Blogger semakin terkenal selepas #SBB2013

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dengan izin Allah tujuan utama #SBB2013 tercapai iaitu menjadikan platform memperkasakan Blogger di mata masyarakat. Ini baru langkah pertama untuk 1000 langkah kejayaan yang mampu dikecapi lebih ramai Blogger Malaysia sebaris dengan hanya beberapa Blogger yang sudah berjaya sekarang.

Memang benar seperti catatan Ariffshah dalam blognya : “Kalau Sepetang Bersama Blogger 2012 lebih bertumpu kepada Denaihati, SBB tahun 2013 pula lebih bertemakan kepada memperkasakan blogger dan mengembangkan lagi pengaruh Blogger.”

SBB2013

#SBB2013 telah mendapat liputan yang meluas di Media dan TV. Selain mendapat liputan di berita TV RTM1 yang ramai tak menonton kerana kepenatan pulang dari #SBB2013, majlis gilang gemilang juga mendapat liputan di program Selamat Pagi Malaysia pada 7/2/13. Ramai Blogger yang senyum kerana wajah mereka terpampang ceria di kaca TV dan tak kurang juga ada yang di temubual.

Ramai juga Blogger yang bertuah mendapat liputan di Utusan Malaysia semuga ini menjadi motivasi untuk terus berkarya secara jujur dengan ilmu membina jenama dan akhirnya rezeki akan datang mengalir bagaikan air sungai yang tiada hentinya. Jangan dikejar duit kerana duit akan lari tetapi biarkan blog kita menjadi magnet yang boleh menarik sebanyak boleh rezeki.

#SBB2013

Tidak mustahil blog yang mulanya sekadar hobi boleh menjadi bukan sahaja punca pendapatan seperti Beautifulnara tetapi dapat memberi peluang pekerjaan kepada yang lain seperti Amanz.my.

Abangensem SBB2013

Blogger mesti bekerjasama untuk membina jenama bersama memperkasakan diri membuang imej negatif yang selalu dilabelkan oleh masyarakat akibat tindakan kurang bijak beberapa Blogger yang ingin meraih keuntungan dalam masa singkat. Kita tidak boleh mengharap orang lain menjenamakan Blogger kerana sudah pasti ianya tiada kepentingan untuk mereka. Tidak mustahil Cik Nurul akan menjadi sebaris hebat seperti Blogger Cantik Malaysia yang lain setelah mendapat review panjang lebar di Harian Metro begitu juga Abangensem yang dapat review di Utusan Malaysia.

Siezuka

Blogger sendiri mesti ada keyakinan diri bahawa menjadi Blogger bukan sahaja boleh glamour, bukan sahaja boleh mendapat rezeki tetapi boleh membina kerjaya sebagaimana Blogger Jutawan seperti dalam entri INI yang lahir ramai di luar negara. Sebelum dapat meyakinkan isteri dan keluarga yang paling penting Blogger mesti boleh meyakinkan diri sendiri. Siapa lagi yang boleh mengubah nasib Blogger kalau bukan Blogger itu sendiri!

Kongsikan apa yang Rakan Blogger dapat daripada #SBB2013.

127 Comments

  1. Jangan hanya berhenti di langkah pertama.
    Memang semakin jauh anda berjalan,maka semakin banyak pula rintangan yang menghadang.
    Bayangkan, andai saja kemarin Anda berhenti, maka Anda tidak berada di sini sekarang.
    Setia langkah menaikkan nilai diri Anda.
    Apapun yang Anda lakukan, jangan sampai kehilangan ketekunan anda.
    Karena ketekunan adalah daya tahan Anda.

    Pepatah mengatakan bahwa “ribuan kilometer langkah dimulai dengan satu langkah”.
    Sebuah langkah besar sebenarnya terdiri dari banyak langkah-langkah kecil.
    Langkah pertama keberhasilan harus Anda mulai dari rumah Anda.
    Rumah Anda yang paling baik adalah hati Anda.

    Itulah sebaik-baiknya tempat untuk memulai dan untuk kembali.
    Karena itu,mulailah kemajuan Anda dengan memajukan hati Anda, kemudian pikiran Anda dan usaha-usaha Anda.
    Ketekunan hadir bila Apa yang Anda lakukan benar-benar berasal dari hati Anda.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!