Belajar SEO On-Page Daripada Analisis SEOMoz Pro

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Kenapa Blogger Perlu Ada Gravatar?“ dan “First Impression Penting Untuk Blogger“. Jom kita baca entri terbaru yang menarik ini :

Keyword dividen asb blog.ariff berada di page pertama/kedua google search. Cukup untuk menjana trafik bermusim yang banyak. Sebenarnya tak buat apa sangat pun, dengan domain PR4 dan beberapa update untuk keyword tersebut membolehkan ranking di page pertama.

SEO on-page. Pada saya, itu faktor yang paling penting dalam SEO. Baru-baru ni ada tawaran untuk pengguna Page.ly mendaftar dengan SEOmoz PRO percuma selama dua bulan. Memang saya tak lepaskan peluang untuk mendaftar. Kalau nak daftar dan analisis sendiri boleh gak, tapi rasanya anda semua tak dapat dua bulan, sebulan je percubaan. Sila teruskan ke link ini, daftar dan masukkan nombor kad kredit/debit (saya guna kad Maybank).

Melalui perkhidmatan tersebut, dapatlah saya menganalisis dengan lebih terperinci page-page yang memberikan trafik organik dari Google. Kebanyakan page tersebut mempunyai rating A daripada on-page analysis tool mereka. Saya kongsikan laporan ini kerana saya merasakan ianya lengkap untuk SEO on-page.

  • Accessible to engines – Page tidak dihalang oleh noindex dalam robots.txt. Jangan takut, biasanya kalau anda tak pernah dengar pasal robots.txt, maksudnya blog anda accessible to engines.
  • Broad keyword usage in document – Keyword tadi digunakan dalam content. Wajib ni.

  • Broad keyword use in page title – Wajib ni. Kalau keyword takde dalam title, memang tak jadi
  • Appropriate use of rel canonical – Kalau tak pernah dengar, don’t worry. Biasanya benda ni dah memang ada dalam Blogger/WordPres

  • Appropriate keyword usage in document – Maksudnya keyword tu diulangi dengan cukup untuk menunjukkan entri tu betul-betul cerita pasal keyword yang dipilih. Minimum adalah 4 kali ulangan.
  • Avoid keyword stuffing in document – Too much keyword pula akan nampak macam keyword stuffing.
  • Avoid keyword stuffing in page title – jarang berlaku, tapi kadang-kadang ada.

Rujuk video ni untuk pemahaman yang lebih mendalam tentang keyword stuffing/keyword density.

  • Avoid multiple page title elements – Kalau tak pernah dengar pasal title tag, don’t worry. Kemungkinan besar semuanya ok di blog anda.
  • Exact keyword usage in title – Tak cukup dengan keyword tersebut ada dalam page title, ianya mestilah mengikut turutan yang betul seperti yang kita kehendaki.

  • Keyword placement in page title – Yang terbaik adalah apabila keyword digunakan di awal tajuk entri.
  • No more than one canonical URL tag – Perkara sama. Kalau tak pernah dengar/nampak, abaikan.

  • Keyword usage in image Alt Attribute – Benda ni membantu. Apa yang dimaksudkan di sini adalah ruangan title (WordPress) yang muncul dalam form lepas upload image. Rajin-rajinkan diri untuk isi benda tu. Untuk pengguna Blogger, letak sendiri alt=”keyword” melalui HTML dalam img tag.
  • No more than one meta description element – terjadi bila ada dua plugin SEO dalam WordPress. Untuk pengguna Blogger, masih ramai yang takde.
  • Sufficient quantity of characters & words in content – Yang dicadangkan kat sini adalah 300 character (huruf + space) tapi saya cadangkan 300 patah perkataan minimum.

  • Appropriate characters in URL – Huruf, nombor dan dash je dalam URL.
  • Avoid keyword stuffing in URL – Letak keyword sekali cukup.
  • Keyword usage in URL – Mesti ada keyword yang kita target dan lagi bagus kalau URL tersebut pendek.
  • Static URL – Ada static dan dynamic URL. Static ni biasanya URL yang sama sampai bila-bila manakala dynamic URL adalah URL yang berubah-ubah, contohnya kalau buat carian kat Google, URL dalam result page adalah dynamic.

  • Appropriate keyword usage in H1 Tag – H tags mestilah ada bermula daripada H1 dalam setiap page. Baca selanjutnya.
  • Appropriate page title length – 66 character maksimum. Kalau panjang sangat, tak akan dipaparkan dalam search.

  • Avoid keyword self-cannibalization – Senang cerita, target satu keyword je dalam satu entri. Walaupun boleh target lebih daripada satu (dan kadang-kadang masuk trafik dari keyword lain), digalakkan supaya target satu keyword je supaya keyword tu dapat fokus utama
  • Keyword usage in bold/strong/emphasized/italics – Senang je, bold kan keyword tu pertama atau terakhir dalam entri. Sekali je, bukan setiap kali keyword tu keluar di bold-kan.

