.

Dalam banyak-banyak artikel yang aku tulis dan kongsikan di blog ini, artikel bertajuk “Kenapa Notebook Acer atau Compaq Tetiba tak boleh On Power?” menerima lebih daripada 50 respon dari pembaca dengan bertanyakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh mereka berkenaan komputer notebook.

masalah notebook komputer

Blog ini juga telah mendapat Pagerank 3 selepas beberapa bulan beroperasi. Dan aku telah kongsikan tip-tip untuk mendapatkan PR seperti itu di artikel bertajuk “Tip Meningkatkan Pagerank Dengan Mudah“. Artikel ini juga menerima respon yang agak tinggi sehingga 30 respon yang berkongsi tip-tip tersebut.

Apa itu PageRank
Teknik yang sama digunakan di entry peraduan SEO iPhone 5 Gadget Impian yang telah mendapat PR4

Sehingga kini trafik harian di blog ini sekitar 300-450 sehari dan aku akan lebih fokus kepada niche yang aku ceritakan tadi demi meningkatkan lagi trafik. Dalam kadar masa terdekat ini aku merancang untuk melakukan beberapa perubahan keatas tema blog ini dengan menitikberatkan perkongsian artikel-artikel yang telah popular serta membuat lebih banyak entry-entry sokongan ke atasnya.

(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)

Diharap apa yang aku paparkan ini sedikit sebanyak akan memberikan informasi yang terbaik kepada semua pembaca dan sebarang ulasan, komen yang membina amatlah dialu-alukan.


Spread the love

70 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!