Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kisah dari seorang sahabat. Ceritanya berlaku kepada sekumpulan jemaah tabligh masturat yang sedang transit di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sebuah negara dalam perjalan menuju kesuatu tempat. Kepada yang tak tahu erti jemaah masturat itu maksudnya jemaah suami isteri. Oleh kerana aku tak berapa nak ingat cerita secara tepat jadi aku kisahkan secara ringkas sahaja.
Seorang wanita Inggeris telah menghampiri jemaah masturat lalu bertanya kepada salah seorang jemaah lelaki, mengapa sangat kejam memaksa jemaah wanita menutup muka melindungi kecantikan wajah dan tubuh seorang perempuan. Jemaah lelaki menerima kritikan dengan senyum sambil melihat jemaah wanita yang memakai purdah.
Dengan sopan jemaah lelaki bertanya kepada wanita Inggeris bolehkah menunjukkan dimana pasport beliau. Terpinga-pinga wanita Inggeris tersebut apabila menerima soalan balas yang tidak menjawab soalan beliau. Wanita Inggeris tersebut telah membuka beg tangannya lalu mengeluar sebuah beg yang di dalamnya ada lagi sebuah beg yang tersimpan pasport. Wanita Inggeris tersebut mengeluarkan pasport dan menunjukkan kepada jemaah lelaki tersebut.
Jemaah lelaki tersebut berkata anda telah menyimpan barang berharga di tempat yang sukar untuk dilihat oleh orang supaya pasport tersebut terpilihara dari dicuri orang. Katanya lagi isteri kami lebih bernilai dan berharga dari nilai pasport tersebut kerana itu kami menyimpan kecantikan isteri kami dengan purdah dan jubah yang tidak menampakkan muka dan bentuk badan mereka. Kecantikan mereka hanya untuk tatapan kami sahaja.
Kisah ini menerpa diminda apabila terbaca sebuah blog yang ada maksud tersirat seperti dalam kisah di atas ..
[box type=”shadow”]
I was naive…and unfortunately I still am.
And then, I started to look for something deeper…a religion, a God, a better way of living life.
I wanted to cover myself up more…be respected and known for who I am inside…not for how much flesh I am showing outside… Felixia Yeap
[/box]
Semuga Allah bagi HIDAYAH kepada mu Felixia Yeap
kerana HIDAYAH itu milik Allah dan Allah beri kepada siapa sahaja, dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja.
[box type=”shadow”]“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“. – Surah An-Nur ayat 31[/box]
Sayangkan berapa ramai wanita islam di sekeliling kita yang bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat nampak peha nampak tangan kerana mereka tidak faham apa tujuan hijab dan pakaian yang menutup tubuh … sebenarnya bukan untuk fesyen tetapi untuk syariat mengikut perintah dan hukum ALLAH SWT yang telah tertulis dalam Al Quran…
[box]“Saya akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis),” – Felixia Yeap[/box]
Semuga Allah memberi HIDAYAH kepada semua wanita Islam yang sudah bertudung tetapi tidak mengikut syariat dan wanita Islam yang belum bertudung serta semua wanita di dunia … kerana ANDA lebih bernilai dari sebuah pasport.
135 Comments
Subhanallah, hidayah Allah memang tidak ada yang mengetahui datang kepada siapa..
Curahan rasa Khasan @ ..Menampilkan Lirik pada Spotify Android
cantiknya wanita soleha. cantik hati. kiranya allah menganugerahkan kebajikannya kepada wanita soleha 🙂
Curahan rasa Pesan Terkirim @ ..Pengertian Wi-fi dan Kepanjangan Wi-Fi
sekarang pilihan untuk berhiasab sangat banyak, gak bosan liatnya, semangat ya girl, mulai sekarang ayo berhijab
Curahan rasa Rungan @ ..Hasil Lengkap Uji Coba MotoGP 2015 Valencia 1
semua tergantung hati, mungkin hati nya belum siap, sedikit2 tapi pasti, daripada langsung menutup semua tapi tidak bertahan lama.
comel jer budak2 yang pic atas tue..sejuk perut ibu mengandung..ana masih lagi lemah dalam pemakaian nie..
Curahan rasa adna2029 @ ..SEGMEN PETUA KETUMBIT ohhhh KETUMBIT
Sebabkan dah terlalu banyak fesyen dan jenis tudung di Malaysia, maka seadanya muncullah berbagai permasalahan wanita saat mempergayakan tudung mereka.
Curahan rasa Kanvas Dakwat @ ..business card MURAH !!!!
Alhamdulillah, akhirnya Allah telah membuka pintu hati felixia yeap untuk memeluk islam. Wawa pun pernah mendengar kisah yang tuan denaihati.com ceritakan di sebuah blog. lupa pula nama blog tu apa.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Sudah dinyatakan Rasulullah saw…semua ini akan berlaku diakhir zaman. Manusia berpakaian tetapi telanjang…
betul tu. zaman sekarang zaman akhir zaman, banyak manusia berpakaian tetapi telanjang. mudah-mudahan aurat kita dipelihara oleh Allah SWT.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
betul-betul…ramai yang tak paham konsep sebenar menutup aurat..hanya ingat setakat dah pakai tudung tu dah kira tutup aurat..padahal badan dibaluti dengan pakaian yang menampakkan susuk tubuh badan.
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Pernah juga dengar cerita macam ni. Tapi perumpamaan yg di berikan ialah jam. Jika kita di beri pilihan memilih jam. Jam yang disimpan dlm kotak atau jam yang tiada kotak. Bermakna jam berharga akan di simpan dalam kotak yang cantik. Tapi jam yg kita beli di pasar malam atau jam murah, tiada kotak. Jadi begitulah berharganya wanita muslimah, sangat berharga dan bernilai…
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Perkongsian yang bagus untuk semua yang membaca entri ini. Cantik Felixia Yeap ini. Alhamdulillah, sekarang dah pun kembali kepada islam. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Comments are closed.