  • Avoid Excessive external links – Kononnya ada banyak sumber kepada entri tu, cuba kurangkan supaya tak nampak macam link farm

  • Avoid excessive internal links – Buat internal linking bagus, tapi banyak sangat pun tak bagus. Link popularity akan jatuh.
  • Appropriate URL length – Lagi pendek URL, lagi fokus kepada keyword. Namun, saya cadangkan supaya variasikan bentuk keyword. Contoh, kalau keyword “dividen asb” bagi URL /dividen-asb-2011.
  • Minimal subfolders in the URL – Pernah lihat URL www.blog.com/v1/blog/tajuk entri? Itu yang dimaksudkan dengan subfolders. Kalau boleh, elakkan.

  • Avoid using meta keywords tag – Meta keywords ni dah lama dilupakan dan memang tak dipandang lagi oleh search engine sebab terlalu mudah dimanipulasikan. Jadi boleh abaikan je.
  • Employ external link – boleh link kepada sumber luar dan lagi bagus sekiranya sumber luar tu ada PR dan domain trust yang lebih tinggi contohnya Wikipedia.
  • Keyword placement in H1 tag – Dah explain atas tu. Tambahan, perkataan pertama dalam meta description pun kalau boleh guna keyword. Yang ni bukan untuk search engine, tapi untuk pengguna yang search. Mereka akan terus jumpa keyword tu (lihat contoh dalam gambar pertama).

Kalau nak file pdf yang saya tunjukkan ni, daftarkan diri di Dropbox dan tinggalkan email yang anda daftarkan di ruangan komen. Nanti saya akan invite ke folder saya dan dari situ boleh download pdf ni. Folder itu juga akan digunakan untuk perkongsian file-file lain berkaitan SEO pada masa hadapan.

---

  1. banyak yang harus dipelajari rupanya
    Entri terbaru tautanpena – Pemenang Indonesian Idol 2012 – ReginaMy Profile

  2. hmmmmm…… byk perkara lg kena belajar n buat ulangkaji…thanks AR n DH :)
    Entri terbaru cik tom – Alexa Rank Blog Cik Tom Makin ComelMy Profile

  3. Terima kasih di atas info yang dikongsikan..

    Sekarang juga saya akan apply di blog saya.. TQ..
    Entri terbaru Anuar – Eyriqazz vs Denaihati : Blog siapa lebih popular?My Profile

  4. byk lagi benda aku kena belajar mulai sekarang ni..
    Entri terbaru myvitrd – SEO Eyriqazz vs Denaihati Penaja Mengatasi PesertaMy Profile

  5. wah bayar ternyata, saya kira gratis hehheee
    Entri terbaru arra – Mencoba Tenang Dalam KepanikanMy Profile

  6. Seo mempunyai peranan penting dalam sebuah blog. Seo seperti mesin yang akan mempengaruhi popularitas di mata search engine
    Entri terbaru Mas Gie – Agenliga Sebagai Agen Bola Online Untuk Euro 2012My Profile

  7. kembali kesini, untuk membacanya lagi…
    Entri terbaru Dadan – Kegiatan Rehab Bangunan Waqaf Untuk TKA Al-MuhajirinMy Profile

  8. Selain Optimasi SEO Off Page metode SEO On page memang sangat diperlukan dan terbukti cukup kuat peranannya. Dari hasil analisis yang disampaikan beberapa kategori memang saya gunaka seperti penggunaan tah H1, Internal Link, atribut bold/ undrline untuk keyword, penambahan alt untuk image, namun ada beberapa kategori yang terlewatkan oleh saya. Sungguh SEO itu seluas samudra..
    Entri terbaru Mas Gie – Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012My Profile

  9. Hebat untuk informasinya, good job.
    Entri terbaru Ibang S R – Best StrollerMy Profile

  10. Menghadapi google panda memang seo on page menjadi faktor penentu yang sangat penting
    Entri terbaru Gedek – Kucoba.com Tempat Add Bookmark Berplatform BlogspotMy Profile

  11. Hahahha… alamak kuran faham pula saya tentang entry nie… huhuhu

  12. kurang faham dengan entri ini..
    Entri terbaru Luqman Hakim – Kereta Proton Baru 2012My Profile

  13. Kapan yah saya bisa membuat informasi berharga seperti ini untuk orang lain
    Entri terbaru salsabila – Alien PerfumeMy Profile

  14. banyak kantoi bila bab2 SEO nih…..
    Entri terbaru yas – [PIC] Stesen Kuasa Elektrik Terbakar di BangiMy Profile

Trackbacks

  1. […] 4) Belajar SEO On-Page Daripada Analisis SEOMoz Pro […]

  2. […] dan kesejahteraan guru yang terlibat di dalamnya. Berdasarkan uraian tersebut, maka filosofi pendidikan jasmani modern menurut […]

  3. […] nak, bagitau alamat email kat ruangan komen. Nanti invite. Juga, baca entri SEO terbaru saya di sini. […]

Artikel pilihan...close